Blogger Widgets

~Ingat kan Pada Diri~

Kita tidak boleh ubah sesuatu yang kita lihat,tetapi kita boleh ubah diri kita yang melihatnya. Jika kita tak dapat apa yang kita suka, maka langkah yang terbaik ialah sukalah apa yang kita dapat. Itulah syukur namanya!:-)

Monday, January 31, 2011

.::kenapa kamu bersedih wahai hati::.



duhai hati,jgnlah dikau bersedih...
sebenarnya inilah ujian hati yg perlu kau hadapi..
usah mengeluh..
kau harus kuat..
kau harus tabah...tabah seperti pejuang ALLAH..
menjadi pahlawan di medan perang..
ya! memang aku sedang berperang!
berperang dengan hati nurani ku sendiri..
ouh,memang sakit...sakitt sangat..
tp ku tahu tiada yg mampu megubati kesakitan ini melainkan TUHAN MAHA PENCIPTA..

Allah Engkau dekat
Penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan
Hamba-Mu menangis

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa-jiwa
Yang rela dia kekasih-Mu=)

ya ALLAH jangan Kau biarkn aku keseorangan...
kuatkan aku..hadirkan kasih sayangMU...
agar aku tabah menempuhi ujian MU ini...

Biarpun tiada cinta asmara laguku ini
Biarpun dikau terpisah keasyikan dunia
Tiada cinta selainNya pengubat duka lara
Tiada kasih selainNya peneman sepi jiwa


bila aku mngadu kt ALLAH,Mcm aku brckp dgn sorng yg stia dengar tak kira apa pun mslh aku,tak kira masa.Yang tak hina klemahn aku.Dia bg kkuatan pula pada aku.Yg tak jemu dengar rintihan ak.Yang pujuk aku dengan jnji2 yg psti.Yg suka dengar prmintaan aku.Yang beri aku rezeki dn ketenangn.Yg tahu ap yg terbaik utk ak.Mcm itulah rasanya bila aku merintih pd Tuhan.xade kekasih yg stia spt DIA.THANK YOU ALAH!

aku tak ingin sepi..sepi dari cinta TERAGUNGKU...

Engkau satu cinta ,
Yang selamanya aku cari ,
Tiada waktu ku tinggalkan,
Demi cintaku kepada-Mu,
Walau seribu rintangan,
Kan menghadang dalam diri ,
Ku teguhkan hati ini,
Hanya padaMu Ku pasrahkan..

hidup ni macam pelangi.
pelangi ada pelbagai warna...
begitu juga kehidupan...ada pelbagai ujian yg perlu ditempuhi...
don't give up fara...
rindu ingin melihat pelangi..
tp tak ku temui juga...
aku sangat suka melihat pelangi..waktu kecik2 dulu pernah juga ku tanamkan impian supaya aku dapat capai pelangi yang indah tu...
pelangi tu nampak dekat tp semakin kita cuba mendekatinya ia semakin jauh dari kita...
mak selalu cakap pelangi ni akan datang selepas hujan panas...
oh,mcm tu rupanya...tp macam mana nk selalu dapat lihat pelangi kalau mcm tu..:'(
takpelah...
Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti..=)

inginkn mutiara selamilah lautan,inginkn bahagia tempuhilah penderitaan,inginkn kejayaan relailah pengorbanan,ketahuilah bhwa stiap kepahitan itu sbnrnya trkandung 1000 kemanisan.. duhai hati,bersbarlah.........

kekasih pilihan ALLAH akan dihadiahi dugaan,
hebat tanda kasihNYA,
jalannya dihias dgn duri2 luka,
tidak dibiarkan lena dlm nikmat melimpah,
tp dihilangkan keperitan susah payah yg tiada sudah..

aku berjalan dengan penuh hrpn wlau hdup ini tak slalu bhagia.aku sdekahkn sebuah snyuman wlau dhatiku tak lg mampu brtahan.blajarlah memaafkn wlau driku trluka.brhentilah memberi alasan walau ingin mnyatakn kbenaran.hiduplah dlm iman walau hari2 mu dipenuhi dugaan.berpeganglah kpd ALLAH walau DIA tidk kelihatan..



~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Friday, January 28, 2011

.::3 hari tuu::.


