Blogger Widgets

~Ingat kan Pada Diri~

Kita tidak boleh ubah sesuatu yang kita lihat,tetapi kita boleh ubah diri kita yang melihatnya. Jika kita tak dapat apa yang kita suka, maka langkah yang terbaik ialah sukalah apa yang kita dapat. Itulah syukur namanya!:-)

Tuesday, October 30, 2012

Derhaka Seorang Ayah Kepada Anak-anaknya



Alhamdulillah, abah berjaya mencari ibu yang sangat baik untuk saya dan adik-beradik. Abah mengiakan kisah saidina Umar,ketika dia menjawab soalan seorang anak tentang apakah hak seorang anak yang wajib atas bapanya? Maka jawab Umar,hendaklah dia memilih ibunya dari yang baik, memperelok namanya serta mengajarkan Al-Quran.

Wahai kaum Adam yang ku kasihi sekalian,
Nampakkah engkau pengajaran dari kata-kata Saidina Umar ini? Tidak Saidina Umar berkata mendidik isteri menjadi ibu yang baik, tetapi ditegaskan untuk memilih ibu yang baik! 

Proses memilih ini adalah sebelum perkahwinan lagi dan dalam memilih ini,kita perlu  jauh terkedapan. Sebelum mencari yang solehah,anda perlu jadi soleh dahulu. Dan insyaallah dipermudahkan dalam proses pencarian. Bukankah impian kalian ingin melihat anak-anak kalian mempunyai peribadi para sahabat Rasulullah?

Wajah-wajah anakmu seperti saidina Abu Bakar yang sentiasa membenarkan segalanya daripada Rasulullah. KEberanian mereka pula seperti Umar Al-khattab, lantang memperjuangkan islam tanpa rasa gentar walau sebesar zarah sekalipun. Kepimpinan mereka seperti Sultan muhammad Al-Fateh,matlamatnya jelas sejak kecil lagi dan menjadi pimpinan kesayangan anak buahnya. Kehebatan meniup semangat jihad mereka seperti panglima Tariq bin Ziyad,yang mampu membangkitkan api-api para mukmin dalam mengejar syahid Dan keadilan mereka seperti Umar Abd Aziz,yang telah menegakkan keadilan dalam negara Islam.

Apabila kita berimpian untuk melihat peribadi anak-anak kita sebegini, apakah kita sanggup memberi mereka seorang ibu yang kurang hebat dari ini? Janganlah engkau derhaka kepada anak-anak engkau wahai kaum Adam sekalian. Sungguh,hak ummah di atas pemilihan kalian! Dan engkau akan dipersoal kelak di atas setiap pemilihan kalian.

Wahai kaum hawa yang ku kasihi, ayuh sedar dan bangkitlah membina peribadi mulia bagi membantu proses pencarian kaum Adam untuk sama-sama menuju ke SyurgaNya. Peranan anda sangat besar dalam pembentukan peribadi Ummah.Tidak ingin kah kalian? Ayuh cari sinar Hidayah! Moga impian kita dipermudahkan oleh Allah. :) insyaallah.

" Ya Allah,perbaikilah perhubungan dikalangan kami,mesrakanlah dikalangan hati kami, hidayahkanlah kami ke jalan-jalan keselamatan, lepaskan kami dari gelap gelita kekufuran kepada nur iman dan jauhkanlah kami dari semua kekejian zahir dan batin. Ya Allah berkatilah kami pada pendengaran kami,penglihatan kami, hati kami dan zuriat-zuriat kami." (hadis riwayat at-tobrani)


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Wednesday, October 17, 2012

Teori Cinta Itu Mudah



jika keluar berdating bersama itu dikatakan cinta,anda salah.
Jika berpegangan tangan berjalan seiringan itu cinta, anda silap.
Jika berbual mesra mendayu-dayu itu cinta,anda keliru.
Jika bergambar romantik berdua-duaan sebegitu adalah cinta,anda berdusta.
Jika berasmara dan menyerahkan jiwa dan raga itu ditafsirkan cinta,anda pengkhianat cinta.

Jadi apakah cinta? Bagaimana baru dinamakan cinta?

