Blogger Widgets

~Ingat kan Pada Diri~

Kita tidak boleh ubah sesuatu yang kita lihat,tetapi kita boleh ubah diri kita yang melihatnya. Jika kita tak dapat apa yang kita suka, maka langkah yang terbaik ialah sukalah apa yang kita dapat. Itulah syukur namanya!:-)

Saturday, July 31, 2010

.::omwork byk::.

cuti mnggu ni tdk di kategorikn sbg cuti lg..
omwork byk...nk study lg...
lg 15hari dar nk trial...
knp cpt sgt??
trlalu pantas mase berlalu...
disbbkn xlrt cgt nk ciapkn omwork,fara update la kejap blog ni..
dptla release stress ciket...
Alhamdulillah...=)
tomorrow, student PMR akn mnduduki exm trial...
~gudluck ye adk2 ku~

pesanan fara bwt adk2 dan shbt2..
"hidup memerlukan pengorbanan,
pengorbanan memerlukan perjuangan,
perjuangan memerlukan kekuatan,
kekuatan memerlukan keyakinan,
keyakinan penentu kejayaan,
kejayaan membawa kebahagiaan"


"kejayaan bukan 1 destinasi,
tp ia adalah 1 perjalanan,
semakin jauh anda berjalan,
semakin bagus anda akan jadi,
ianya tiada berpenghujung"


ma'a taufiq wannajah fil imtihan,
sentuhanurani








~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Sunday, July 25, 2010

.::coretan naluri::.

huh,byk jgk fara post kt blog kali nih..
mcm ade tnde2 je fara akn mninglkn dnia blog utk stika cume...
hehe...ayt cm nk gi mne jew...hik9..
bkn per,fara nk bri tumpuan pd dnia exm jp...
after trial,fara try curik2 mse utk spare time kt blog nie...
be4 fara tingglkn blog ni,fara ad sisipkn bbrape bekalan sbg tatapan peminat stia fara dicinie..
ambil la manfaat di ats sgl yg fara smpkn di sinie ya..
RiNDU??klu rindu,antarkn kumen ya!...hehe..
dun wory,ur cment i will reply as soon as possible...=)
ok lah,fara nk out da nieh...
tke care ya shbt!


p/s kpd kwn2 yg bkal mnduduki trial spm,
fara wish gud luck ya!
do the best...
d-doa
u-usaha
i-iltizam
t-tawakal..
insyaallah Allah hadiahkn kmenangn pd kita...

"ijtihad wa la taksal!", "man jadda wa jadda"

ikhlas dr,
sentuhanurani


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

.::kenangan terindah::.

Trutt…trutt… Trutt....trutt…
Aku abaikan bunyi yang datang dari hensetku. Tak tahu kenape macam malas je nk berkomunikasi dengan sesape pun hari ni. Erm…mungkin susah nak tafsir rasa hati, Cuma yang pasti aku memang takde mood!

“Walau apa pun yang jadi, kita tetap kawan!”

Ayat tu masih terngiang-ngiang, berselang-seli dengan bunyi dari hensetku. Arghhh!! Bila semua ni nk diam! Malas betul nak layan semua ni. Aku campak jugak henset aku ni karang. Campak?? Amboih…macam banyak duit nk beli baru!..hahaha…tak jadi la campak…mujur masih waras kepala otak aku ni.

Trutt….trutt… Bunyi lagi! Kali ni aku hanya tilik je skrin tu. Buat muka takde perasaan. Nama salah sorang sahabat ku muncul. Erm…tapi cam tak patut je aku buat dia gini. Takde kene mengene pun dia dalam hal tu. Aku je kot yang suke ikut perasaan. Klik! Aku matikan henset. Maafkan aku Kay! Aku tak berniat taknak bercakap dengan kamu. Cuma bukan buat masa ni. I wanna be alone!
Jam menunjukkan angka 2.45 petang. Erm…petang ni malas betul nk study ke…nk belek buku ke…yang aku tahu, aku nk release kan kepala yang serabut ni! What to do ha? Kepala ligat berfikir, apa yang aku nk buat tuk hilangkan kebosanan ni. Krek…. Aku bukak drawer. Tetiber terpandang satu beg plastic. Aku tak berapa cam apa kandungan beg tu. Aish…pelik. Selama ni aku akan tahu setiap apa yang aku simpan. Untuk mengurangkan tekanan otak ku berfikir apa kandungan beg tu, baik aku bukak dan tengok.