3 ari yg dirindui..huhuhu


selamat bertugas ya teman...
lakukan semua tugas dgn ikhlas..
take care dear...
always pray for you..=)




~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

.::oh TUHANKU::.

Fara kekadang tu ade la gak mengeluh ngan ujian ALLAH..
yelah,manusia la katakn..
bila susah,mengeluh..bila senang pergh,mmg xingat dunia la eh...
hehe...fara bukan ckp sal diri je,tp byk jgkla manusia yg begitu rupa kt dunia ni..
tp arini rasa dah cukup motivasi la jgk ngn ayat-ayat ALLAH..

kdg kita sering mengeluh ap yg kita impi2kn tak dpt...
al-quran menjawab, "boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu.padahal kmu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu.Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui..(surah AL BAQARAH ayat 216)

jgnlah kita mudah kecewa dan menyalahkan takdir..
bersabarlah...pasti ALLAH da tetapkn sesuatu yg terbaik utk kita...mcm fara,dok umah je lps spm ni..nk keluar??oh,jrg skali..plan mcm2 nk wt lps spm ni..tp,sume xjd..haha..akhirny ku ketawakn diriku sndiri...tp lau dihayati,mmg mcm2 yg dpt mnghiburkan hati..ALLAH x bg yg kita mahu sbb ALLAH dah sediakan yg lebih baik dari yg kita mahu...jgn mengeluh wahai insan2..percayalah,ALLAH sntiasa disamping kita...fasabrun jameel..innallah ha ma'as sobirin..=)



.::HIDUP INI ADALAH PERJUANGAN::.


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Monday, January 24, 2011

.::nabi bersukan bersama isteri::.

Sukan merupakan antara cara untuk menyihatkan badan. Dengan bersukan, tubuh badan akan bergerak aktif dan cergas, seterusknya menjadikan anggota badan lebih segar dan sihat.

Islam menyeru manusia agar hidup sihat. Ekoran dari itu, Islam meletakkan asas bahawa segala aktiviti manusia pada asalnya adalah harus, melainkan jika wujud nas yang menyatakan pengharamannya. Ini bermakna semua bentuk sukan yang boleh menyihatkan badan adalah harus bahkan digalakkan, selama mana bentuk sukan itu tidak terkandung unsur-unsur yang menyalahi syariat; menyalahi kandungan Al-Quran dan As-Sunnah secara qati'i, sahih dan sorih.

Justeru itulah, kita akan dapati bahawa Nabi SAW sendiri juga sering bersukan. Bermain pedang, memanah, menunggang kuda menjadi amalan nabi SAW dan para sahabat, lebih-lebih lagi dengan tujuan untuk menyiapkan diri dengan persediaan fizikal dan persenjataan yang dapat menggerunkan musuh-musuh Islam.

Firman Allah yang bermaksud;

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu." (Surah Al-Anfal : 60)

Sirah menunjukkan bahawa Nabi SAW, bukan sekadar bersukan atau beriadhah bersama-sama para sahabat sahaja, bahkan ada masa-masa tertentu, Baginda SAW bersukan dan beriadhah bersama isteri-isteri baginda.

Main kejar-kejar

Antara kisah Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam melakukan riadhah bersama isterinya adalah seperti yang terdapat dalam satu hadis Aisyah yang berkata;

"Nabi SAW berlumba-lumba denganku. Aku mendahului baginda. Ketika aku menjadi gemuk, Baginda berlumba-lumba denganku lagi, lalu Baginda telah mendahuluiku. Lalu baginda SAW berkata, ini sebagai balasan terhadap yang lalu."

Dalam riwayat yang lain pula Nabi (SAW) diceritakan beriadhah dengan isteri ketika Baginda dalam satu permusafiran Baginda bersama para sahabat. Isteri Baginda (SAW) Aisyah RA turut sama dalam permusafiran tersebut.

Dalam perjalanan, Nabi SAW memaklumkan kepada para sahabat agar mereka berjalan dahulu, meninggalkan Baginda dan Aisyah di belakang. Apabila para sahabat sudah berada jauh di hadapan, lalu Baginda berkata kepada Aisyah ajak berlumba-lumba. (Musnad Ahmad : 22989)

Sibuk Bukan Alasan Tidak Menggembirakan Isteri

Melihat kepada hadis ini, pasti kita akan dapat membayangkan betapa lembutnya hati nabi dalam usaha hendak gembirakan isteri-isterinya. Memandangkan Nabi SAW adalah manusia yang selalu sibuk, baginda akan mengambil segala kesempatan yang ada untuk menggembirakan isteri-isterinya. Peluang dan kesempatan yang ada ketika bermusafir itu digunakan sebaik mungkin untuk bermesra dengan isteri melalui riadhah berlumba lari.

