Blogger Widgets

~Ingat kan Pada Diri~

Kita tidak boleh ubah sesuatu yang kita lihat,tetapi kita boleh ubah diri kita yang melihatnya. Jika kita tak dapat apa yang kita suka, maka langkah yang terbaik ialah sukalah apa yang kita dapat. Itulah syukur namanya!:-)

Monday, February 27, 2012

.:: makna disetiap titisan air mata::.


Pernahkah anda menangis?
Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?

Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis. Banyak air mata mengalir di dunia ini.

Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti. Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:


1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik yakni pura-pura menangis.

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis.

Rasulullah bersabda, maksudnya:“Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu: Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud:Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.
1. Apabila dahinya berpeluh.
2 Air matanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Justeru, serulah air mata itu daripada persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.


Sumber: Petikan daripada Harian Metro


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Thursday, February 23, 2012

.:: Tiada Duka Yang Abadi ::.



Tiada duka yang abadi di dunia

Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani



Tangis dan tawa nyanyian yang mengiringi
Hati yang rindukan cinta di jalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya



Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini



Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani



Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini



Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

~sentuhanurani: tiada hati yang mampu berdusta~

~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

.:: Nikah Awal Jaga Iman vs Maksiat ::.


Setiap saat, setiap waktu, setiap hari, setiap detik, para remaja di "bomb" dari segenap penjuru dengan pelbagai bentuk godaan yang boleh merangsang mereka agar tunduk kepada nafsu. Biasalah bila dah baligh, umur pun sudah meningkat, tanpa godaan pun keinginan tersebut akan timbul juga secara automatik. Apatah lagi sekiranya terdapat banyak godaan daripada suasana sekeliling. Maka secara logiknya, pasti keinginan seksual tu boleh teransang berlipat kali ganda malah, kadang kala ia turut berlaku pada belia yang baru menginjak ke usia remaja lagi.
Berita baru-baru ni mendedahkan kes remaja berumur 14 tahun secara senyap-senyap menjadikan hubungan seks sebagai hobi, dan ibu bapa remaja terbabit tidak tahu menahu langsung akan hal tersebut. Perkara ini mungkin mengejutkan masyarakat yang membacanya tetapi sebenarnya perkara sebegini sudah banyak terjadi dalam masyarakat kita. Ini kerana semuanya tidak mustahil apabila terdapat godaan dan rangsangan yang terlalu banyak di media massa dan elektronik. Maka inilah akibatnya apabila segala-galanya tidak dibendung dan segala perkara yang haram dihalalkan. Penyebab utama yang menyebabkan keruntuhan akhlak dan moral para remaja Islam.