Bila kita menyayangi seseorang yang halal buat kita, sanggup bersama-sama saat susah dan senang,dan berusaha membawa insan yang kita sayangi bersama-sama-ke syurga Illahi,


Saat itu,barulah dinamakan CINTA!

Teorinya mudah,jika apa yang kita lakukan itu tidak membawa kita kepada keredhaan Allah,itu bukan cinta.Jika jalan yang membawa kepada kemurkaanNya, itu juga bukan cinta.

Saat sah di ijab kabul,saat itulah permulaan kepada sebuah cinta.
CINTA yang HALAL, kekal sampai ke SYURGA! Insyaallah. :)





~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Friday, September 28, 2012

Kau Dan Aku Selamanya Hamba DIA!

Salam ku hulurkan buat mu teman.
Yang selalu bersama dalam perjuangan.
Hari ini bicara dan coretan
masih lagi mampu menghiasi ruangan
walau terkadang ada yang tidak senang
dan mungkin agak lantang
maafkanlah insan ini yang serba kekurangan.

Alangkah indahnya wajah-wajah orang beriman
menjaga mata mulut dan hatinya
cahaya bersinar kerana zikir dihatinya
ringan tangan pandangan selalu dijaga
setiap kata adalah mutiara

mereka yang tidak lalai didunia
hanya Allah satu tujuannya
diamnya zikir penuh dengan doanya
setiap langkah adalah ibadahnya

Apabila Allah telah memberi hidayah kepada kita,kemudia Allah nak jadikan kita ni dalam golongan orang yang baik,allah tidak akan beri dengan percuma. tapi,Allah akan beri kita 'faqih'. Faqih bermaksud faham apa yang Allah nak,apa yang rasul nak dan apa yang agama nak sebenarnya.

Sebab tu kalau kita nak rasa Allah sayang pada kita,bukan dengan kita dapat sesuatu habuan didunia.tetapi apabila Allah memberi rasa taat kpd DIA.

Pujuk hati, jika manis,Allah mengajarku erti syukur. Jika pahit, Allah mengajarku erti sabar. jika dikecewakan aku sedang belajar hakikat tawakkal. bila cemas,allah mengajarku erti mengharap. jika sedikit,allah mengajarku erti berpada-pada.

Ya allah,lepaskan hati kami dari asbab-asbab ini. agar kami tenang dan bebas berpaut pada penyebab segala sebab. amin.

Berusahalah jiwa yang memendam cinta. Jangan lemah,jangan longlai. Tapi teguhkan diri dengan iman. Demi keredhaan Tuhan yang Esa,binalah rasa cinta bersama tingginya agama. Jagilah engkau orang yang gagah imannya! Insyaallah,.

'



~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Saturday, August 18, 2012

Andai Benar Ini Ramadhan Terakhirku

Andai benar ini Ramadhan terakhirku, tentu setiap siang dan malam kita akan berzikir, solat kita akan khusyuk dan tawadhuk. tubuh dan qalbu bersatu hati memperhambakan diri menghadap dan memohon keampunan dari Allah. Menangis kerana curang pada janji "inna solati wanusuki wamahyaya wamama ti lillahirabbil 'alamin" ,(sesungguhnya solatku,ibadahku,hidup dan matiku hanya kepada Allah,Tuhan sekalian Alam)

Andai kita tahu ini ramadhan terakhir,takkan kita sia-siakan walau sesaat masa berlalu dengan begitu sahaja. Disetiap masa yang terluang pasti alunan al quran akan kita baca dengan penuh khusyuk dan menghayati maknanya.

Andai kita tahu ini Ramadhan terakhir,pasti setiap malam kita akan sibukkan diri dengan berterawikh, berqiamulaill, bertahajud memohon keampunan. Mengadu,merintih, memohon kasih, " sesungguhnya aku tidak layak menuju ke SyurgaMu tetapi aku tak sanggup ke nerakaMu"

Andai kita tahu ini Ramadhan terakhir, tentu kita bakal mempersediakan zahir dan batin untuk mempersiapkan diri untuk menanti jemputan Izrail untuk menarik roh di dalam jasad.

