Blogger Widgets

~Ingat kan Pada Diri~

Kita tidak boleh ubah sesuatu yang kita lihat,tetapi kita boleh ubah diri kita yang melihatnya. Jika kita tak dapat apa yang kita suka, maka langkah yang terbaik ialah sukalah apa yang kita dapat. Itulah syukur namanya!:-)

Friday, January 27, 2012

.:: Kiamat 2012 ::.

Masih ingat andaian kiamat 2012?? Tahun ini kan??
Jangan percaya lagi!!!

Sebab.....
Kiamat menurut Islam,

~Kemunculan Imam Mahdi.
~Kemunculan Dajjal.
~Keturunan Hazrat Isa.
~Kemunculoan Yakjuj dan Makjuj.
~Terbitnya matahari dari barat ke timur.
~Pintu pengampunan akan ditutup.
~Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar-benarnya.
~Kabus selama 40 hari akan mematikan orang yang beriman sejati sahaja,mereka tidak perlu mengalami tanda kiamat yang lainnya.
~Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan.
~Pemusnahan kaabah.
~Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap.
~Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 dan orang kafir yang tersisa akan mati.
~Semua gunung dan bangunan akan runtuh.
~Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan kesemua ciptaan Allah.dan bertemu di padang arafah menuju saat penghakiman mereka dan matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi.

Nabi Muhammad telah bersabda:
'Barangsiapa yang mengingatkan ini kepada orang lain,akan ku buatkan tempat syurga baginya pada hari penghakiman kelak.'

~Kita selalu kirim ribuan benda kat facebook,twitter,blog.. Tapi bila kirim perkara yang berkaitan ibadah pasti berfikir-fikir. Allah berfirman:"Jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKU,maka akan Aku berikan. Tetapi,Aku akan menjauhkan kalian daripada syurgaKU"~

~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

.:: Peluk Cium Isyarat Kasih ::.

Okey,entri kali ni, sentuhanurani nak bawak readers semua selami erti "kasih".
Kasih yang ingin saya bawakan ialah kepada kekasih kita selepas Allah dan Rasul iaitu ibu dan bapa kita.

Pernah tak korang rasa ibu bapa kita ni selalu pilih kasih antara kita dengan adik-adik? Kalau dulu,jujur saya kata selalu rasa ingin memberontak sebab rasa yang mak dan ayah selalu tak pedulikan kita.(itu masa kecik-kecik dulu lah)hehe. Almaklumlah adik beradik ramai. Apa yang kakak dapat,adik pun nak juga. Begitulah telatah kita.

Tapi tanpa kita sedari, mak ayah sebenarnya sentiasa inginkan yang terbaik untuk semua anak-anaknya sehingga akan berusaha macam mana susah pun untuk dapatkan segala yang kita inginkan. Betul tak? Atau pun ada yang kurang setuju. Meh sentuhanurani nak bawakan apa sebenarnya erti kasih dan sayang ibu bapa walaupun tidak dilafazkan dengan kata-kata.

Ibu bapa yang hidup dalam kesempitan,tidak berupaya untuk menjadi mesra dalam pertuturan. Mereka tidak mengucapkan sayang dengan lafaz yang terang, tidak memeberikan sentuhan kasih yang jelas. Tetapi mereka menzahirkan keikhlasan pengorbanan dengan tabahnya menahan terik mentari dan sabarnya menempuh dinginnya hujan. Sebab mereka tahu,hasilnya akan digunakan untuk menyuapkan anak-anaknya. titik peluh tersebut akan bertukar menjadi wang akhirnya!

Maka,jangan marah bila ibu bapa tidak peluk korang dan meluahkan rasa sayang persis seorang kekasih. Percayalah,mereka telahpun beri sepenuh kasih sayang dan kecintaan mereka dengan menanggung beban membesarkan kita.

Mereka tidak mendera dan menyakiti kamusewaktu masih kecil. Mereka tidak menyerahkan kamu untuk diperdagangkan. Sebaliknya mereka sabar dengan kita sekalipun menghadapi seribu macam kerenah buruk kita.

Carilah ibu bapamu yang kini sedang berada disuatu tempat. Tataplah wajah mereka dalam-dalam,lihatlah garis-garis wajah usia mereka. Peganglah tangan mereka dan kucuplah. Lalu pandang mata mereka dan ucaplah, "terima kasih atas segala kasih yang diberi".

