Blogger Widgets

~Ingat kan Pada Diri~

Kita tidak boleh ubah sesuatu yang kita lihat,tetapi kita boleh ubah diri kita yang melihatnya. Jika kita tak dapat apa yang kita suka, maka langkah yang terbaik ialah sukalah apa yang kita dapat. Itulah syukur namanya!:-)

Tuesday, April 12, 2011

.:: meluat tengok bini dah tua?? ::.

korang meluat tak tengok tajuk entri nih??
sakit hati kan??
macam2 berita dah terpampang kat muka depan akhbar ni..ni aku nak kasi cerita sikit.. gara2 nak minta buangkan sampah,si suami yang dah berumur 60-an ni sanggup memukul bini dia.


puncanya,dia benci tengok muka isterinya yang dah tua.
(hey,atok,semua orang akan tua la)..lebih menghinakan lagi,si atok ni sanggup kencing di muka bini dia..(dah tak cukup tandas ke kat rumah tu??) sedangkan si bini tu lebih muda beberapa tahun dari dia..sedar diri la atok yang memang dah tua.nak taste tinggi pulak.


sampai macam tu sekali kehinaan yang dia berikan kat isterinya...susah betul hidup dengan orang yang tak terima hakikat alam realiti ni..dia tahu,nak yang sentiasa muda jer...kalau aku,lebih rela lepaskan dia kawen lain,cari bini muda yang dia nak tu..kn,kn? maklumat lanjut kat sumber harian metro


tu la akibatnya bila kita kahwin,hanya kerana kejelitaan wajah..bila hilang jelita,hati merana,badan derita....
huhh... time2 tua macam ni la,kita pegi masjid,dekat2 kan diri dengan ALLAH... ni tak,lagi dah tua,lagi tuu la dia nak buat dosa...


aku kat sini bukan nak buat dosa kering,tapi aku betul2 simpati dengan nasib si isteri tu..kesian kn??
ni aku nak ingatkan semula hadis yang nabi tinggalkan untuk umaatnya..


Dalam hadis nabi ada mengatakan: “seorang wanita itu dinikahi kerana 4 perkara: harta, keturunan, kecantikan & agamanya. Maka pilihlah yg beragama dan kahwinilah segera”
1. Kecantikan
Beauty is in the eye of the beholder. Bagi orang beriman, kecantikan seseorang itu terletak pada akhlaknya namun bagi orang yang kurang sikit imannya, kecantikan bagi mereka mungkin terletak pada rupa paras yang dikurniakan oleh Allah itu. Bagi Nabi Muhammad saw pula, asalkan sejuk mata memandang, itu sudah memadai.
2. Keturunan
Pesan nabi kepada lelaki: “Pilihlah yang elok-elok untuk anak-anak kamu sebab perempuan akan melahirkan anak yang serupa dengan dirinya ataupun saudaranya.”
Pesan nabi kepada perempuan pula: “Pilihlah yang baik untuk benih-benihmu kerana akhlak ayah itu akan mewarisi benih-benihnya.”
3. Agama
Nabi berpesan kepada kaum Adam agar mencari pasangan yang solehah kerana wanita adalah perhiasan dunia dan seindah hiasan adalah wanita solehah dan mempunyai isteri yang solehah juga adalah merupakan sebab-sebab kebahagiaan dunia.
Namun bagi perempuan, mereka dinasihatkan agar cari lelaki yang sekufu (setaraf) dengan mereka dan boleh membawa kepada kesepakatan antara wali dan diri mereka. Dari segi harta, kalau si perempuan lebih kaya daripada si lelaki, perkahwinan sesama mereka tidak digalakkan manakala jika pihak lelaki lebih kaya daripada pihak perempuan, perkahwinan sesama mereka dibenarkan kalau kedua-duanya reda.

kalau korang pegang betul2 hadis ni,mesti kejadian meluat tengok bini dah tua ni tak akan terjadi..fikir2lah yer..

hidup mesti cool macam ais:)


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

2 comments:

aeshcame said...

Reminder bg semua: Agama kena come 1st..klu tak huru hara jd nye..kuikuikui atok tu mmg tak patut!!!! Ingat dia x dimakan umur ke..perasan sungguh.. huish.. Para ladies pun nk cari suami make sure yg beragama jgn pandang harta atau rupa dulu..huahuahuaa InsyaAllah lebih berkat dunia akhirat.. AMIN.

sentuhanurani said...

i sokong u bro :)
agama 1st!!

~Ada yang Lebih Menarik Di Sini~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Di persilakan share ilmu di atas.Hak milik Allah semuanya. Moga Allah redha :)