Bayangkan jika sekarang ini sudah bermacam-macam perkara buruk terjadi terhadap generasi muda ini bagaimana pula nasib generasi muda pada masa akan datang? Berkemungkinan besar moral anak-anak muda akan lebih hancur, masyarakat menjadi punah ranah, dan negara akan jatuh kerana penuh dengan belia yang sudah rosak akhlaknya.
Maka apakah diantara jalan yang terbaik utk selesaikan masalah ini? Adakah jalan utk selamatkan spiritual remaja-remaja ini?
Setelah dirujuk pelbagai risalah dan buku-buku Islamik, yang membahaskan isu-isu semasa, dan cara-cara terbaik utk menyelamatkan masyarakat dan anak-anak muda, kebanyakkannya mencadangkan nikah awal sebagai satu cara untuk menghindarkan remaja daripada berterusan melakukan maksiat. Oleh itu, sebagai masyarakat yang prihatin kita seharusnya menggalakkan anak-anak muda supaya kahwin awal disamping menyediakan jalan untuk mereka agar dapat bernikah dengan sah tanpa syarat-syarat yang membebankan.
Islam amat menggalakkan anak-anak muda berkahwin awal. Kerana Islam melihat jiwa remaja pasti akan terancam lebih2 lagi dengan pelbagai godaan yg datang. Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T ada berfirman:
"Dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu....Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka.." (24:32)
Memang benar Islam mengajar kita untuk berpuasa dan menahan nafsu, menjaga pandangan dan sebagainya, tetapi harus diingat, bukan mudah untuk mengawal keinginan nafsu, lebih-lebih lagi nafsu remaja. Oleh itu, perkahwinan adalah jalan terbaik untuk mereka agar menghindarkan diri mereka daripada nafsu.
Namun perkahwinan bukanlah perkara yang mudah. Ibu bapa sudah tentu menginginkan anak-anak mereka berjaya dalam pendidikan, seterusnya memiliki kerjaya yang stabil dan sebagainya. Sudah tentu ibu bapa berfikir bahawa sekiranya mereka membenarkan anak-anak mereka bernikah awal sudah tentu jumlah wang yang terpaksa dikeluarkan tidak terkira banyaknya. Untuk perkahwinan sahaja mungkin akan mencecah tiga puluh ribu ringgit itu belum termasuk kewangan untuk menyara kehidupan mereka selepas berkahwin. Maka disebabkan hal-hal ini ramai yang beranggapan bahawa kahwin awal itu seolah-olah membebankan dan menyusahkan.
Namun, sebagai ibu bapa relakah anda melihat anak-anak remaja anda menghampiri maksiat dan seterusnya terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak diingini? Nauzubillah.. Bukankah lebih baik sekiranya anda mempermudahkan anak-anak anda untuk bernikah seandainya mereka dan pasangan mereka sudah terlalu sayang akan satu sama lain? Mungkin perbuatan tidak semudah kata-kata tetapi kita perlu teliti semua aspek dan kesan-kesan yang bakal anak-anak anda hadapi seandainya dibiarkan berterusan bercinta tanpa sebarang ikatan.
Maka, di sini ada disenaraikan beberapa cara untuk membantu anak-anak muda zaman sekarang kahwin awal , yg pertama:
1."Sokongan kewangan" daripada ibu bapa yang berkemampuan.
Ibu bapa yg berkemampuan digalakkan supaya memberi sokongan kewangan kepada para remaja-remaja ini agar mereka dapat berkahwin awal dan bantu mereka menyelesaikan apa-apa yang patut. Islam menggalakkan kita untuk menolong manusia lain yang berada dalam kesusahan sebagai contohnya membantu orang-orang miskin dan orang sakit, oleh itu, sudah tentu sekiranya kita membantu anak sendiri membina masjid iaitu mendirikan rumah tangga ganjarannya pasti lebih besar bukan? 
2. Sokongan Masyarakat.
Masyarakat sewajarnya mewujudkan sebuah organisasi yang menyediakan dana untuk menolong anak-anak remaja ini berkahwin awal. Mengikut sejarah, pernah sekali, seorang lelaki ditangkap dan dibawa menghadap Sayyidina Ali atas perlakuan yg tidak sopan. Selepas Ali menjalankan hukuman yg sepatutnya, beliau mengahwinkan pemuda ini dengan menggunakan kewangan negara.
3. Nikah Gantung.
Iaitu si teruna dan dara tersebut bernikah untuk menghalalkan hubungan antara lelaki dan wanita. Majlis perkahwinan tersebut ditangguh selepas satu ketika dimana pasangan tersebut telah mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Kebiasaannya mereka akan tinggal berasingan untuk memfokuskan diri terhadap pelajaran dan sebagainya. Tetapi mereka ini dihalalkan untuk berjumpa dan berpegangan tangan, berdating dan sebagainya ini kerana hubungan antara mereka telahpun halal jika mengikut syarak. Oleh itu andainya mereka bercinta sakan umpama sepasang kekasih yang selalu kita lihat berpeleseran di shopping-shopping complex sekalipun mereka tidak akan mendapat dosa kerana mereka tidak melakukan maksiat.  Malah, seandainya mereka mengambil keputusan untuk tinggal bersama dan melakukan hubungan suami isteri juga tidak salah malah di galakkan didalam Islam. 
4.  Bernikah seperti biasa tetapi..
Cara yang terakhir adalah pasangan remaja ini bernikah dan mengadakan majlis perkahwinan seperti biasa namun, bijak merancang kekeluargaan agar tidak menimang cahaya mata sehingga mempunyai pekerjaan yang tetap dan mempunyai sumber kewangan yang kukuh. 
Ya,begitulah antara kaedah-kaedah yang boleh anda lakukan untuk menggalakkan perkahwinan antara remaja agar dapat mengelak fitnah dan maksiat. Namun, perlu diingatkan ibu bapa perlulah bersikap terbuka sekiranya anak mereka menyatakan hasrat untuk berkahwin walaupun dikala usia masih muda. Selaku ibu bapa anda juga perlu menasihatkan anak bahawa mereka perlu serius dan komited sekiranya benar-benar ingin berkahwin. Ini kerana perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. Onak duri kehidupan itu pasti akan lebih terasa selepas berada di dalam alam perkahwinan. Sabar, tabah dan keimanan yang tinggi perlu di terapkan dalam jiwa agar perkahwinan yang dibina itu tidak berakhir dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Selepas berkahwin, pasangan perlulah membimbing antara satu sama lain agar dapat mendekatkan diri mereka kepada Allah S.W.T.
Apabila kita memahami perspektif Islam yang menggalakkan perkahwinan awal, maka insya-Allah kita akan bersikap lebih terbuka untuk membenarkan remaja-remaja ini berkahwin awal. Andainya ada antara mereka yang belum sempurna pendidikan agamanya, adalah baik seandainya ibu bapa mendidik mereka dengan ilmu agama samada sebelum dan selepas berkahwin. Usahlah anda menghalang para remaja yang ingin mendirikan rumah tangga seandainya mereka masih belajar di Universiti atau Kolej. Yakinlah, dengan bantuan Allah sudah tentu mereka masih boleh menamatkan pengajian masing-masing walaupun bernikah ketika masih belajar.
Bukanlah, niat saya hendak memaksa para ibu bapa mengahwinkan anak-anak anda diwaktu usia muda. Namun, ini adalah antara jalan terbaik yang diajarkan oleh Islam itu sendiri. Terpulang pada anda untuk menentukan yang mana yang lebih baik untuk anak-anak anda kerana sudah tentu anda lebih mengenali mereka. Cuma, seandainya anda mendapati anak remaja anda sudah terlalu sayang dan cintakan kekasihnya bukankah lebih baik untuk menghalalkan hubungan tersebut?
 Sama-sama kita  merebut kejayaan !
Sumber: iluvislam.com