Duhai Allah, 
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, Jadikanlah ini Ramadhan yang paling bererti, paling berseri menerangi kegelapan dihati kami. Menuju jalan mencapai Redha kasih sayangMU. Dan terimalah amal kami.

Akan tetapi..
Tiada manusia pun yang mengetahui adakah ini Ramadhan terakhir buat kami. Yang mampu bagi seorang hamba adalah dengan berusaha,bersedia dan meminta belas kasihnya
" Ya Allah, jadikanlah kami hambaMU yang bertaqwa, ampuni dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami dan dosa semua hambaMu yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Ya Allah, banyaknya dosa ku.. Tak malunya aku masih berani menghirup udaraMU. Hidup dalam nikmatMu. Tapi aku tak henti-henti bermaksiat di hadapanMU.
Ampuni daku ya Allah, jauhkanlah aku dari siksa api nerakaMu. Kami bertaubat ya Allah. :'(

Kembali bertaubat kepada Allah,anggap ini Ramadhan terakhirmu.


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Wednesday, August 1, 2012

adam...hawa pinta perlindungan

Dulu..
Bila disebut lelaki.Wanitanya tenang di hati,Lelaki kami menjaga, melindungi..

Kini..
Bila disebut lelaki,Wanitanya mahu cabut lari,Lelaki khianat , perogol bersiri..

Dulu..
Bila wanita di bawah jagaannya,Lelaki memagari sehabis daya,Tiada siapapun berani menggoda..

Kini..
Bila wanita di bawah jagaannya,Lelaki tak kisah auratnya terbuka,Wanitanya dibiar bebas, binasa

Dulu..
Lelaki menggadai harta dan nyawa,Untuk mengangkat kemuliaan agama..

Kini..
Lelaki menggadai ketinggian agama..Demi nafsu , dunia dan seisinya

Dulu..
Lelaki bermatian mencipta sejarah.Kental berjihad , tekun berdakwah

Kini..
Lelaki hanya menyanjungi sejarah..Diri bermalasan, tenaga tak dikerah

Dulu,
Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah..Al-Farouq , Zunnurain mati terbunuh

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya.Hingga sanggup membunuh..
(petikan dari novel syabab musafir kasih)
ayuh syabab! bangkitlah! kami perlukan pelindung seperti syabab dahulu :)
Adam,,kami rindukan pelindung Asadullah.. Rayu hawa,bawa kami mengenal yang Maha Esa..
Bukan menjadikan kaum kami sebagai boneka pemuas nafsu durjana !

Maaf adam,ini pinta dan harapan hawa sehari-hari. Ingin melihat adam berjuang menegakkan Islam di mata dunia. Maaf jika coretan Hawa kali ini benar-benar menyinggung hati dan perasaan adam. Bantu kami, bimbing kami.

Hawa,pelihara mahkota mu demi menjaga kebajikan adam. Ini rayu ku. Kerana maruahmu begitu berharga tidak mampu ditukar ganti dengan emas pertama. Sedihku belum mampu terurai jika adam terus mempergunakan hawa dan hawa terus mendedahkan mahkota berharga. :'(


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Tuesday, July 31, 2012

Sebuah Tapak Sulaiman Yang Bermakna

Di tepi sebuah pantaiada banyak tapak sulaiman yang terdampar dibawa arus ombak. Seorang anak kecil berusaha mencampakkan kembali tapak sulaiman itu ke laut,bagi memastikan ia terus hidup.

Seorang lelaki tua memerhatikannya lalu berkata,
"buat apa kamu mencampakkannya ke laut? Kamu tidak akan mampu mencampakkannya semula ke laut. Ada beribu-ribu. Buat penat kamu sahaja."

Anak kecil itu terus tekun membuat kerjanya sebelum memandang lelaki tua itu.

"Memang saya tidak mampu,tapi setidak-tidaknya perbuatan saya ini sangat bermakna buat seekor tapak sulaiman ini,"kata anak kecil itu sambil mencampakkan seekor tapak sulaiman yang berada ditangannya ke laut.