Berterima kasihlah kepada sesiapa pun terutamanya ibu dan bapamu,kerana nabi bersabda yang bermaksud:"Sesiapa yang tidak berterima kasih dalam perkara kecil,maka dia tidak tahu berterima kasih dalam perkara yang banyak.Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia,maka dia tidak berterima kasih kepada Allah".

~Kucupan terima kasih dan pelukan ampun maaf ini,bukan untuk sesiapa pun. Ia adalah untuk ibu dan bapamu. Jika korang semua lakukannya,pasti suatu hari nanti anak-anakmu pula akan melakukan hal yang sama terhadapmu. Akhirnya engkau juga yang akan merasa bahagia. (>_<)~




~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Monday, January 23, 2012

.::Malu Dalam Iman::.


Sentuhanurani nak tanya la,agak-agak kalau makanan yang tidak ditutup dengan tudung saji jadi apalah kat makanan tu nanti yer? Mesti pelbagai jenis lalat atau "langau" yang handsome,yang macho dan yang paling tidak pun yang seksi akan berkerumun kat makanan yang lazat tu. Apabila sudah dihinggap lalat yang bijaksana,maka mestilah ada sesuatu yang ditinggalkannya di situ. Agak-agak apa yang ditinggalkannya?


Meh sentuhanurani beritahu apa yang ditinggalkan oleh lalat-lalat "handsome VS seksi" tadi. Kekotoran pun hadir sehinggalah rosak makanan yang ingin kita makan itu. Kemudian,apabila kita makan dengan penuh selera,rupa-rupanya ia mengandungi virus yang ditinggalkan oleh lalat "handsome VS seksi" tadi. Maka layulah kita di wad hospital dengan wajah yang muram dek kerana makanan yang tidak ditutup tadi.


Anda faham dengan analogi yang sentuhanurani bawakan? Bukan sentuhanurani nak bercerita tentang lalat dan kesannya. Tetapi,sentuhanurani ingin menyentuh topik "malu dalam Iman" yang semakin berkurang dalam diri setiap insan termasuklah sentuhanurani sebagai manusia biasa ini. 


Ini adalah kisah tutup menutup yang ada kaitan dengan "M.A.L.U".. Apa sahaja sesuatu yang perlu ditutup mesti ada sebabnya kenapa perlu ditutup. Bayangkan makanan itu sebuah "tubuh badan" kita. Kemudian,tudung saji itu pula melambangkan "pakaian yang menutup aurat". Nampak tak apa yang sentuhanurani cuba sampaikan? Siapa dah nampak,dia cerdik!


Ada lagi...dan lalat-lalat yang "handsome,macho dan seksi" itu simbolik kepada mamat-mamat atau minah-minah yang suka berhibur sehingga leka dan suka buat maksiat. Selepas itu,golongan ini terlihat kita yang tidak menutup aurat dan terlintas dihati mereka bahawa kita senang dipengaruh.


Biasalah...Kita yang berjiwa remaja ini apabila tidak kuat iman (kalau dah tak tutup aurat,itu tandanya iman kita lemah sangat) langsung terpengaruh dengan ajakan mereka. Kemudian penyakit jiwa yang ada dalam golongan tadi pun menular ke dalam diri kita.


Akhirnya terjerumuslah kita ke kancah kemaksiatan bersama-sama orang yang tidak beriman. Untuk kembali semula ke jalan yang benar, kita perlukan hidayah. Kalau sampai tahap itu, payah kita! Jadi,sebelum apa-apa yang tidak enak berlaku,kita perlu menjaga aurat kita terlebih dahulu. Tutup rapi-rapi. 


Tutup dengan sebenar-benar tutp. Bukan sekadar, "ala tutup rambut pun kira tutup aurat juga apa!" Kalau macam tu tanggapan kita semua tentang aurat,lengan terdedah, baju sendat, betis tersembul pun tak guna juga ye. Itu namanya tak malu. (ops,maaf jika terkasar bahasa pula. Tapi ini realiti yang perlu dikatakan). Berkata benar walau ianya pahit.