http://www.users.waitrose.com/~victorian/album/album1.jpg


Tidak syak lagi.! Benda ni la yang aku cari dari awal sem dulu! A bundle of photos! Hahaha…kenapa tah rindu sangat nk belek gambar2 tu. Ku belek satu persatu. Mula dari zaman hingusan…. Sekolah rendah…zaman aku mengenal diri…zaman tudung skaf ikat belakang..hahahaha…kelakar betul rupa aku! Ku tilik satu persatu muka kawan2 sekolah rendah aku. Entah camana la muka depa la ni. Yang aku dengaq sorang dah kawen baru2 ni. Yang lain belajaq lagi. Aish..bila la buleh nk jumpa hangpa wei! Rindu bangat ni… biaq la hangpa tak mau jumpa aku tapi aku tetap ingat kat hangpa! Aish..mana hang tau depa tak mau jumpa hang cheq oi. Tah depa pun rindu kat hang. Depa saja tak mau ngaku…hahaha…ayat pujuk diri sendiri…tapi memang best la zaman ni. Aisey…kalau ikut hati ni hari ni jugak aku nk jumpa depa!! Tapi takpa…sabaq!!

Foto seterusnya…..zaman sekolah menengah…ku belek2 gambar2 tu. hahahha..betul la kata kawan aku… “ Kau ni Wai, cuba la senyum sket amek gambar tu!” Memang maut punya serius muka aku dalam gambar! Sorry la beb! Bukan takmo senyum, tapi aku tak gheti nk senyum dalam gambar time tu. Hahaha… terima la kenyataan!! Zaman ni pun banyak mengajar aku jadi lebih matang. Zaman ni aku mula kenal erti sahabat. Ada sekeping gambar yang buat aku terkesima. Orang2 dalam gambar tu yang buat aku betul2 terharu. Gambar cikgu2 aku. Diaorang banyak mengajar aku. Terima kasih wahai guruku! Arghhh!! Nak balik sekolah!! Hahah…zaman yang best! Kawan2 yang happening!! Memang vogue la korang! Ada yang dah kawen. Yang jadi mak orang pun dah ada!! Isk isk isk…macam tak percaya masa berlalu dengan begitu cepat sekali. Bila nak buat gath lagi wei!! Aku berkata2 sendiri…rindu la kat sekolah. Cukup la zaman tu..aku tutup zaman sekolah dengan kenangan yang manis dengan korang! Thankx!!

Seterusnya…matrik!! Walaupun kolej tu terceruk je kat luar Bandar. Dah la luar Bandar, transpot nk keluar bukan main payah. Dekat dengan hutan plak tu…hahahah…tapi tu semua bukan penghalang tuk aku cipta kenangan jugak zaman ni. Zaman ni jugak berlaku perubahan besar dalam hidup aku. Buat aku makin kenal Penciptaku, makin faham dengan diri sendiri. Alhamdulillah..Bukak mata aku tentang dunia ni sebenarnya terbentuk dengan macam2 perangai manusia, feel yang kadang2 kita sendiri tak sangka ada jugak orang yang boleh nk buat sumthing yang amatlah tak dapat diterima akal yang waras. Tapi adat dunia kan. Terima la untuk mematangkan diri.

