Blogger Widgets

~Ingat kan Pada Diri~

Kita tidak boleh ubah sesuatu yang kita lihat,tetapi kita boleh ubah diri kita yang melihatnya. Jika kita tak dapat apa yang kita suka, maka langkah yang terbaik ialah sukalah apa yang kita dapat. Itulah syukur namanya!:-)

Thursday, April 26, 2012

Jika ditanya Siapa Aku? Aku Ingin Menjadi Yang Ini

Jika ditanya siapakah aku?

Ana mu`minun sa a'isyu dauman mu`mina
akulah mukmin yang akan hidup sebagai mukmin
maka ketahuilah semua orang aku di sini,
Aku melihat Allah dalam ciptaanNya,
dan aku dengar suara kebenaran dalam QuranNya.
dan aku sentuh hikmahNya dan belai kasihNya
dalam sirah mereka yang terpilih imannya
akulah angin meniup tinggi atas setiap pelayar
alam ini bagiku dan bagiku khidmat yang telah dimudahkan
Akulah bintang yang menunjuk qafilah dalam perjalanan..

Insyaallah.

Mujahidah itu…

Hati meresahkan kesal menolak cintanya,
Api cinta marak dipendam bahangnya,
kerna itu Rahsia hati dan cintanya,
Pada Allah saja diceritakan rahsianya,
Terusan berdoa memohon kepada-Nya,
Moga itu terbaik buat dirinya…

Mujahidah itu…

Di luaran dia tenang,
Dalam hati iman menentang,
Dalam hati nafsu berperang,
Antara dua cinta yang bertandang,
Namun, cinta Allah selalu menang,
Cinta kedua dilepaskan terbang…
Hari demi hari terus menyapa,
Kata orang mengapa tak punya rasa,
Sedangkan dia masih remaja,
Kata orang mengapa dia bahagia,
Sedangkan dia tak punya cinta,
Kata orang mengapa mantap hatinya,
Sedangkan dia tiada rijal penguatnya,
Mulut itu mulut mereka,
Sabarlah, biarkan saja…

Mujahidah itu…

Rabiatul Adawiyah itulah idolanya,
Sumayyah itulah obornya,
Khawlah itulah kecemburuannya,
Nusaybah itulah pahlawannya,
Fatimah itulah teladannya,
Aishah itulah buktinya,
Khadijah itulah kebanggaannya…

Mujahidah itu…

Dia mahu jadi bidadari,
Terus solehah di jalan Ilahi,
Itu mimpinya di malam hari,
Itu angannya di siang hari,
Itu bicaranya sehari-hari,
Menjadi isteri sentiasa berbakti,
Kepada suami bakal berbudi,
Pilihan Allah akan terbukti!
Ia janji yang sangat pasti!

Mujahidah itu…

Tidak takut kehilangan cintanya,
Biar pelbagai ujian melanda,
Lelaki itu, perlukan masa,
Memilih buat diri mereka,
Pilihan yang semestinya istimewa,
Calon ibu, buat zuriatnya!
Penyeri dunia, itulah temannya!
Di Syurga, itulah bidadarinya!
Membuat lelaki segan dengannya,
Menyedarkan, lelaki melainkan peranan,
Bahawa wanita bukan mainan,
Tetapi mutiara itulah nilaian…
Ya, mujahidah itu..
menghitung langkahnya,

Muhasabah dirinya,

katanya, dia masih banyak kurangnya!
Hanya menggeleng kepala..
Tatkala datangnya lelaki menggoda
Hanya bisu berdiam saja,
Diam maknanya iman sahaja bersuara,
Pandangan matanya dibutakan sahaja,
Buta maknanya hatinya mula berkata,
Rijal kekasih Allah itu yang diharapnya!
Pejuang agama itulah pembimbingnya!
Redha ibubapa itulah pilihannya!
Bukannya rijal yang sebaliknya…

Mujahidah itu…

Bukan dia tidak punya hati
Tetapi hatinya sudah mati,
Tatkala ummat Muhammad dilukai,
Hatinya menangis penuh ngerti,
Tatkala jasad saudaranya dikelar sana-sini,
Hatinya meraung penuh simpati,
Tatkala adik seakidah dirogoli,
Dibunuh tanpa secebis insani,
Hatinya jadi benar-benar mati,
Tak punya masa untuk bekasihani…