Tutup dengan kata sebenar-benarnya ialah longgar: Tak nampak "cutting badan". hmm.. Itu baru malu yang beriman.
Sama macam kita jaga buku yang kita sayang. Walaupun buku yang kita sayang tu tak berfaedah dimata orang lain, tapi dek kerana sayang, kita akan balut buku tu dengan baik,cantik,kemas! Begitulah akhlak diri :) 


Benda yang tak ada faedah kalau dijaga bersungguh-sungguh nilainya akan bertambah. Sama juga dengan diri kita,jika kita jaga dan sampul baik-baik akhlak kita tu,lama-lama akan nampak bernilai.


~Malulah kalau buat perangai tak elok sebab nanti orang ramai kata,"buat malu orang Islam aje!" So,ayuh mulakan sekarang untuk menjadi remaja bertakwa!~

~Rasulullah pernah bersabda, Jika engkau tidak malu,buatlah apa pun~

(beruk pun malu tengok kita tak tutup aurat)











~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Sunday, January 22, 2012

.:: Segannya aku ::.

Segan bila tangan lebih laju membuka laptop,
Dari membuka kitab Allah..
Segan bila mata lebih seronok menonton "movie",
Dari pergi mendengar ceramah..


Segan bila kaki lebih cepat ke "mall",
Dari melangkah ke masjid..
Segan bila mulut asyik bercerita,
Dari berzikir mengingati Allah..


Segan bila telinga lebih seronok mendengar lagu yang menyoronokkan jiwa,
Berbanding mendengar ayat-ayat Allah..


Terasa segan,
Apabila ditimpa masalah dan musibah,
Terus mencari manusia untuk mengadu,
Bukannya DIA..


Segannya bila ada ujian,Mulut laju merungut,
Bukannya cepat-cepat menenangkan diri dengan kalimah Allah..


Bila dititipkan harapan,
Lebih mengikut kata hati,
Lebih menyebelahi kata nafsu,
Hanya bila harapan itu pudar baru mencari DIA..
Malunya bila sedar,kita sebenarnya telah belakangkan DIA.
oh,segannya aku..


Segan bila hati lebih laju mencari cinta manusia,
Dari mencari Ilahi..


Segan dengan Dia yang MAHA melihat.
Segan dengan Dia yang MAHA mengerti.
Segan dengan Dia yang MAHA memahami.
Segan dengan DIA yang MAHA pengampun!


Segan dengan dosa yang dilakukan,
Terasa bersalah dengan Dia,
Sedangkan diri tahu,Dia sentiasa ada.
Diri tahu Dia tidak pernah meninggalkan hambaNYa walaupun sesaat,
Tetapi mengapa diri masih tegar melakukan kesalahan?
Oh, sebab diri ditaraf hamba,
Hamba yang sering leka dengan keindahan dunia,
Memang sering melakukan kesilapan demi kesilapan,
Tapi bukankah sifat mukmin,mereka takkan jatuh ke dalam lubang yang sama sebanyak dua kali?


Terasa bagaikan ada batu yang besar menghempap kepala. Sakit!
Ish,dah tahu rupanya begitu,
Tapi mengapa tidak mahu ambil pengajaran lagi?
Malunya aku!


Benar diri bukanlah maksum bagaikan baginda Rasulullah.
Diri adalah hamba, ditaraf hamba.
Yang di bawah dan terhina.
Tapi jika diri mengaku beriman, sudah tentu diri akan melakukan kebaikan.
Sudah tentu diri akan sentiasa membetulkan diri dan bermuhasabah.


Jadi,
Jika berasa segan, bersyukurlah!
Hati dan perasaan sedang ingin kembali kepada yang Hak!
Jiwa masih utuh ingin mengikat kata cinta pada DIA.
Allah sentiasa beri peluang,
Untuk diri bertaubat dan bertaubat lagi.
Gunakan kesempatan yang ada,
Kerana diri tidak tahu,adakah ini nafas yang terakhir??


~sentuhanurani : Malunya aku!!~
Perasaan malu selalu mendatangkan kebaikan (HR Bukhari dan Muslim)”













~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Thursday, January 19, 2012

.:: Adakah engkau perempuan atau muslimah ::.