Mudah dan ringkas cerita yang sentuhanurani kongsikan ini.

Begitulah hidup kita wahai sahabat yang fara sayang kerana Allah.. memanglah kita tak mampu berbuat baik kepada semua perkara, tidak mampu berbuat baik kepada semua manusia, tetapi tetapkan ke dalam hati untuk terus berbuat kebaikan.

Setidak-tidaknya akan ada seorang yg melihat kebaikan kita itu beerti buatnya. Dan paling penting, niat ikhlas kerana Allah kerana pasti semua akan indah pada akhirnya.




~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Monday, July 23, 2012

Ketabahan itu terletak pada hati

Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu, ketahuilah dia sedang menyapu air matanya tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu, ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

Seseorang yang kelihatan kuat dihadapanmu, ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah dihadapan Penciptanya.

Seseorang yang ketawanya menceriakan hari-harimu, ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut luka-luka dihatinya.

dia sentiasa cuba untuk bangkit, untuk kuat, cuba untuk kembali, cuba untuk tabah dan yang pasti, dia mampu untuk kembali ceria dan bahagia seperti insan lain. :')

"janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati..padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang BERIMAN.." ..surah al-imran139..


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Sunday, July 22, 2012

Nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada Muslimah

Wahai puteriku..
Pintu pemulihan, cara mencegah ada di hadapanmu.
Kunci pintu itu ada ditanganmu.
Jika engkau yakin padaNya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu,
Maka keadaan akan berubah menjadi lebih baik.

Engkau benar puteriku..
Bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa.
Bukan wanita!
Tetapi ingat, tanpa kerelaanmu dan kelunakan sikapmu,
Mereka tidak akan berkeras melangkah laju.
Engkaulah yang membuka pintu untuknya melangkah masuk.

Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing,
pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dari cengkaman ancaman serigala.

Sekiranya engkau sedar bahawa semua lelaki adalah pencuri,
Pasti engkau akan berhati-hati dan menjaga diri dari di curi (sesuatu yang berharga darimu)

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu,
iaitu harga diri dan kehormatan dirimu.
Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku,
Demi Allah,apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa sebarang pakaian.

Demi Allah!
Jangan percaya dengan kata-kata sebahagian lelaki,
bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab.
Berbicara denganmu sebagai sahabat dan apabila mencintaimu seperti teman akrab.
Bohong! bohong! demi Allah dia berbohong!
Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka,
pasti engkau takut dan ngeri.

Wahai Puteriku,
Lelaki yang baik dan soleh akan datang kepadamu,
Dengan segala kerendahan hati.
Memohon kemaafan,menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat.
Dia akan datang meminang dan mengahwinimu.
Percayalah,inilah pilihan Allah untukmu.



~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Wednesday, June 6, 2012

Cinta Di langit Biru

Aku menadah cinta di langit
Menghayati limpahan Kasih Sayang yang tidak bertepi
yang tidak punya pengakhiran
Yang tidak pernah putus walau seketika
Hanya aku yang sering keras dalam merasa

Akalku mengeledah langit dalam
Mengharap sebuah kbahagiaan yang di impikan
Mencari sebuah matlamat menuju Akhirat
menghayati sebuah keindahan yang Allah kurniakan
Menyemai sebuah harapan
Berpaksi pada sebuah jiwa yang suram

Aku mencari-cari erti kebahagiaan
Pada sebuah langit yang luas
Mencari cerita disebalik keindahan
Sebuah cerita yang mampu menguatkan langkah
Menuju matlamat yang tiadapengakhiran

Hati tertanya-tanya
Hati mencari-cari
Bagaimana ingin menuju sebuah matlamat kebahagiaan
Sebuah matlamat yg ingin menuju ke Syurga idaman
Tidak ingin sekali mengharapkan neraka yang penuh kesakitan
Kecuali buat mereka yang cintakan kemaksiaatan

Kisah langit biru itu
Akhirnya ku temui
Rupanya ada pada sesuatu yang setia pada genggamanku
Yang sering mengetuk-ngetuk jiwa
yang makin dahagakan kasih dansayangNYA
Pada kalam rindu cinta agungku
Tuhan yang satu iaitu AlQuran nadiku