Perkara yang tak pernah aku mimpikan atau pun sekadar berangan je adalah masuk ke menara gading ni. Hahahha…tapi orang kata semuanya dah ditentukan dan takdirnya aku diterima masuk walaupun sebenarnya ramai lagi yang layak. Tapi soal layak atau tak bukan ukurannya, soalnya, aku dah berada dalam zaman ni dan masih sedang berusaha tuk belajar sebanyak mungkin. Gambar 1st yr..muke mude giler!! Hahaha…mmg mude pun kan…tapi tetap maintain serius….hahahaha. kat sini aku punya ramai kawan yang mahu cipta kenangan bersama. Walau kaum sejenis ku tak ramai pun kat sini, tapi batch aku, kami dah anggap masing2 macam adik beradik. Siap ada pangkat masing2. hahaha…dah pulak tu masing2 memang suke berposing! Banyak gak la gambar2 kenangan aktiviti kami. Naik 2nd yr,Dah buat kerja sama2 kn..baru la kenal diaorang ni camana. Tapi best la sebabnya bleh nk tambah koleksi gambar! Hahaha…yang seronoknya hampir setiap aktiviti kami lakukan bersama. Yang macam acara tahunannya, birthday celebration ha!! Macam2 kenangan. Macam2 jenis kek. Macam2 jenis hadiah. Macam2 jenis makanan.

“ pertemuan kita di suatu hari
Menitipkan ukhuwah yang sejati
Bersyukur ku hadrat Ilahi
Di atas jalinan yang suci
Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah di atas suratan
Kutetap pergi jua
Kan ku utus kan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hambaMu
Mencari hidayah daripadaMu
Dalam mendidikkan kesabaranku
Ya allah tabahkan hati hambaMu
Di atas perpisahan ini”

Aduss…lagu ni plak terkeluar dari speaker aku ni..isk isk isk..mengimbau kenangan betol! Koleksi gambar aku terhenti. Aku mula sebak. Dah takde gambar yang nak dibelek. Sebabnya zaman aku 3rd yr, kamera digital mengambil alih tugas..hahaha… dan bila masa berlalu, kita masing2 dah mula sibuk dengan hidup masing2. tak banyak dah gambar atau kenangan yang dapat dicipta bersama. Masing2 punya komitmen yang menuntut masa dan lain2 pengorbanan.


Aku tak pernah salahkan korang, Cuma kadang2 aku terfikir, ada juga salah dari diri ku. Yang dulu jarang mahu menghargai apa yang aku ada. Tapi bila mana kini, aku mula marah, sedih, geram dengan keadaan ini. Walau aku tak tahu, pada siapa sebenarnya yang aku marah, sedih mahupun geram. Tapi aku tetap bersyukur kerna masih boleh mengingati kalian. Masih segar bagaimana kalian mencorak hidupku. Kenangan itu yang masih buat aku tersenyum…… erm…aku simpan balik semua koleksi gambar ni. insyaAllah, kenangan yang ada pun akan disimpan rapi bersama gambar2 setiap insan yang pernah hadir dalam mencorak hidup aku. Terima kasih!!

Walau kita sudah jarang, ataupun tidak lagi bersua, aku akan tetap mengingati setiap dari kalian yang pernah menyentuh hati ini, yang pernah melakar nama dalam lipatan sejarah hidupku, yang pernah mengajar aku menjadi dewasa….

Akhirnya tanpa dapat di tahan..
Air mata ini mengalir jua….
Ukhwahfillah abadan abada..insyaAllah

~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

.::ada satu cerita khas utkmu::.




Di sini ada
satu cerita.

Kisah cinta yang sebenar-benar cinta.
Sungguh..
Hati saya dihimpit rasa sayu.
Sebak di dada masih terasa sesaknya.
Kesan linangan air mata masih terasa panasnya.
Bait-bait ayat yang saya baca sebentar tadi bermain-main di minda.
Benarlah.. DIA tiada galang gantinya.