Perempuan
Apabila teruna memandangnya
Perempuan akan membalas renungan matanya
Apabila teruna mendekati selangkah
Perempuan akan membalas dengan berpuluh-puluh langkah


Apabila si teruna memujuk rayu
Perempuan akan layu dalam pangkuannya
Apabila teruna memberi harapan
Perempuan hanyut dalam angan-angan..


Muslimah
Apabila si teruna melihatnya
Muslimah tunduk menahan malunya
Apabila teruna mendekati selangkah
Muslimah undur beribu langkah


Apabila teruna memujuk rayu
Muslimah tidak akan sesekali layu
Muslimah anggap itulah kalimah iblis!
Apabila teruna menutur harapan indah
Muslimah yakin janjiNYA lebih bahagia di sana


Kerana muslimah mengerti dan menyedari
Akan erti maruah peribadi sejati
yang diselaputi cinta pada Hakiki
Yang tidak mudah dicemari
Kerana iman menjadi benteng di hati :)


~ Siapakah muslimah yang menawan dan tidak mudah tertawan ~
✔ Dia menulis kekuatan melalui masalah
Dia tersenyum saat tertekan
✔ Dia tertawa saat hati sedang menangis
✔ Dia tabah saat dihina
✔ Dia mempersona kerana memaafkan
✔ Dia mengasihi tanpa balasan
✔ Dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan

"sentuhanurani : moga kita mampu menjadi muslimah yang cantik di mata ALLAH" (^_^)(") insyaallah!




~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Wednesday, January 18, 2012

.:: Nikah khitbah: Surat untuk ibubapa ::.

Assalamualaikum kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai. Apa khabar dengan keluarga di Malaysia? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat Allah sentiasa.

Along pun tak berapa jelas mengapa along nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar along tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang along tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.
Dipendekkan cerita, along sebenarnya nak minta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila along cakap macam ni. Along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Along nak nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada Allah.
Kadang-kala, along rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah. Along bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi along nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. Allah S.W.T berfirman:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)
Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa langkah yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.
Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.
Di universiti along, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasulullah S.A.W. Sekarang pilihan di tangan kita, sama ada nak kepada benda baik atau buruk.
Mengenai calon, along tiada lagi. Tapi, InsyaAllah kalau mak dan ayah bagi along green light, masalah calon, mak dan ayah jangan risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia. Along lebih suka calon tu along yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk along.
Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak along akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang along nikahi nanti. Seperti yang along katakan awal-awal tadi, along nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh along belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka along akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah S.A.W, Rasulullah bernikah dengan dengan Sayyidatina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah khitbah’ atau ‘nikah gantung’.
Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau along telefon dia, along dapat pahala, along rindu kat dia, along dapat pahala, along bagi hadiah kat dia, along dapat pahala malahan kalau along keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, along nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut sunnah Rasulullah yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita.
Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan along masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka along akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM50 sebulan, maka along akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga).
Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jangan risau, sebelum along nak nikah, along akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri along. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tidak, along tangguh dulu. Apa-apa pun, along tegaskan sekali lagi, along nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.
Along tengok semua sepupu along nikah awal dalam umur 22 tahun. Along cadang pun begitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu along tua nanti, along tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak along nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mahu tak mahu, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada Allah. Tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati. Along juga harap, anak-anak along nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.
Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada Allah di samping mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Dalam umur muda ni, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada Allah dan Rasul.
Along sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan along dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Mak Su, sebab along tak tulis nama mak dan ayah. InsyaAllah dalam risalah tu along ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.
Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Along nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi along, kalau along membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab along pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja along membicarakan hal nikah ni ketika mana along baru berusia 19 tahun (dalam tahun Islam, along dah 20 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat along ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Along tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui 100% apa yang along katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.
Kalau boleh jangan bagi tahu abang dan kakak saudara yang lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan along ini atas beberapa faktor. InsyaAllah, kalau ada apa-apa nanti, along akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha Allah adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.
Akhirul kalam, doakan along di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Selangor.
Puteramu,Along
Sumber; syahirul.com

Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda.
Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembah maksiat.
Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.
Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal.
Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas.
Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.


"sentuhanurani : Kalau Bercinta Sudah Terangsang, Kahwinlah!"