Mujahidah itu…

Tidak dia rasa kekurangan,
Kerna sudah cukup adanya Tuhan,
Tidak dia sepi sendirian,
Bila sentiasa bertemankan Tuhan,
Dia umpama permata yang bersilaun,
Kerdipnya menyilau pandangan,
Dialah wanita harapan Tuhan,
Kebanggaan umat zaman berzaman…

Mujahidah itu…

Tetaplah dirinya teguh di satu jalan…
Menjadi bidadari sememangnya impian…
Melangkah dengan sejuta harapan…
Mengejar cinta dan keredhaan Tuhan…
Moga beroleh Syurga idaman…
Ameen…Ya Rabbb…











~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Wednesday, April 25, 2012

Maaf Hati, Aku Tak Jujur Denganmu

ya rabbi, ya Rahman, ya Rahim.
Inikah yang dikatakan ujianMu?
Inikah yang dibilang musibahMu?

Hati,
Kamu tahukan yang aku benar sayangkan kamu?
Kamu tahukan yang aku benar ingin menjagamu sebaiknya?
Kamu tahukan setiap perasaan yang hadir untuk disimpan oleh kamu?

Hati,
Maaf ya. Sudah berkali-kali aku membiarkan kamu menangis.
Sendiri. Tanpa disenangi kembali.
Aku ini pentingkan diri ya?
Aku mahu mereka gembira.
Tapi aku buat kamu terseksa.
Berterusan diseksa.
Maafkan aku duhai hati.

Hati,aku kurang pasti sama ada aku kagum atau aku kecewa sama kamu.
Kecewa kerana sifatmu yang begitu rapuh.
Mudah sekali kamu lelah.
Mudah sekali kamu kalah.
Kagum, kerana kamu masih berfungsi dengan baik.
Biarpun setellah berkali-kali kau terlukah dan berdarah.

Hati,
Kamu tahu ada waktunya aku tidak jujur denganmu.
Ada saatnya keinginanmu aku abaikan.
Ada saatnya kemahuanmu aku turutkan.
Bila mana keinginanmu aku abaikan, bukan bererti aku tidak sayang, bukan beerti aku membenci.
Tapi aku tahu itulah yang terbaik buatmu.
Kerana aku sudah terlebih sayang!
Dan kerana itu aku mahu jaga kamu sebaik yang ku mampu.

Hati,
usah bersedih.
Usah tangisi dikala rasamu tidak ku tunaikan.
Ingat,siapa yang pegang kamu?
Semestinya bukan aku.
Tapi DIA. Tuhan si Pencipta kita semua.
Bergantung saja pada Dia yea.
Bukankah Dia itu sebaik-baik penjaga.
Yakin,itu kuncinya.

Hati,
Aku mahu kau kuat.
Kuat menjadi benteng diri aku yang semakin rapuh.
Aku ingin kamu sentiasa berpaut padaNYA.
Janji sama aku,hati?
Insyaallah kita sama-sama saling menjaga ya?

Bagaimanapun hati, aku tetap kagum denganmu.Sungguh hebat Allah menciptakan. Bagimana Dia mampu membuat hati sekuat ini untuk menanggung beban yang amat berat.

Subahanallah.
Allah,bimbing hati ini agar diriku terus istiqamah dalam perjuangan ini.
Izinkan aku ya Allah..
Izinkan aku menjadi wanita solehah. Izinkan aku menjadi sayap kiri perjuangan, yang rela mati dalam keunggulan iman.kerana islam merindukan kemunculanmuslimah,mukminah,mujahidah mewarisi kegemilangan serikandi ummah. amin ya rabb..

 



With so many paint colours to choose from, it can be hard to pick the right one for your life.
Life is the sum of your choices. — Albert Camus

~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Monday, April 23, 2012

Kasih Adik Terhadap Abangnya

Buka 'facebook' terjumpa berita "adik berkorban demi abang". 
"Adik sanggup dermakan apa saja asalkan abang selamat", kata Muhammad Muaz Yusof,13 kepada ibunya sebelum dia meninggal dunia di rumahnya di kampung molek,semalam. Akibat paru-paru berair selepas dua hari mendermakan darah dan sum-sum tulang belakang kepada abangnya yang menghidap leukimia.

Subahanallah mulianya hati seorang adik. Moga rohnya dicucuri rahmat. Syurgalah tempatmu. amin.

Sebenarnya, sentuhanurani ingin berkongsi sedikit luahan hati juga berkaitan dengan tajuk di atas, "kasih adik terhadap abangnya".