Air mata ini mudah benar mengalir mengenangkan ayat-ayat itu.
"Sakitnya sakaratul maut ini wahai Jibrail"
Di saat itu, hati saya tersentak.
Jika manusia agung tanpa secalit dosa itu pun mengaduh tentang sakitnya sakaratul maut itu.
Apatah lagi diri saya yang penuh dengan dosa-dosa ini?
Adakah mampu saya menanggung pedihnya sakarat itu.
Andai saya dijemputNya tanpa sempat saya bertaubat.
Atas dosa-dosa yang pernah saya lakukan dalam kehidupan selama ini??
Lalu bagaimanakah nasib saya ketika itu??

"Wajahnya masih tenang.
Namun bibirnya sudah sedikit kebiruan.
Saidatina Fatimah sudah tidak mampu menahan esak tangisnya.
Manusia agung itu sudah semakin hampir meninggalkan kita.
Saidin Ali menghampiri manusia agung itu.
Apabila menyedari ada sesuatu yang cuba diluahkan dari bibir itu.
UMMATI.. UMMATI..UMMATI.."


Wahai Nabi.
Cintamu kepada kami tiada tolok bandingnya.
Sungguh besar pengorbanan yang engkau lakukan demi umatmu ini.

Wahai Nabi.
Biarpun engkau tidak pernah melihat kami.
Engkau sudah menyatakan kerinduanmu kepada kami.
Sedang kami??
Masih ada yang tidak mahu mengenalimu apatah lagi merinduimu.

Wahai Nabi..
Engkau menyebut kami di akhir hayatmu.
Tanda betapa kasihnya engkau kepada kami.
Sedang kami??
Kadang terasa berat lidah ini memuji namamu.
Walau zahirnya kami mengatakan bahawa kami juga cinta padamu.

Wahai Nabi..
Engkau tinggalkan kepada kami dua perkara.
Yang andai kami berpegang teguh padanya nescaya kami tidak akan sesat selama-lamanya.
Iaitu Al-Quran dan Sunnahmu.
Namun hari ini.
Ramai di antara kami yang sudah tidak mempedulikan dua perkara itu.
Alangkah sedihnya hatimu wahai Nabi.
Andai engkau mengetahui keadaan kami hari ini.
Kami umpama buih-buih di lautan.
Air mata saya masih setia mengalir menganagkan cerita yang saya baca itu.
Terasa hinanya diri ini.
Kerana masih belum cukup mengenali peribadi dan kisah hidup manusia agung itu.
Saya tidak mahu hanya mengenal namanya sahaja.
Tiba-tiba saya teringat akan suatu ayat yang pernah saya baca satu ketika dahulu.

"Orang yang bertakwa adalah orang yang apabila di sebut nama Allah, maka bergetarlah hatinya kerana takut dan apabila disebut nama Rasulullah, maka hibalah hatinya kerana rindu.."


Lama saya terdiam.


Dada saya terasa sebak.

Adakah saya termasuk dalam golongan itu?




sentuhanurani


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

.::wasiat ibu utk si putri::.



Setelah Al-Haris bin Amr, Raja negeri Kandah hendak berkahwin dengan anak perempuan Auf Bin Muhlim Asyaibani, diarahkan utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja tadi, maka ibunya berwasiat kepada anak perempuannya ini. Dia berkata:

" Wahai anakku!

Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu
Aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya
Tetapi!
Ia sebagai peringatan untuk yang lalai
Dan pedoman untuk yang berakal
Andai ibu bapamu dapat memberikan segala-galanya
Nescaya tidak perlu bagimu seorang suami
Tetapi!
Wanita diciptakan untuk lelaki
Lelaki dicipta untuk wanita
Bercerailah kau dari ayunan buaianmu
Meninggalkan teratak tempat besarmu
Melangkah menuju ke alam baru
Yang belum kau kenal yang belum kau biasa