~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Monday, January 16, 2012

.:: Cara mudah nak dapatkan pahala walaupun selepas mati ::.

Kenapa nak lakukan kebaikan itu terasa berat? Tetapi kenapa nak lakukan kejahatan tu mudah sangat? Perintah Allah itu mesti dipatuhi walaupun dalam keadaan susah,suka dan terpaksa. Tidak kira sama ada ikhlas atau tidak. Yang penting,wajib perlu dilaksanakan! Keikhlasan kita hanya Allah sahaja yang mampu mengukur dan ianya menjadi rahsia diantara kita dengan Allah.

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (At Taubah:41)

Entri kali ini Sentuhanurani ingin berkongsi bagaimana cara yang mudah untuk peroleh pahala walaupun selepas mati.

- Menyampaikan ilmu yang bermanfaat,selagi mereka mengamalkan.. pahala anda tetap ada.

- Beri makanan kepada orang,atau binatang. Anda dapat pahala selagi makanan itu menjadi  darah dagingnya.

- Beri pakaian kepada orang. Setiap kali orang tu pakai,anda dapat pahala.

- Memberi sumbangan kepada masjid dan surau.

- Derma kerusi roda di hospital. Setiap kali pesakit guna,anda akan dapat pahala.

- Derma keperluan-keperluan masjid/surau seperti sejadah,telekung, al-quran, yasin. Setiap kali orang guna,anda akan peroleh pahala.

"Apabila mati anak Adam itu, maka akan terhenti segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh" (sabda Nabi Muhammad S.A.W)

Sebenarnya banyak lagi cara untuk mendapatkan pahala walaupun selepas mati.
Gunakan kreativiti masing2 dalam beribadah. Pakai Facebook atau Twitter atau Blog pun sudah memadai. Selamat beramal!

"Siapa yang mengerjakan kebaikan,maka dia telah berbbuat baik untuk dirinya. Sebaliknya,siapa yang berbuat jahat,maka dia berlaku kejahatan kepada dirinya juga" (fussilat:46)

~Pahala? jika pahala itu boleh dilihat seperti emas, sudah pasti semua orang akan berlumba-lumba nak buat pahala. Tetapi jika dosa itu pula berbau busuk, Sentuhanurani pasti, tak akan ada yang ingin sesekali mendekati dosa apatah lagi melakukan dosa yang berbau busuk tu. ~










~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Saturday, January 14, 2012

.:: Layakkah aku dicintai olehMu ::.


Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku sering membuatMu kecewa
Entah mungkin kerna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan
Berulang kali agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghamba padaMu
Betapa tak ada apa apanya 
aku dihadapanMu

Aku ingin mencintaiMu
Setulusnya..
sebenar benar aku cinta
Dalam doa dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMu
Selamanya..
Sehina apapun diriku
Ku berharap untuk bertemu denganMu 
ya RABBI.....


Sayu hati sentuhanurani apabila mendengar bait2 lirik nasyid - "Aku ingin mencintaiMu by edcoustic"..
Adakah aku dan juga kamu telah benar-benar beriman pada Allah? Yang mengaku beriman itu bila lagi ingin sujud menyerah diri dengan sepenuh hati?

"La ilaha illallah,muhammadur rasulullah"
Allah sebagai Tuhan(ilah). Tapi berapa ramai yang menidakkannya? Jika aku pernah meng'ilahkan seorang manusia atas dasar cinta nafsu yang rapuh,bagaimana pula yang lainnya. Betapa setiap saat adakah kita yang mengucapkan dua kalimah suci dalam rakaat terakhir setiap solat,sudah menunaikannya?

Macam-macam IIah boleh ditafsirkan dalam kehidupan seharian kita. Contohnya jika ada yang terlalu asyik belajar sehingga menombor duakan Allah,maka belajar itu menjadi sembahannya. Bagi yang sibuk bekerja,menepikan hak kepada Allah,maka jaga-jaga,kerja itu juga menjadi sembahannya. Begitu juga cinta kita pada makhluk. Jika melebihi dan menghalang kita dari mencintai Allah,itulah yang menjadi IIIah kita. Nauzubillah!

Pergantungan hanya pada Allah.
Rindu..rindukan Allah.
Tenang jiwa hanya dengan mengingati Allah.
Namun entah berapa ramai. Sedang aku sendiri yang mendustakan.