Alhamdulillah,ketenangan itu masih untukku. :')



~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Sunday, May 27, 2012

Sebuah Perjalanan Seorang Hamba

Ya Allah.
Berilah bantuan kepada hambaMU dalam mencari sebuah keredhaan Mu.
Aku sedang berusaha untuk berkelana mencari kurniaanMu.
Aku sedang berusaha mencari ilmu dalam mengejar cinta Mu.
Aku sedang belajar meniti jalan yang pernah ditempuh Rasulullah, kekasih Mu.
Aku sedang berusaha mencari formula untuk mampu di cinta manusia kerana Allah, dan ingin kembali kelak seperti kembalinya orang-orang yang dicintai olehMU.

Hanya Allah sahaja yang tahu dan mengerti segala cerita hati yang tersirat disebalik babak ke babak yang silih berganti dalam diari kehidupan ini. Indah sungguh skrip yang terlakar dalam perjalanan hidup ini.

Skrip indah ini akan tetap diteruskan sama ada manusia itu sedar atau tidak sedar. Berjalan seperti biasa,tidak akan menunggu pada yang terlambat.

Manusia berjalan tidak sama dengan manuisa yang berlari. Tidak sesekali sama. Yang pasti destinasi yang utama dijadikan idaman. Pasti ada yang lalai dan alpa dalam menuju ke sebuah destinasi. Persiapannya hanya berbekalkan matlamat hidup yang mungkin akan jadi sia-sia jika tidak dimanfaatkan sebaiknya.

Benar siang tidak akan kekal selamanya. Pasti siang akan berganti malam.

Usaha ke arah kebaikan bukan sahaja bergantung pada ingin dan tahu, malah pada pengalaman yang memandu. Pengetahuan isi luaran, bermain bersama persekitaran, membedah warna-warni isi alam,jatuh bangun bersama semangat ingin membaiki kelemahan. Inilah yang dikatakan pengalaman yang berfungsi! 

Apakah hanya apabila kita berada di dalam kubur,barulah kita akan tersentak dalam memahami apa sebenarnya hakikat hidup ini? Pada waktu itu baru kita faham dan akur tentang tujuan kita dihidupkan di dunia ini. Dan di situlah baru kita sedar apa yang bernilai dan apa yang tidak bernilai dalam sebuah perjalanan.


Allah Taala berfirman;
Bermaksud: “Sesungguhnya (dengan keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat masa datangnya – iaitu hari seseorang melihat apa yang diusahakannya, dan (pada hari itu) orang yang kafir akan berkata: “Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)” an-Naba’ (78:40)






~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Sunday, May 20, 2012

Terima Kasih Pengalaman

(Selamat Tinggal Kesengsaraan-SALIM)

Langkah demi langkah
Aku teruskan jua
Masa demi masa
Sampai akhirnya
Terima kasih 
atas penghinaan yang kau lemparkan

Tangga demi tangga 
Kita daki bersama
Jatuh terluka bangun semula
Terima kasih atas kesakitan
Yang telah KAU berikan

Kerana itu satu penghinaan
juga cemuhan
Diganti dengan kepujian
Dan kemuliaan

Air mata menjadi permata
Kebencian menjadi cinta
Inilah hidup di dalam dunia
bak sandiwara

Selamat tinggal kesengsaraan
Selamat tinggal penderitaan
Terima kasih atas pengalaman 
Yang Kau berikan.

--------------------------------------------------------------------

Jatuh bangun hidup ini,semua tu pemberian Allah. Jika saya tak dihina suatu masa dahulu,saya pasti takkan dapat belajar dari pengalaman itu. Kerana penghinaan itulah,saya berada pada tahap begini di hari ini. Terima kasih pengalaman. 

Ya Allah..
Bagaimana kedudukanku disisiMu?
Adakah diriku yang penuh dosa ini akan terselamat di akhirat sana?
Adakah aku antara manusia yang bakal memenuhi neraka jahanam? Lalu aku hidup dalam binasa celaka buat selamanya?