Kau milik suamimu
Anggap dirimu sebagai hamba
Tentunya suamimu
Jadi teman yang paling setia
Bawalah wasiat dariku
Sepuluh sifat
Sebagai bekalan perjalananmu
Menuju alam bahagia.
Relakan dirimu sekadar yang ada
Semoga suci hatimu dengan taat setia
Dan hulurkan tanganmu tanda mahu berganding bahu
Jauhkan dirimu dari segala yang jelek
Yang dihidu atau dipandang mata
Juga awasi gerak lakumu
Agar tidak sumbang mengguris rasa
Sembunyikan suram wajahmu
Gantikan ia dengan sinar
Secerah suria pagi
Dan badan yang semerbak harum
Bermandikan bauan
Mata berpasak, kening bercelak
Itu menambah seri
Itu membangkitkan berahi
Dan...
Air cukup memada
Bagi yang tiada
Jaga masa makannya
Jaga waktu tidurnya
Kerana,
Perut kosong hilang bicara
Mata mengantuk hilang kesabaran di dada
Kunci mulutmu
Tabahkan hatimu
Badanmu terselamat
Jiwa temanmu tidak terseksa
Simpan dulu kerianganmu dikala dia berduka
Pendamkan kesedihanmu dikala dia bergembira
Akibat aksi tidak senada
Hilang simpatimu disebab pertama
Keruh suasana disebab kedua
Hulurkan tanganmu....
Andai kau menghulur sebelah tangan
Nescaya dia menghulurkan kedua belah tangan
Tidak cukup tangan, nyiru pula ditadahkan
Ketahuilah!
Kasihmu tidak sampai kerana
Jika hatimu berdua tidak sejiwa
Kasih kau, kasihlah dia
Benci kau, bencilah dia
Allah saja yang menentukan nasibmu.....

Kau bawalah wasiatku ini dan sampaikan salamku kepada suamimu"
Begitulah ibu tadi menambah pesan kepada anaknya. Seterusnya wanita ini telah mencapai kedudukan yg mulia di sisi suaminya. Dia telah memperolehi 7 orang anak lelaki, yang kesemua mereka telah menjadi pemerintah negeri Yaman setelah pemerintahan bapa mereka.

~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

.::bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi::.


walaupn diri fara xsesempurna mana tp fara trase bertnggungjwb utk mluahkn sdikit pesanan bwt saudari puteri2ku..same2lah kite brjuang mnjadi muslimah yg hebat di sisi Allah..

Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.."
Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.
Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.
Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.
Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan. Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.



Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya. Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.
Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan. Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.
Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53.....
RENUNGILAH IA BUAT MU MUSLIMAH....


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

.::beritahu pada muslimah itu::.


Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...




~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Saturday, July 24, 2010

::cerpen:permata hati::


Masih terngiang-ngiang gelak tawanya, Basyirah Raihana, puteri sulung kesayangan kami hasil perkongsian hidup selama lima tahun perkahwinan dengan suami tercinta.

***


Aku di dapur merasa gembira melihat kemesraan dua beranak itu. “Umi..umi..ana nak ais krim tadi.” Pelat-pelat puteri kesayangan kami bercakap sambil menarik-narik hujung baju kurung yang aku pakai. “ Sayang, tadi baru je makan, tak boleh makan selalu,selsema nanti.” ujarku melarangnya sambil mencium pipi gebunya.

Meskipun baru berumur tiga tahun dua bulan, puteriku itu memahami apa yang aku maksudkan. Bergenang air matanya, tak dapat apa yang dipintanya, tanpa suara. Tersentuh naluri keibuanku melihatnya begitu. Lantas aku tinggalkan ikan-ikan yang masih belum selesai disiang dan terus mendukungnya.

“Sayang, nak jadi anak solehahkan, mesti kena dengar cakap umi.” aku memujuknya. Dia meronta-ronta minta dilepaskan dan terus berlari mendapatkan papanya yang sedang membaca surat khabar. Mengadu padanya, tersenyum aku melihat kerenahnya. Basyirah lebih manja dengan Zamil,suamiku. Setelah dipujuk barulah tersenyum, nampak jelas lesung pipit di kedua belah pipi yang diwarisi dari papanya. Aku kembali menyambung tugasku yang tergendala sebentar tadi.

