Blogger Widgets

~Ingat kan Pada Diri~

Kita tidak boleh ubah sesuatu yang kita lihat,tetapi kita boleh ubah diri kita yang melihatnya. Jika kita tak dapat apa yang kita suka, maka langkah yang terbaik ialah sukalah apa yang kita dapat. Itulah syukur namanya!:-)

Saturday, April 9, 2011

.:: apa yang kau dapat kalau kau buang bayi??! ::.

ishh,tak habis2 lagi kes buang membuang ni. kalau buang benda lain,aku tak nak amik kesah pun.tapi bila dah jadi kes buang nyawa ni,aku geram betul.haishh!
bukak harian metro tadi,mata aku terus tertarik nak baca tajuk: 


mayat bayi 5 bulan dekat stesen LRT  

AMPANG: Penemuan mayat bayi perempuan berusia lima bulan yang ditinggalkan di kawasan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Cempaka, di sini, menggemparkan pengguna perkhidmatan berkenaan, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mayat bayi dibalut surat khabar ditemui ditinggalkan di tingkat bawah stesen LRT berkenaan.

Orang ramai yang terkejut dengan penemuan berkenaan memaklumkan kejadian itu kepada polis sebelum beberapa anggota bergegas ke tempat kejadian.
Menurut sumber, polis percaya bayi itu dilahirkan tidak cukup bulan di lokasi lain sebelum individu terbabit meninggalkan mayat itu di kawasan berkenaan.

“Polis yang tiba di tempat kejadian memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV), namun mendapati CCTV itu gagal merakamkan individu terbabit.

“Mayat bayi itu dibawa ke Hospital Ampang (HA) untuk bedah siasat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat bayi terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
(bukan gambar sebenar)


_____________________________________________

korang geram x?korang marah x?tologlah kasihani nyawa2 anugerah TUHAN ni :'(


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

2 comments:

Akunyer said...

astaghfirullah....sian bebi 2..dia xsalah..yg salahnye mak ayh dia...

sentuhanurani said...

betul2! :)

~Ada yang Lebih Menarik Di Sini~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Di persilakan share ilmu di atas.Hak milik Allah semuanya. Moga Allah redha :)