~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Sunday, February 19, 2012

.:: Hanya Tuhan Yang Tahu ::.

~bertahanlah!bersabarlah duhai jiwaku. tetap tabahkan hatimu..kelak disaat yang tepat,bahagia itu akan kau dapati~


ku pendamkan perasaan ini
kurahsiakan rasa hati ini
melindungkan kasih yang berputik
tersembunyi di dasar hati


ku pohonkan petunjuk Ilahi
hadirkanlah insan yang sejati
menemani kesepian ini
mendamaikan sekeping hati


Oh tuhanku
berikanlah ketenangan yang abadi
untukku menghadapi
resahnya hati ini mendambakan kasih
insan yang ku sayang


Di hati ini
hanya tuhan yang tahu
di hati ini aku rindu padamu
tulus sanubari menantikan hadirmu
hanyalah kau gadis pilihanku


kerana batasan adat dan syariat
menguji kekuatan
keteguhan iman
insan yang berkasih..


sentuhanurani : "maka bersabarlah kamu! sesungguhnya janji Allah itu benar. (surah almukmin : 55)

~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Saturday, February 11, 2012

.:: Aku Tahu itulah Bahagia sebenar ::.

Salam semua! 
Semalam entri berkaitan "Mencari Di manakah Bahagia" . Dan hari ini sentuhanurani nak bawakan satu kisah tentang "bahagia" juga,yang di petik dari buku "Iman dan Kehidupan" oleh Dr Yusuf Al-Qaradawi.

Kisahnya bermula...


Seorang suami yang marah kepada isterinya dan dengan segera mengancam isterinya : "aku akan lenyapkan kebahagiaanmu. Si isteri menjawab dengan tenang, "Abang tidak mampu melenyapkan kebahagiaanku sebagaimana abang tidak mampu memberikan kebahagiaan kepadaku"


Suami bertanya: "Mengapa aku tidak akan mampu melenyapkan kebahagiaanmu?"


Isteri menjawab dengan penuh keyakinan: "Kalau seandainya kebahagiaanku terletak dalam perbelanjaan, tentu abang akan mampu menghilangkannya. Dan kalau terletak dalam pakaian dan perhiasan, tentu abang juga sanggup menahannya. Tetapi kebahagiaanku adalah sesuatu yang bukan milikmu,dan tidak dapat kamu kuasai, baik kamu sendiri atau orang lain."


Suami bertanya dengan penuh kehairanan: "Dimanakah kebahagiaanmu?" Isteri menjawab dengan penuh keyakinan: "Sesungguhnya aku memperoleh kebahagiaan dalam keimananku. Dan imanku itu dalam hatiku. Tiada seorang pun yang dapat menguasai hatiku selain Allah."



~Sentuhanurani : Ana abdullahi walan yudhi'ani = Aku hamba Allah,Dia tidak akan mengecewakanku~




~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

.:: Mencari di manakah bahagia ::.