“Sayang” tiba-tiba Zamil datang menghampiriku.

“Abang, Diya tengah pegang pisau ni kan, anak dengan papanya sama je, suka ganggu Diya buat kerja.”

“Kenapa Diya tak bagi je ana ais krim, kan dah merajuk puteri abang tu.”

“Abang,ana tu kecik lagi kan, antibodi pun tak cukup lagi dan senang dapat selsema. Demam pulak nanti macam mana. Abang tu suka sangat bagi apa je yang dia nak.”

“Budak-budak.” jawab Zamil ringkas.

“Abang, budak-budaklah yang kita kena ajar. Nanti dah besar, keras kepala susah nak didik kalau selalu dapat apa yang mereka nak, susahlah macam tu. Diya tak nak anak-anak kita nanti tak pandai nak berusaha.”

***

“Diya, abang on call malam ni kebetulan ada appointment dengan patient pukul 5.00 petang, rasanya Diya dan Ana tak payah tunggu abang balik ye. Abangstay di hospital saja malam ni.”

“Baiklah bang, kalau macam tu biar Diya saja yang ambil Ana dari rumah kak Nab nanti.” balasku sambil tersenyum memandang suamiku yang masih lagi berbaju melayu yang belum digantinya setelah solat subuh tadi. Zamil menghampiriku lalu mengucup kedua belah pipiku.

“Abang sayang sangat isteri abang ni, memang memahami abang, terima kasih sayang.”

“Abang, Diyakan isteri abang siapa lagi nak faham abang kalau bukan Diya kan. Diya yang patut ucapkan terima kasih pada abang sebab jaga Diya dan Ana dengan baik.” aku memeluk suamiku erat.

“Sayang, ishhhh, jangan cakap macam tu. Dah memang tanggungjawab abang untuk jaga Diya dan Ana, kamu berdua permata hati abang.” Zamil membalas pelukan ku. "Terima kasih sebab lahirkan zuriat abang, comel pulak tu macam umi dia ni.” aku terasa bahagia diberi pujian begitu.


***

Sobahul khair puteri papa.” Zamil mengucup pipi Ana berkali-kali, Ana merengek-rengek kerana tidak selesa diperlakukan begitu oleh papanya. Aku hanya memerhatikan gelagat mereka.

“Cantiknya anak papa pagi ni nak pergi mana ni sayang.”

“Ana nak ikut papa. Ana nak jadi doktor juga. Umi cakap jadi doktor Allah sayang.” tersenyum aku mendengar kata-katanya.

“Kenapa jadi doktor Allah sayang?” tanya Zamil lagi.

“Sebab tolong orang sakit dapat pahala.”

“Siapa yang bagi tahu sayang ni?”

“Umi la!” jawab Ana ringkas tanpa memandang muka Zamil, leka dia menikmati roti telur yang aku buatkan untuknya pagi itu. Suamiku hanya tersenyum mendengar celoteh puteri kesayangan kami. Sarapan pagi itu terasa ceria dibuatnya.

“Ana cepat masuk kereta sayang. Nanti lambat jumpa makcik Nab.”

“Tak mahu, ana nak ikut papa!”

“Sayang, papa nak bagi ubat pada orang sakit. Budak kecil tak boleh dekat-dekat dengan orang sakit sayang, nanti Ana sakit. Siapa nak masakkan roti telur untuk umi?” aku cuba memujuknya untuk akur dengan perintahku.

“Ana dah besar mi, Ana nak ikut papa.” Ana sudah mula menangis.

Hatiku berasa kurang enak pagi itu, biasanya ana tidak banyak kerenah, disuruh sekali pasti akur. Entah mengapa hari ini kerenahnya sukar dikawal.