Dari hadis ini juga, kita akan dapati, Nabi SAW tidak menjadikan tempat awam sebagai penghalang nabi SAW menyeronokkan isterinya. Bahkan, jika di tempat awam itu adalah ruang yang paling berkesan bagi nabi mahu gembirakan Isterinya, pasti dilakukan oleh Baginda SAW.

Sebagai isteri, kemesraan suami sebegini memberi kesan mendalam dalam hati dan memahat kenangan indah dalam memori. Buktinya, walaupun kejadian tersebut telah berlalu begitu lama, tapi masih berada diingatan Aisyah sehingga ke saat Aisyah meriwayatkan hadis ini.

Mudah-mudahan para suami di zaman ini mencontohi sifat mesra dan romantik Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam ini. Usahlah anggap kedudukan sebagai suami itu sebagai status yang menghalang isteri anda bergembira dan ceria walau ketika anda sibuk sekali pun.

- Artikel iluvislam.com


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Wednesday, January 19, 2011

.::pelangi selepas hujan::.


Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.
Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.
Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.
Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.
Pernahkah sekali kita memahami alam?
Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?
Jawabnya senang.
Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.
Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah

~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

.::kisah seorang cikgu tadika::.




Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak.
Amin : Cikgu ada kan?
Murid-murid : Ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak.
Amin: Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak ada.


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

.::saya dan encik IMAN::.

Iman : Assalamualaikum, bos.

Diri : Waalaikumussalam wbt. Lama tak nampak awak. Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa Tuan tak perlukan kami lagi?

Diri : Laa.. kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil DVD, SMS danTV.. jadi kami rasa terpinggir..

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji, tapi banyak gak duit saya habis... entah ar...

Iman : Tu sebab, kami rasa Tuan memencilkan kami. Al-Quran, zikir, ma'thurat, solat malam tak boleh bekerja dengan mereka.. kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti..

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan Tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya lihat mereka buat Tuan gembira sekali..

Diri : Argh, gembira apanya.. berterabur kerja kat pejabat tu!! Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali.

Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan Tuan sejak Tuan kecil lagi. Tapi, Tuan kadangkala mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, Encik Dosa, tapi kami..? Tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...

Diri : Maafkan saya. Kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga, Encik Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita Allah akan memantau Tuan. Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih dan amanah.. bukanlah saya nak memandang rendah kepada jabatan baru Encik Dosa, tapi kami tidak suka cara mereka bekerja. Mereka meminggirkan kami.

Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung Tuan tak jaga.. sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari Tuan. Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami meminta yang sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk Tuan lagi. Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka. Siapalah kami...

Diri : Ehh, jangan.. bekerjalah dengan saya.

Iman : Buanglah pekerja itu.. mereka meminta-minta dari Tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami.

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya. Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh.. Saya rimas.

Iman : (Senyum sinis) Maafkan kami tuan.. kami minta diri dulu.. tak perlulah kami berkhidmat dengan Tuan kalau begitu. Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi. Tuan jangan risau, kami maafkan Tuan..

Diri : Jangan pergi.. saya sanggup pecat Encik Dosa.. dan ahli jawatankuasanya; DVD, majalah yang melalaikan, dan yang sewaktu dengannya.

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang. Hidup tak tenang dan pengurusan hidup berterabur..

Iman : Alhamdulillah.. Perkhidmatan kami free of charge. Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar.. silap hari bulan, CEO kita akan naikkan Tuan ke pangkat yang lebih tinggi.

Diri : Terima kasih =) Panggillah ahli jawatankuasa kamu bekerja semula. Encik Iman, saya akan jaga kebajikan kamu.

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan Tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya

Diri : Terima kasih Encik Iman.


alt


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

.::mahar cinta-devotees::.

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu...

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji...

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap...

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya...

alt


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

~Ada yang Lebih Menarik Di Sini~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Di persilakan share ilmu di atas.Hak milik Allah semuanya. Moga Allah redha :)