Seandainya diri kita pernah ditipu orang..
Seandainya diri kita pernah dikhianati orang..
Seandainya diri kita pernah difitnah orang..
Seandainya diri kita pernah dizalimi orang..

Apa Allah kata??

Adakah engkau sudah berbuat baik kepada orang yang membuat jahat kepadamu?
Adakah engkau sudah memaafkan orang yang telah menganiayamu?
Adakah engkau telah menjalinkan silaturrahim kepada orang yang telah memutuskan hubungan denganmu?
Adakah engkau telah menginsafkan orang yang mengkhianatimu?
Adakah engkau telah bercakap atau menegur orang yang telah mengusirmu?

"Sesungguhnya Aku tidak memandang kepada wajah kamu dan tidak kepada kecantikan kamu,akan tetapi Aku memandang hati kamu. Aku suka jika kamu memiliki sifat-sifat tersebut." (Hadis Qudsi)

Pesan pada hati..
Bila sudah memilih untuk berubah ke arah yang lebih baik,
jangan pernah rebah..
Bila sinis manusia menilai, jangan pernah longlai..
Biar sukar menempuh mehnah, tapi jangan pernah lelah..
Tetapkan arah,sandarkan harapan dalam doa,
terus bersabar dan istiqamah!

Duhai diri,

jadilah kau kupu-kupu. Ringan perawakan. Indah dipandang. Sedikit bergantung pada yang lain. Terbang dari satu bunga ke bunga lain. Dari satu taman ke taman lain. Lihatlah dia tidak mengeluh atas hidupnya yang sebentar. Tapi dalam hidupnya yang begitu singkat, dia telah menyebarkan keindahannya dan membuat orang yang melihatnya senang.


Apa kaitan adik dan abang?? Cukup menjadi Khazinatul Asrar buat adik dan abang..>_<
Moga silaturrahim ini terpelihara. Amin.





~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

.:: Rasa Bertuhan ::.


Jika manusia rasa bertuhan hidup dihatinya

Matilah angan-angan 
Takut pun datang menerpa dihatinya 
Manusia akan sibuk dengan dirinya 
Tak sempat memikirkan diri orang lain 
Takut dan bimbang..




Aduh! kalau Tuhan sentiasa dihati 
Perasaan berTuhan mencengkam dihati 
Mengenang pula nikmat 
Nikmat Tuhan yang banyak 
Bertambah perasaan cinta dan takut 
Cinta kerana nikmat dan kasih sayangnya 
Takut kalau nikmat ditarik semula 
Kalau terbuat dosa akan diazabnya 



Begitulah kalau seseorang hamba mengenali Tuhannya 
Hatinya sangat sibuk dengan Tuhan 
Dunia dan nikmatnya tidak mempengaruhinya 
sekalipun dunia di tangannya..



~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Thursday, April 12, 2012

Sayang,Dirimu Seindah Kupu-Kupu. Dia Khazinatul Asrar ku.

Aku tak marah..Aku tak cemburu..Aku tak sedih juga aku tidak menangis..
Ya Allah..
Usah biarkan hatiku tertambat pada cinta yang belum tentu milikku.
Tenangkan diriku juga jiwaku yang terbuai oleh angan dan harapan.
Sucikan nuraniku agar Engkau,ya Allah mampu menyentuh hatiku.

Tapi cukuplah hanya Dia yang mengetahui apa yang wujud dihati ketika saat ini. Kerana Dia yang menjaga hati dan mewujudkan perasaan ini.
Kerana kamu bukan hak ku!
Sekali lagi, kamu milik Allah,bukan milikku.

Jadi biarkan cinta ini ku pendam di dalam hatiku.
Dan cukuplah aku mencintaimu dalam diam,dalam kesederhanaan dan dalam keikhlasan.

Kerana aku yakin tiada yang tahu akan rancangan Allah.
Mungkin saja rasa ini hanya ujian dari Allah yang akan hilang perlahan-lahan suatu ketika nanti. Yang penting,aku hanya perlu bersabar. Sabar dan terus menanti dengan sabar. Sekali lagi ku ingatkan diri,perancangan Allah itu lebih hebat. Kita hanya menanti.

Ya Allah leraikanlah dunia yang hinggap ke dalam hatiku.
Kerana di situ aku tak mampu kumpulkan dua cinta
Hanya cintaMu Allah ku harapkan hingga ke syurga yang hakiki.