Aku tidak mahu ya Allah.
Aku tak mahu masuk ke dalam golongan itu!
Aku tidak mahu hidup senang di dunia tapi sengsara di akhirat!
Aku tidak mahu..

Ya Allah maafkan diriku.
Ampunkan segala dosa yang telah ku lakukan samaada sedar dan tidak sedar.
Ampunkan dosa yang aku anggap remeh selama ini.
Terlalu banyak..Tidak terhitung..
Ampuni aku dan bersihkanlah diriku.
Aku sangat berkehendak akan SyurgaMu.

Aku merayu penuh berharap.
Lindungi diriku daripada mengulangi kembali dosaku yang lalu.


Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa kesemuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 
[39:53]




~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Thursday, May 17, 2012

Indahnya Bila Labuh

Salam Jumaat

Ramai yang pertikaikan, "pakai je tudung labuh,perangai bukannya baik sangat pun". Kata-kata begini sering dilontarkan kepada gadis-gadis bertudung labuh. Sedarkah semua bahawa setiap manusia biasa tak terlepas dari melakukan dosa. Kami sedang berusaha untuk perbaiki diri kami. Doakan semoga kami dapat menjadi srikandi-srikandi Islam terdahulu sebagai contoh dalam hidup kami.

Semoga dengan bertudung labuh, ia boleh menjadi satu galakan kepada diri ini sentiasa memperbaiki diri dari semasa ke semasa kerana kita sering menjadi perhatian masyarakat sekeliling.

Jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan dari kami kerana kami juga manusia biasa yang sedang memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik walaupun tidak sempurna.  Tudung labuh adalah satu usaha mulia dalam mematuhi firman Allah yang mewajibkan setiap insan bergelar wanita yang baligh menutup aurat mereka. Melindungi mahkota indah dari pandangan bukan muhrim.

Jangan kau sangka labuh tudungku tanda alimnya diriku. Aku juga sepertimu,masih mencari-cari segenap cahaya,buat menerangi sepanjang perjalanan. Kerana tudungku ini bukan sekadar menutupi tetapi juga melindungi, jua mengingatkan diri ini menjaga setiap gerak geri kerana akhlak itu bunga diri.

Satu hal lagi yang saya perasan,pakaian akan mengawal tingkah laku saya. Bila saya memakai T-Shirt dan seluar,saya suka berlagak lelaki. Hatta di dalam rumah sekalipun. Tapi bila memakai tudung labuh,berjubah atau baju kurung,saya rasa lebih feminin. Langkah saya lebih terjaga. Tidak melompat ke sana ke mari. Indahkan?^^


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Wednesday, May 16, 2012

.::selamat hari guru,penyuluh hidupku ::.

Wahai guru yang dikasihi,
Engkaulah pelita diri ini,
Menerangi hati nurani,
Moga dirimu dirahmati

Ya ALLAH piliharalah guruku,
Agar dipimpin terus hambaMu,
Agar terhindar dari Neraka,
Moga dibukakan pintu Syurga

Tak terbalas jasamu
Berkorban jiwa raga
Mendidik anak bangsa
Jadi insan berguna

Keikhlasan di hati
Hulur bakti dan budi
Kau penyambung warisan
Ilmu cahaya hati

Ampunkanlah wahai guruku,
Kesilapan anak-anakmu,
Ku serahkan jiwa ragaku,
Agar terdidik nafsu liarku

Dengan izin Allahu Rabbi,
Engkaulah guru yang sejati,
Engkau bersabar mendidik kami,
Semoga dirimu diberkati

Datang dengan harapan,
Pulang bawa kejayaan,
Anugerah yang diimpikan


Farahin nak ucap terima kasih sangat2 kepada guru2 yang bersusah payah mendidik saya. Terutama untuk kedua ibu bapa saya yang tercinta. Merekalah guru yang pertama di dalam hidup saya sampai ke hari ini. Tanpa mak dan abah,pasti saya takkan belajar bermacam-macam jenis pengalaman. You are my sunshine,abah dan mak!
terima kasih guru2 TASKI ABIM!
terima kasih guru2 SK BIDOR !
terima kasih guru2 MADRASAH IDRISIAH !
terima kasih guru2 SABK DAERAH BATANG PADANG !