Apa itu "bahagia"?
Kalaulah ada manusia kata,"alangkah bahagianya kalau aku tak bahagia". Maka sudah tentu dia tidak siuman lagi kerana bahagia itu fitrah bagi setiap manusia. Tak ada sorang pun manusia yang tidak inginkan kebahagiaan. bahkan apa-apa sahaja yang diusahakan pasti matlamatnya untuk mencapai bahagia!

Tapi malangnya,keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia yang sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkannya.

Sentuhanurani sendiri dahulu pernah tersungkur ke lembah bahagia yang palsu. Kerana apa terjadi begitu? Kerana tidak mengetahui apa sebenarnya bahagia yang kita inginkan.


Sentuhanurani ulang semula soalan tadi. Apa erti bahagia?
Ada kalangan kita yang beranggapan erti bahagia ni berubah-ubah. Bila sakit,sihat tu dirasakan bahagia. Bila dah sihat,kebahagiaan tu bukan lagi pada kesihatan,ianya sudah beralih kepada perkara yang lain pula.

Tapi ada pula yang beranggapan,tidak ada kebahagiaan di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Mereka kata,manusia dilahirkan bersama tangisan,hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur bersama dengan tangisan juga. Macam-macam tanggapan manusia tentang bahagia.

Tetapi bagaimana mereka terlibat dengan masalah-masalah sosial seperti zina,arak,dadah, jenayah, masalah rumah tangga cerai-berai,sakit jiwa,bunuh diri? Ini sudah tentu tidak bahagia. Jika mereka bahagia dengan nama,harta, dan rupa yang dimiliki tentulah mereka tidak akan terlibat dengan semua kekacauan jiwa itu. Tentu ada "sesuatu yang hilang" di tengah lambakan harta,rupa yang cantik dan nama yang popular.

Cuba kita lihat analogi antara air limau dan luka di tangan. Air limau itu umpama "ujian" hidup,manakala tangan yang luka itu ibarat "hati yang sakit". Hati yang sakit adalah hati yang penuh dengan sifat2 yang tercela. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sifat mazmumah yang sedia bersarang dalam hati. Apabila diuji dengan cercaan manusia,timbullah rasa kecewa,marah atau dendam. Apabila diuji dengan harta pula,muncullah sifat tamak,gilakan pujian dan takbur.

Inilah erti "Bahagia" sebenar:
"Hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan".

"Ketahuilah dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang" (Surah al ra'd:28)

Rasulullah bersabda: "Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik,maka baiklah seluruh badan,tetapi apabila ia rosak maka rosaklah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati."

Rasulullah bersabda lagi yang bermaksud: "Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati".

Bagaimana cara untuk mencari bahagia? 
Sentuhanurani nak kogsikan antaranya:
~Beriman dan beramal soleh.
~Banyak mengingati Allah.
~Bersandar kepada Allah.
~Sentiasa mencari peluang untuk berbuat baik.
~Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.
~Melihat kelebihan disebalik kekurangan.
~Jangan mengharap ucapan terima kasih manusia.


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Thursday, February 9, 2012

.:: Duhai Duri Semalu ::.

~ayunya wanita kerana malunya~
Pernah lihat pokok semalu? Pokok yang apabila didekati,dia menguncup. Sebab pokok ni sensitif sangat. Tapi,jaga-jaga ianya berduri. Kalau tertusuk durinya, ouchh...SAKIT! Pohon semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi.Dan Pernah tanya dalam diri tak,kenapa Allah jadikan pokok semalu macam tu sifatnya?

Sifatnya persis seorang wanita yang menjaga peribadinya. Yang punya duri yang tajam untuk melindungi tubuhnya dari di sentuh oleh mana-mana tangan yang berbisa. Walaupun pokok semalu tu tiada fungsi untuk digunakan tapi,Allah jadikan ia untuk di ambil pengajaran dari sifatnya. Hebat! sepohon pokok mampu mendidik jiwa. :)

Percaya atau tidak bahawa panahan mata seorang wanita lebih tajam dan merbahaya dari tembusan panahan yang berbisa? Oleh itu,awasilah selalu agar tidak terkena panahan matanya.

Duhai wanita,
Sungguh hebat panahan matamu dimata lelaki. Sungguh mahal dan berharga. Tapi mengapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu terlalu agung dimata lelaki dan terlalu mulia di sisi Penciptamu. Namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan dirimu sendiri. Menjadi wanita adalah satu anugerah yang paling indah. Seharum manapun wangian kasturi,tidak mampu untuk menandingi wangian budi pekertimu. Lembutnya gumpalan kapas masih tewas dengan kelembutan tingkah laku mu. Halusnya butiran pasir,belum tentu menandingi halusnya pertuturanmu. Adakah kau masih tidak bersyukur dengan keindahan ini?

