Blogger Widgets

~Ingat kan Pada Diri~

Kita tidak boleh ubah sesuatu yang kita lihat,tetapi kita boleh ubah diri kita yang melihatnya. Jika kita tak dapat apa yang kita suka, maka langkah yang terbaik ialah sukalah apa yang kita dapat. Itulah syukur namanya!:-)

Monday, April 11, 2011

.:: agaknya sebab ni kot ramai orang tak nak jadi cikgu ::.

bukak PAPER BERITA HARIAN kat muka depan lagi dah ada tajuk memanaskan hati.
Pelajar mengaku salah tumbuk guru
Oleh Adha Ghazali

pix_gal0

KANGAR: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua mengaku salah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam kerana menumbuk seorang guru wanita di sekolahnya sehingga mendatangkan kecederaan dalam satu kejadian di Sekolah Menengah Dato Jaafar Hassan, Bukit Keteri, dekat sini, Khamis lalu.

Pengakuan itu dibuat tertuduh berusia 14 tahun di hadapan Majistret Nur Shahida Abdul Rahim pada satu prosiding di dalam kamar.
Berdasarkan pertuduhan, pelajar itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Mariati Mat Ail, 37, dengan menumbuk hidung mangsa sehingga menyebabkan tulang hidung guru wanita itu retak.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Sabry mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga tujuh tahun dan denda.
Nur Shahida kemudian menetapkan wang jaminan RM3,000 ke atas tertuduh, manakala 4 Mei depan sebagai tarikh menjatuhkan hukuman.
Mahkamah akan membuat keputusan berpandukan kepada Akta Kanak-kanak 2001 kerana mengambil kira status tertuduh sebagai pesalah juvana.
Dalam kejadian Khamis lalu, seorang guru wanita cedera parah selepas tulang hidungnya dilaporkan retak akibat ditumbuk seorang pelajar Tingkatan Dua di Bukit Keteri. Kejadian berlaku selepas mangsa yang juga guru disiplin sekolah menegur pelajar terbabit yang dikatakan bergaduh di perkarangan sekolah.
Sementara itu, pertuduhan ke atas seorang warden asrama yang menyebabkan kematian Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, di sebuah sekolah agama persendirian, di sini, yang dijadual dilakukan di Mahkamah Majistret 1, di sini, semalam ditangguhkan.
Ia dibuat untuk memberi laluan kepada polis mengemas kini kertas siasatan kes terbabit yang diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mahkamah turut membenarkan tempoh tahanan reman ke atas suspek, 26, yang berakhir semalam dilanjutkan selama empat hari lagi sehingga 15 April ini.
Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, berikutan pendarahan dalam otak atau ‘hypoxic seculae’ dipercayai akibat dibelasah guru lelaki terbabit kerana disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah.
Dalam kejadian 31 Mac lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman.

________________________________________________________

ha,dahsyat kan??pelajar TINGKATAN 2 tumbuk cikgu PEREMPUAN. dah la cikgu perempuan pulak tu..kesian...
korang nak jadi cikgu ni,hati2 la yer..siap kan diri dengan ILMU PERTAHANAN..hehe.

dalam satu tajuk,boleh kaitkan dua kes tentang cikgu ni...korang ingat tak arwah saiful yang meninggal gara-gara rm7 tu?ha,yang ni kesian pulak aku ngan budak 7 tahun tu..

dalam satu tajuk,ada pro dan kontra :)
so,nak salah kan cikgu sratus peratus pun tak boleh.dan nak salahkan murid sratus peratus pun tak boleh.sebabnya memang cikgu yg ngajar murid menumbuk dan murid akan menghentam guru dengan penumbuk jugak..
kan dah kena dengan peribahasa CIKGU KENCING BERDIRI,PELAJAR KENCING BERLARI.. 
adui2 masyarakat....hurmmmmmm....

nak nasihat sikit,
JADILAH WARGA PENDIDIK YANG DEDIKASI DAN JADILAH PELAJAR YANG MENGHORMATI :)

hidup mesti cool macam ais :)



~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

3 comments:

Siti nAdiA (NaSz) said...

sush2 skrg..
dunia2..dh mcm2 terjd..kan2..

sentuhanurani said...

betul2..
:)

~~Ticer Wann~~ said...

jadi cikgu perlu kuat fizikal dan mental.. :)

~Ada yang Lebih Menarik Di Sini~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Di persilakan share ilmu di atas.Hak milik Allah semuanya. Moga Allah redha :)