“Sayang, Ana anak solehahkan mesti dengar cakap umi dan papa.” pujuk Zamil sambil mengusap kepala puteri kami.

“Ana sayang papa, Ana nak ikut papa.” tangis ana teresak-esak sambil mengangkat tangan minta untuk didukung oleh papanya. Hati aku tersentuh melihat keadaan itu, Zamil mendukung puteri kami lalu menciumnya. Ana melentokkan kepalanya di bahu Zamil, manja reaksinya pagi itu seperti sudah lama terpisah dengan papanya.

“Sayang,tak nak macam ni nanti umi balik kerja kita pergi hospital, lepas tu kita tolong papa bagi ubat pada orang sakit ye sayang.” pujukku. Ana mengangkat kepalanya lalu mengangguk tanda akur.

“Umi janji kan mi.” tanya ana lagi.

“Ya sayang, salam papa dulu sebelum pergi.” jawabku.

Ana akhirnya akur. Erat sungguh pelukannya pada Zamil, seolah-olah mahu berpisah lama. Di dalam kereta,tidak henti-henti dia melambaikan tangan selagi kereta yang dipandu Zamil masih di dalam pandangannya. Satu perasaan halus menusuk jiwaku, sebak tiba-tiba.

***

Hampir seminggu aku berada di hospital. Aku langsung tidak menjamah makanan yang Zamil berikan. Mana nak datangnya selera apabila melihat Ana masih tidak sedarkan diri ditemani tiub-tiub di badannya kerana kemalangan itu. Ana kehilangan banyak darah, luka di anggota badannya juga agak parah. Apalah daya insan kecil sepertinya untuk menanggung kesakitan itu. Aku yang dewasa ini pun belum tentu dapat menghadapinya.

“Sayang, umi tahu sayang kuat. Anak umi kuatkan. Sayang, Ana jangan tinggalkan umi.” itulah dialog yang sering aku bisikkan kepadanya. Tidak terdaya aku melihat keadaan Ana begitu. Ya Allah, jika Engkau izinkan, biarlah aku yang menggantikan Ana menanggung kesakitan ini. Ana masih terlalu kecil. Dialah satu-satunya puteri yang menyerikan kehidupan aku dan suami.

“Diya, sudahlah tu. Sabar, tabahkan diri. Ibu makin risau tengok Diya macam ni. Kita doakan Ana ya nak. InsyaAllah semua akan jadi seperti biasa.”

“Bu, semua ni salah Diya bu. Diya yang tak hati-hati, kalau Diya tak lepaskan tangan Ana waktu melintas jalan tempoh hari,mesti semua ni takkan jadi macam ni. Mesti Ana takkan dilanggar dengan kereta tu, Diya yang cuai. Diya yang salah.” tak tertanggung rasanya hati ini menahan sebak, kekesalan yang menusuk jiwaku semakin menebal.

“Diya, istighfar banyak-banyak nak. Tak ada siapa yang salah, semua yang berlaku ni dah ditentukan ke atas kita semua. Tak baik cakap macam tu, pasti ada hikmah yang menanti.”

Beberapa minit kemudian Zamil datang. Aku mendapatkannya dan memeluk suamiku erat. Aku tumpahkan semua air mataku yang tidak berhenti mengalir di dadanya. Ujian ini amat perit untukku dan amat payah untuk aku telusuri.

“Sayang, shhhhh. InsyaAllah anak kita tak ada apa-apa. Sayang perlu kuat demi Ana.” Zamil menenangkanku lembut.

Sepi... tiada kata untuk membalas dan aku terus menangis dan menangis.

***

Mungkin inilah suratan. Ana pergi meninggalkan kami, tiada lagi tawa ceria di rumah kami. Tiada lagi insan kecil yang melengkapi hidup kami. Tiada lagi pipi gebu Ana untuk aku cium setiap hari. Tiada Ana di sisi membuatkan jiwaku sepi, terasa baru semalam aku melahirkan Ana ke dunia. Terasa baru semalam Ana membesar di depan mataku. Aku amat merinduinya, terlalu rindu.