SeLaMAt HaRi GuRU!
SeLaMAt HaRi cikgu !
HePy teachers dAy !
SeLaMAt HaRi sir !
SeLaMAt HaRi ustaz !
SeLaMAt HaRi ustazah !

(secebis bingkisan untukmu)
(for u teachers ! )
KHAS BUAT MU GURUKU,
NURFARAHIN BT JOHARI
(anak didikmu yang baik,nakal,bijak,pemalas sikit..hehe)



"Aku masih melihat

Sudah kurang insan ghuraba'

Umpama air kontang di musim kemarau
Maka siapa yang mahu menjadi penyelamat??"
Jawabku, GURU!!

~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Sunday, May 6, 2012

Cinta Yang Tidak Mengecewakan

Melihat gelagat remaja kiri dan kanan, asyik dan sibuk dengan cinta. Mereka pening memikirkan cinta yang tak jujur,tak setia, curang dan sebagainya. Saya juga pernah menghadapi sejarah hitam dalam hidup sehingga membawa diri ini benar-benar menghargai cinta yang Allah kurniakan. Alhamdulillah kerana kasih Allah, cinta ini tidak pernah sedikitpun mengecewakan. Moga ia terus bertakhta dalam hati. Insyaallah.

Saya teruja pada kata-kata Syaidatina Aisyah ketika ditanya tentang ciri-ciri wanita mulia, iaitu yang tidak dikenali dengan perkataan yang mengaibkan (mulut celupar) dan tidak terpedaya dengan tipu muslihat lelaki.

Bagiku,wanita solehah perlu arif tentang tabiat dan perlakuan kebanyakan lelaki. Otak mereka licik dan suka mengambil kesempatan. Habis madu sepah dibuang. Wanita yang mudah dimiliki,senang pula di permainkan dan dipersiakan. Wanita yang berhati-hati akan mendapat nilaian yang tinggi.

Wanita yang bijak,akan berjaya menangkis tipu muslihat lelaki. Itu sifirku. Jika wanita sebegini dijadikan isteri, dia akan bertindak bijak juga dalam menggalas amanahnya sebagai isteri dan seorang ibu.

Duhai Adam,
Jangan kau beri layanan yang special kepada wanita jika tiada niat untuk menjadikannya yang SAH dan HALAL. Wanita ini lain sedikit. Cepat perasan dan mudah jatuh hati. Jangan letak harapan sekiranya hati tidak yakin. Jangan beri harapan pada yang mudah menyeraop harapan. Hati wanita ini seperti kaca. Mudah pecah. Bila sudah terluka sukar untuk dirawat kembali.

Duhai kaumku Hawa,
Jangan berharap terlalu ttinggi pada lelaki yang kamu sayangi. Kerana bila kecewa datang ia boleh menyakiti hati dan dirimu dengan dahsyat sekali. Jadilah wanita yang tegas, mahal, dan tidak mudah untuk menerima cinta dari seorang lelaki yang belum sah menjadi milikmu.  

Kata Ibnu Qayyim, cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab. Ini prinsip yang cuba ku pertahankan. Kerana dengan Allah sahaja aku boleh merasai nikmat cinta yang tidak mengecewakan. Insyaallah. Semoga kita merasai dan menghargai perasaan ini.




~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Thursday, April 26, 2012

Jika ditanya Siapa Aku? Aku Ingin Menjadi Yang Ini

Jika ditanya siapakah aku?

Ana mu`minun sa a'isyu dauman mu`mina
akulah mukmin yang akan hidup sebagai mukmin
maka ketahuilah semua orang aku di sini,
Aku melihat Allah dalam ciptaanNya,
dan aku dengar suara kebenaran dalam QuranNya.
dan aku sentuh hikmahNya dan belai kasihNya
dalam sirah mereka yang terpilih imannya
akulah angin meniup tinggi atas setiap pelayar
alam ini bagiku dan bagiku khidmat yang telah dimudahkan
Akulah bintang yang menunjuk qafilah dalam perjalanan..