Duhai wanita,
Sebenarnya,maruah diri yang kau galas lebih berat daripada sebuah batu yang besar. Kau menepis setiap godaan nafsu dunia yang datang bersilih ganti dan hampir menyebabkan engkau jatuh tersungkur namun,kau hadapi dengan penuh kesabaran. Percayalah wanita, akan ada kebahagiaan di akhir deritamu jika kau berbentengkan kesabaran.

Wanitaku,
Terima sahaja makian,dan cacian yang datang bersilih ganti ibarat halilintar yang singgah dicuping telingamu. Terima sahaja dengan senyuman dan ambil sebagai halwa telinga yang mengajarkanmu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan yang sumbang, dari bibir yang sumbing yang ingin melihatmu jatuh tersungkur. Percayalah akan ada kemanisan yang hadir dari bibir orang-orang yang beriman. Asalkan benteng kesabaranmu masih kukuh berdiri. Jangan sesekali engkau runtuhkan!

Saudara wanitaku,
Imanmu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu di setiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan ada ombak yang meruntuhkan benteng imanmu. Jangan kau gadaikan maruahmu yang tiada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tak mungkin kau peroleh. Andai kata kau pernah tersungkur, segeralah bangkit. Jika kau tersasar jauh dari landasan hidupmu,atur kembali langkahmu bersama kekuatan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Jangan sesekali menganggap kau tiada peluang kedua. Allah pasti mengampuni kerana kita hanya manusia biasa yang tak lari dari kesilapan dan pasti akan kembali kepada fitrah semulajadi.

Jangan bersedih wahai wanita..
Jika engkau tidak peroleh apa yang kau inginkan di dunia ini, kerana syurga itu pasti menantimu. Lihat keteguhan iman Sumaiyyah, ketika di hunuskan tombak yang tajam menikam,namun iman didadanya sedikit pun tidak berubah. Demikian jugalah bulat imanmu harus kepada penciptaMu.

Wanita, biar tawadukmu lebih menggunung daripada kejelitaanmu. Biar keayuanmu lebih terpancar dek kerana lemah gemalainya peribadimu. Biar kebijaksanaanmu lebih terpampang oleh tingginya ilmu mu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya masyitah pada tuhannya. Agungnya kasih Khadijah pada agamanya dan perjuangan srikandi-serikandi terdahulu. Jadikan agamu sebagai tunjuang yang memperkasakan akidahmu.

Ya Allah jadikan kami wanita yang paling bahagia di sisiMu. Ampuni segala kekhilafan diri ini. :')

~Sentuhanurani: Peganglah kata-kata ini, "kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan. Sekali kau jatuh,terus bangun! Kisah silam mengajar siapa aku disisiMu "~





~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Tuesday, February 7, 2012

.:: Wanita facebook - Terlalu Istimewa ::.


Ku lihat ramai di facebook, 
dikalangan wanita,
gambar tak tutup aurat,
dedah sana sini,
harap wajah yg cantik,
tapi aurat tak jaga,

tiap yg memandang free dapat dosa,
tolonglah tutup aurat,
ingatlah azab allah yg pedih,
bagi wanita yg tak jaga perhiasannya,
terkilan rasa jiwa inginku lihat dirimu berubah..

insyaallah..
tuhan akan mengampunimu,
wanita bertambah cantik,
jika auratnya terjaga,
tak percaya cubalah try..
betul2 ayu..

tutuplah rambutmu,
juga bahagian lain,
cantik rupa dan jiwa,
tolonglah tutup aurat,
ingtlah azab allah yg pedih,
bagi wanita yg tak jaga perhiasannya...
insyaallah Tuhan akan mengampunimu...
amin..


~WANITA ITU MAHAL~

Sangat-sangat mahal. 

Mahal segala-galanya. Mahal dari segala sudut. 

Makin mahal wanita itu APABILA 

makin mulia peribadinya, makin baik akhlaknya, 
makin elok percakapannya, makin terjaga auratnya, makin indah budi pekertinya. Oh, wanita seperti inilah yang akan membahagiakan para lelaki (suami) mereka nanti. 



Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Ahzab, ayat 59 yang bermaksud; 



"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." ~



~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

~Ada yang Lebih Menarik Di Sini~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Di persilakan share ilmu di atas.Hak milik Allah semuanya. Moga Allah redha :)