“Ana, umi doakan Ana tenang di sana sayang. Umi tak sabar nak jumpa Ana. Umi rindukan Ana.” doaku dalam hati.

“Sayang...” lamunanku terhenti apabila menyedari yang Zamil berada di dalam bilik. Aku segera menyeka air mataku. Tidak sedar bila ia mengalir.

“Sayang, kenapa termenung ni. Makan ubat dulu ya nanti lambat kebah demam tu.” aku akur perintah suamiku lalu duduk di birai katil menanti Zamil menghulurkan ubat.

Sejak peristiwa perit itu aku sedar yang aku tidak lagi ceria seperti biasa. Aku lebih banyak menghabiskan masa di dalam bilik. Kini hampir dua minggu aku tidak bekerja kerana demam. Sepanjang tempoh dua minggu ini Zamil yang menjaga ku. Bersalah juga kerana menyusahkan suamiku tetapi, entahlah. Sukar untuk aku gambarkan perasaan aku waktu ini, mungkin aku perlukan masa.

“Sayang, apa yang berlaku ni pasti ada hikmahnya. Sebagai hamba Allah kita perlu redha. Sayang, abang pun sedih juga. Ana anak kita. Islam tak melarang kita berasa sedih apabila ditimpa sesuatu musibah. Tetapi dalam masa yang sama,kita perlu kuatkan semangat. Allah tidak akan menimpakan sesuatu ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNYA.”

Aku memeluk suamiku erat. Moga aku diberikan kekuatan itu untuk menghadapi ujian ini.

***

“Sayang, jangan lupa belikan air soya ya. Lagi satu, Diya dah order ayam percik mak Kiah nanti abang jangan lupa ambil.” pintaku.

Begitulah rutinku sejak disahkan hamil tiga bulan. Setiap hari pasti ada saja yang dipesan. Mujurlah suamiku seorang yang memahami keadaanku. Kini usia kandunganku sudah lapan bulan. Zamil melarangku bekerja kerana khuatir akan keselamatanku. Hasil daripada ujian ultrasound, bayi yang bakal lahir ini bayi lelaki. InsyaAllah, moga-moga Allah permudahkan segalanya.

“Sayang, nak bagi nama baby kita apa ya?” tanyaku pada suami tercinta, begitu jugalah sewaktu arwah Ana di dalam kandunganku.

“Kita bagi nama, Mohamad Fathudin, ok?"

“Apa maksudnya bang?”

“Maksudnya pembuka agama. Moga-moga putera papa, bila dah besar nanti jadi orang yang berguna pada agama ya sayang.” Zamil mengusap-ngusap perutku seolah-olah sedang berinteraksi dengan bayi yang aku kandungi. Terasa bahagia mulai menyingkap kembali. Jika arwah Ana masih hidup,tentu dia juga amat gembira menyambut kelahiran adiknya, pasti
ada penemannya bermain.

***

Alhamdulillah. Aku selamat melahirkan bayiku, Mohamad Fathudin nama diberi seperti yang kami rancang. Mukanya mirip seperti suamiku yang tercinta juga mewarisi lesung pipit Zamil seperti arwah Ana. Aku bersyukur kerana masih lagi mampu melahirkan zuriat untuk menghiasi keluarga yang kami bina ini.

Moga-moga bahagia ini tiada penghujungnya dan agar Basyirah Raihana(berita gembira yang nyata) sentiasa menghiasi keharmonian rumah tangga kami.

“Buat Ana, umi sentiasa kirimkan doa untuk Ana di sana sayang. Semoga Ana tenteram dan damai di sana bersama penghuni syurga. Umi sayangkan Ana.”

Tamat



~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

~Ada yang Lebih Menarik Di Sini~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Di persilakan share ilmu di atas.Hak milik Allah semuanya. Moga Allah redha :)