Insyaallah.

Mujahidah itu…

Hati meresahkan kesal menolak cintanya,
Api cinta marak dipendam bahangnya,
kerna itu Rahsia hati dan cintanya,
Pada Allah saja diceritakan rahsianya,
Terusan berdoa memohon kepada-Nya,
Moga itu terbaik buat dirinya…

Mujahidah itu…

Di luaran dia tenang,
Dalam hati iman menentang,
Dalam hati nafsu berperang,
Antara dua cinta yang bertandang,
Namun, cinta Allah selalu menang,
Cinta kedua dilepaskan terbang…
Hari demi hari terus menyapa,
Kata orang mengapa tak punya rasa,
Sedangkan dia masih remaja,
Kata orang mengapa dia bahagia,
Sedangkan dia tak punya cinta,
Kata orang mengapa mantap hatinya,
Sedangkan dia tiada rijal penguatnya,
Mulut itu mulut mereka,
Sabarlah, biarkan saja…

Mujahidah itu…

Rabiatul Adawiyah itulah idolanya,
Sumayyah itulah obornya,
Khawlah itulah kecemburuannya,
Nusaybah itulah pahlawannya,
Fatimah itulah teladannya,
Aishah itulah buktinya,
Khadijah itulah kebanggaannya…

Mujahidah itu…

Dia mahu jadi bidadari,
Terus solehah di jalan Ilahi,
Itu mimpinya di malam hari,
Itu angannya di siang hari,
Itu bicaranya sehari-hari,
Menjadi isteri sentiasa berbakti,
Kepada suami bakal berbudi,
Pilihan Allah akan terbukti!
Ia janji yang sangat pasti!

Mujahidah itu…

Tidak takut kehilangan cintanya,
Biar pelbagai ujian melanda,
Lelaki itu, perlukan masa,
Memilih buat diri mereka,
Pilihan yang semestinya istimewa,
Calon ibu, buat zuriatnya!
Penyeri dunia, itulah temannya!
Di Syurga, itulah bidadarinya!
Membuat lelaki segan dengannya,
Menyedarkan, lelaki melainkan peranan,
Bahawa wanita bukan mainan,
Tetapi mutiara itulah nilaian…
Ya, mujahidah itu..
menghitung langkahnya,

Muhasabah dirinya,

katanya, dia masih banyak kurangnya!
Hanya menggeleng kepala..
Tatkala datangnya lelaki menggoda
Hanya bisu berdiam saja,
Diam maknanya iman sahaja bersuara,
Pandangan matanya dibutakan sahaja,
Buta maknanya hatinya mula berkata,
Rijal kekasih Allah itu yang diharapnya!
Pejuang agama itulah pembimbingnya!
Redha ibubapa itulah pilihannya!
Bukannya rijal yang sebaliknya…

Mujahidah itu…

Bukan dia tidak punya hati
Tetapi hatinya sudah mati,
Tatkala ummat Muhammad dilukai,
Hatinya menangis penuh ngerti,
Tatkala jasad saudaranya dikelar sana-sini,
Hatinya meraung penuh simpati,
Tatkala adik seakidah dirogoli,
Dibunuh tanpa secebis insani,
Hatinya jadi benar-benar mati,
Tak punya masa untuk bekasihani…

Mujahidah itu…

Tidak dia rasa kekurangan,
Kerna sudah cukup adanya Tuhan,
Tidak dia sepi sendirian,
Bila sentiasa bertemankan Tuhan,
Dia umpama permata yang bersilaun,
Kerdipnya menyilau pandangan,
Dialah wanita harapan Tuhan,
Kebanggaan umat zaman berzaman…

Mujahidah itu…

Tetaplah dirinya teguh di satu jalan…
Menjadi bidadari sememangnya impian…
Melangkah dengan sejuta harapan…
Mengejar cinta dan keredhaan Tuhan…
Moga beroleh Syurga idaman…
Ameen…Ya Rabbb…











~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

~Ada yang Lebih Menarik Di Sini~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Di persilakan share ilmu di atas.Hak milik Allah semuanya. Moga Allah redha :)