"Nikmat TuhanMu yang mana lagikah mahu engkau dustakan?", berulang-ulang disebut dalam surah Ar Rahman.

Menurut Abdul A'ala Al-Maududi,sembahan itu membawa pengertian sebagai benda yang apabila dengannya kita menjadi tenang,dengannya kita menyandarkan perlindungan.selalu rindu dan terkenang-kenangkannya..

Adakah sembahan kita kepada Allah membawa rasa yang sehebat itu? Jika ya,Alhamdulillah.. Jika tidak,kita perlu "upgrade" iman kita sehingga ke tahap begitu. insyaallah.

~"Aku mahu hanya Allah sebagai Tuhanku. Bukan sembahan harta. Bukan sembahan manusia. Bukan sembahan hiburan dunia."~
*Lailaha illallah,muhammadur rasullullah*


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Friday, January 13, 2012

.:: keindahan alam itu sebenarnya mengajar siapa aku di sisiMu ::.

Alhamdulillah dapat juga sentuhanurani mencari tempat yang terbaik  untuk mengupdate enteri terbaru yang ilhamnya hadir dari sini.. ke mana agaknya sentuhanurani mengembara yea? anda pernah lihat tempat ini?


Tak kan nak dapatkan idea menulis pun perlu sampai ke sini kot. hehe. Sengaja sentuhanurani bawakan diri ke sini seorang diri bertemankan laptop "murah" ,dan pasti Allah ada menemani bersama malaikat kiri dan kanan.

Tujuan sebenar hanya ingin mencari ketenangan. Melihat alam Tuhan yang tiada tandingnya. Tanpa kita sedari,jika kita benar menghayati segala ciptaan dan kejadian tuhan itu,mampu mendidik dan mengajar kita siapa kita disisiNya.

Lihat kiri,


Lihat kanan,

(THE MINES,SERDANG)

subahanallah..

Hebatkan? Memang bangunan,tasik buatan dan bot ini buatan tangan manusia. Tapi bagaimana boleh lahirnya idea ini tanpa anugerah dari Allah. Tanpa kita sedar,masa terus berlalu meninggalkan kita. Dan kita pula terus asyik leka dengan nikmat dunia yang pada dasarnya adalah kepunyaan YANG MAHA ESA.

Tapi jangan dikhuatiri kerana manusia pasti akan menemui titik akhir keseronokan dalam kehidupan dan mula mencari kebahagiaan dan "sakinah" sebenar dalam kehidupan apabila Sang Pencipta memberi HidayahNya dalam mencari hakikat kebenaran. Setuju tak dengan apa yang sentuhanurani katakan? Saya yakin pasti ramai yang menghadapi kehidupan yang sangat mencabar dan apabila ia kembali kepada yang MAHA menciptakannya cabaran itu sudah bertukar menjadi sebuah anugerah yang tak ternilai. 

Allah sungguh dekat. Bayangkan putaran matahari, bulan, bintang, planet-planet semuanya diputarkan oleh Allah. Betapa jauhnya antara matahari dan bintang,matahari dan planet2 tapi semuanya digerakkan oleh Allah. Itu menunjukkan Allah sebenarnya sangat dekat. Sangat dekat sehingga kita merasai kehadirannya di hati nurani kita.

Sekarang cuba bayangkan bumi ini hilang. Bayangkan kita hidup tidak ada Bumi ini. Tidak ada putaran Bumi. Adakah hari ini atau hari esok masih ada untuk kita?? Pasti tidak ada. yang ada hanya sekarang. Aku tetap di Bumi ini sekarang.

Pada hakikatnya aku tetap di sini bersama Tuhanku. Aku tetap disini sebagai hambaNya. Aku tetap di sini sebagai milikNya.

~"Tuhan,Engkau rasakanlah hatiku. Sentiasa bersamaMu. Supaya aku rasa ada kawan melindungku. Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku.."~



~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

.:: pelihara akhlak diri sendiri dulu ::.


Sentuhanurani nak share sesuatu. Untuk pengetahuan kita semua, kadang-kadang kita terlupa dan kadang-kadang kita tak pernah tahu pun. Jom baca....

Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati. I'm so confused! kenapa pula orang yang kecilkan hati ita,kita pulak yang berdosa! Then i ask my dad,what's that mean.

ayah: Jika seseorang hina kita,dia berdosa. Jika kita terasa hati dengan hinaan dia,kita juga berdosa. Tetapi,dosa kita lebih besar dari dosa kita. 

anak: Uikkk! Tapi kenapa pula? Kita tak buat apa-apa pun.

ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan dari Allah.

anak: blur (>.<)"

ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari ALLAH. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian tu? Kerana Dia nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut,bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya,kita bukan kecil hati dengan orang tu, tapi kecil hati dengan ALLAH.

anak: OOoooo

ayah: Lagi parah bila kita pun bercerita pada kawan kita, "dia dah banyak buat aku macam ni..macam tu.." dan sebagainya. Dan kawan kita pula akan bercerita pada kawan2 lain. Jadi keredhaan kita pada ALLAH itu akan lesap.

anak: termakan cili (>_<)"

so,the conclusion is...
Jangan mudah terasa hati. Jika kita mengeluh dan cepat rasa hati,maknanya kita tak redha dengan ujian ALLAH. Nanti ALLAH pun tak redha dengan kita.. Nauzubillah.

"sebenarnya ,setiap kali orang memuji kamu,seharusnya kamu berasa malu kerana orang memuji kamu disebabkan Allah telah menutup aib dan kelemahan kamu" 


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

.::mengukir di atas batu untuk sebuah kebaikan::.


Pernahkah anda merasai rasa sakitnya hati pada seseorang? Sebagai manusia biasa,sentuhanurani yakin,kita semua tidak lari dari disakiti oleh sesiapa sahaja yang berada disekeliling kita. Tapi,apa tindakan kita setelah disakiti? Adakah menyimpan dendam? Atau membalas semula kejahatan yang diberi dengan sebuah kebaikan.

Di sini sentuhanurani ada sebuah kisah menarik yang ingin dikongsi sebagai pengajaran untuk kita semua.

Sepasang suami isteri yang sedang berjalan melintasi gurun. Di tengah perjalanan mereka bertengkar. Dan suaminya mengherdik isterinya dengan sangat garang. Si isteri berasa sangat sakit hati, tetapi tanpa berkata apa-apa, dia menulis di atas pasir, "HARI INI SUAMIKU MENYAKITI HATIKU" .

mereka terus berjalan sampai menemui sebuah oasis di mana mereka memutuskan untuk mandi. Si isteri turun ke dalam air untuk berenang namun nyaris lemas tetapi berjaya diselamatkan oleh suaminya. Ketika dia mula sedar dan rasa takutnya semakin hilang, dia menulis di atas sebuah batu, "HARI INI SUAMIKU YANG BAIK MENYELAMATKAN NYAWAKU".

Suami bertanya: "kenapa setelah saya menyakiti hati awak, awak menulisnya di atas pasir dan sekarang awak menulis di atas batu?"

Isterinya sambil tersenyum menjawab, "ketika perkara buruk terjadi, kita harus menulisnya di atas pasir,agar angin maaf datang berhembus dan menghapuskan tulisan itu dan saya boleh melupakannya. Dan bila sesuatu yang baik dan luar biasa dilakukan oleh suami saya, saya akan memahatnya di atas batu hati,agar tidak hilang ditiup angin waktu dan akan diingati untuk selamanya".

Sahabat...
Dalam hidup ini sering timbul perbezaan pendapat dan konflik kerana pemikiran setiap insan adalah berbeza. Kadangkala ia sangat menyakitkan hati. Oleh itu kita hendaklah saling bermaafan dan memaafkan serta melupakan masalah lalu. Dan pengajaran yang paling penting dari kisah di atas,
"Belajarlah untuk selalu menulis di atas pasir,untuk semua perkara yang menyakitkan dan selalu mengukir di atas batu untuk semua kebaikan.."

~Tidak mudah tersenyum ketika hati menangis dan terhiris tetapi akan terasa indah ketika kita menyedari itu adalah sebahagian daripada kasih ILAHI~
:')

~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

~Ada yang Lebih Menarik Di Sini~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Di persilakan share ilmu di atas.Hak milik Allah semuanya. Moga Allah redha :)