Biar cinta itu menusuk ke dalam hati. Biar cinta itu mengalir di sepanjang urat nadi. Biar cinta itu terzahir disetiap helaan nafas. Biar cinta itu meruntun jiwaku yang syahdu. Agar aku terus merasa dekat, agar aku selalu merasa kuat. Agar aku selalu merasa semangat untuk terus hidup. Kerana aku selalu ada KAMU. Kerana aku tahu Engkau tidak pernah menolak cintaku. Cinta dia,cinta seluruh hambaMU. Apakan pula mengkhianatinya.

Dan kerana itu aku merasa sungguh-sungguh bahagia. Kasih Allah ini buatkan hatiku rasa sejuk, jiwaku jadi redup.

Duhai diri,
jadilah kau kupu-kupu. Ringan perawakan. Indah dipandang. Sedikit bergantung pada yang lain. Terbang dari satu bunga ke bunga lain. Dari satu taman ke taman lain. Lihatlah dia tidak mengeluh atas hidupnya yang sebentar. Tapi dalam hidupnya yang begitu singkat, dia telah menyebarkan keindahannya dan membuat orang yang melihatnya senang.

Atau jadilah kau seperti lebah yang selalu makan sesuatu yang baik dan menghasilkan sesuatu yang baik. Jika dia hinggap di dahan pokok,tidaklah ia mematahkan. Malah mengeluarkan madu yang menyihatkan tubuh manusia walaupun ianya berbisa.

Begitulah dirimu wanita..
Ibarat dirimu yang lembut, muslimah sejati. Yang kehadiran dan kedatangannya membawa keindahan dan sejuta manfaat.




~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Tuesday, April 10, 2012

Menurut Anda Cinta Itu Apa Ya??

Salam semua readers sentuhanurani. 
Sihatkah anda? 
Masih pertahankan Iman di dada atau sedang goyah di saat ini?
Entri kali ini bukan saya ingin "berjiwang besi karat" tapi ingin singkapkan erti cinta yang punya pengertian luas. 
Kenapa saya pilih cinta??
Mudah untuk saya jawab,
kerana ummat hari ini masih belum mampu selesaikan masalah berkaitan "cinta".

Menurutmu cinta itu apa ya?
Menurutku.. cinta adalah kekuatan.
Yang mampu mengubah duri jadi mawar.
Mengubah cuka menjadi anggur.
Mengubah malang jadi untung
Mengubah sedih jadi riang
Mengubah 'setan' jadi 'nabi'
Mengubah 'iblis' jadi 'malaikat'
Mengubah sakit jadi sihat.
Mengubah bakhil jadi dermawan.
Mengubah penjara jadi istana
Mengubah amarah jadi ramah
Mengubah musibah jadi tabah
Itulah cinta..

Setiap orang pasti jatuh cinta.
Kerana apa?
Kerana cinta itu fitrah.
Cinta pada ibu bapa, adik beradik, sahabat dan yang paling utama adalah cinta pada Allah dan RasulNYa.

Sekalipun cinta telah ku huraikan..
dan ku jelaskan panjang lebar..
Namun jika cinta ku datangi..
Aku jadi malu pada keterangan ku sendiri..
Meskipun lidahku telah mampu kuhuraikan..
Namun tanpa lidah cinta ternyata lebih tenang..
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskan..
Kata-kata pecah berkeping-keping di atas sekeping lembaran kertas..
Untuk menghuraikan erti cinta..
Supaya kita semua mampu sampai kepada Cinta..
Akal terbaring tak berdaya..
Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
Begitu indahnya cinta..
(ketika cinta bertasbih)

Biarlah ianya terus menjadi khazinatul asrar dalam hati ini. 
Khazanah kerahsiaanku tersimpan rapi,
buat si dia bernama suami.
Kerana ku takutkan Ilahi,
kelak nanti membakar diri,
buat dosa yang membebani diri yang hina ini..

"Sesungguhnya berbahagialah orang yang mensucikan jiwanya. Dan sungguh rugilah orang yang mengotori jiwanya. Jika engkau tahu bahawa syaitan tidak pernah melupakanmu,maka jangan lupa kepada Allah yang menguasaimu.. Insyaallah sahabat!

Ibnu Athoilah berpesan, "tidak ada yang mampu mengusir nafsu atau kesenangan duniawi kecuali rasa takut kepada Allah yang maha meletakkan hati setiap hambaNya".






~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

~Ada yang Lebih Menarik Di Sini~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Di persilakan share ilmu di atas.Hak milik Allah semuanya. Moga Allah redha :)