Blogger Widgets

~Ingat kan Pada Diri~

Kita tidak boleh ubah sesuatu yang kita lihat,tetapi kita boleh ubah diri kita yang melihatnya. Jika kita tak dapat apa yang kita suka, maka langkah yang terbaik ialah sukalah apa yang kita dapat. Itulah syukur namanya!:-)

Monday, July 22, 2013

Kau dan Aku, Kita Sama Hamba Dia!



Wahai syabab ( pemuda ),
Laksanakanlah tanggungjawabmu,
Terhadap wanita yang patut kamu lindungi,
Bukan untuk kamu cercai.

Sedarkah syabab..
Bahawa wanita itu jiwanya lembut, 
Lembutnya umpama kapas,
Biarpun kelihatan seperti buluh yang kaku,
Biarpun kelihatan garangnya Sang Mentari,

Hakikatnya syabab..
Apabila engkau menegur seorang wanita yang melakukan kesilapan,
Dia pasti malu dan tak akan mengulangi lagi,
Sekiranya dia melawan katamu,
Ketahuilah bahawa hatinya terdetik,
Rasa bersalah tanpa engkau ketahui.

Namun kini..
Syabab tidak pernah melaksanakan tanggungjawabnya,
Apabila wanita membuka auratnya,
Pandanganmu terus menyapu tubuhnya,
Apabila wanita itu membuat kesilapan,
Engkau bukan sahaja tidak menegurnya,
Malah engkau ambil kesempatan atas dirinya.

Sedarkah engkau,
Bahawa sekeras mana seseorang wanita,
Mereka akan malu dan tunduk,
Apabila seorang lelaki mengajaknya kepada agama.

Duhai syabab..
Sesungguhnya kekuatan agama islam,
Terletak ditanganmu,
Engkau pemimpin besar dalam semua hal.
Oleh itu, jagalah agamamu agar terbentuk islam yang sebenar.

Duhai banat,
Engkau di jadikan Allah dengan keistimewaan yang tiada bandingnya,
Janganlah engkau bangga dengan keistimewaan itu,
Dengan menayangkan perhiasan yang Allah anugerahkan itu kepada yang bukan berhak.

Duhai gadisku,
Kasihanilah syabab agamamu.
Mereka terpaksa mengutip dosa dosa dijalanan apabila melihat "perhiasan" yang engkau hidangkan,
Kasihanlahilah mereka yang berusaha menjaga imannya,

Duhai muslimahku,

Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand,
Tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan,
Tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani,
Tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,
Dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.

Muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul,
Tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergauli.


Duhai Pemuda dan Gadis Agamaku,
Sama samalah kita perbaiki segala kekurangan diri.
Nasihat ini buat diri saya yang tidak sesempurna dan sehebat Sumayyah gadis yang rela mati demi perjuangkan Agamanya, tidak juga sehebat Siti Khadijah yang rela menginfakkan seluruh hartanya ke jalan Allah dan juga tidak sehebat Siti Aisyah yang sentiasa berbakti pada suaminya yang tercinta. 

Cuma diri ini insan biasa yang punya banyak cacat celanya. Bersama sama kita berjuang perbaiki peribadi ke arah menjadi insan yang cantik di mata PenciptaNya. In sha allah!


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Monday, July 15, 2013

Bila mana tarbiyyah itu dirindui

Assalamualaikum



Saya baru lepas menonton 2 episod bicara selebriti. Jelaslah di sini saya nak simpulkan, tugas berdakwah tu bukan lagi hanya pada ustaz dan ustazah. Yang saya nampak, industri hiburan sekarang ni perlu menjadi magnet untuk menarik masyarakat kembali pada fitrah beragama.

Macam yang ustaz Hasrizal kata, orang sekarang ni dah tak nak dengar orang duk bersyarah dan baca kitab sahaja, tapi anak muda sekarang ni perlukan pendekatan "show.. not to tell".

Kagum saya mendengar bait bait kata kata Mas kholidi ( hero Ketika Cinta Bertasbih > mas Azam ) menceritakan pengalaman beliau berlakon dibawah arahan Penulis novel Ustaz habiburrahman. Syarat syarat pelakon yang terpilih sewaktu audition tu mestilah yang mempunyai asas pengetahuan agama dan Al-Quran. Dalam pengambaran Filem tersebut pun mereka masih menjalankan aktiviti tahsin tahfiz Al-Quran. Dan lihat, Filem yang mempunyai latar belakang roh islam, termasuklah krew krew pengarah,penerbit,penulis skrip dan pelakon pelakon yang satu niat untuk capai redha Allah, akhirnya mendapat sambutan yang luarr biasa dari seluruh dunia. Walaupun cerita tu dah lama,tapi saya sendiri masih tak jemu jemu mengulang menonton filem tersebut. Lihat, mengapa filem ini boleh sehebat ini? Sebab adanya pertolongan Allah dan redha dariNya.

Berhentilah filem filem yang berunsur khurafat,hantu hantu di Malaysia ni. Kita perlukan perubahan! 

Harapan dari lubuk hati remaja saya, saya berharap Malaysia mampu melahirkan penulis skrip setanding ustaz Habiburrahman. Perlunya ada gabungan para alim dalam proses menghasilkan filem dan drama yang berkualiti. Hati nurani saya juga berharap Malaysia mampu mewujudkan sebuah bidang broadcasting di universiti islam mungkin di UIA, bagi melahirkan artis artis yang ada roh jihad dakwah kepada masyarakat melalui bidang seni hiburan kerana bidang ini sangat dekat dengan semua peringkat umur.

Di sini saya ada sediakan link video bicara selebriti, agar kita semua yang membaca ni dapat memahami maksud yang saya cuba sampaikan.


Part 1

Part 2 (link sahaja)

Part 3

~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Sayang, Kau Tak Lemah

Assalamualaikum



Hai! Cik sentuhanurani datang lagi dengan topik baru. Nak cerita pasal lemah dan kelemahan dan keluhan dan han han han. Okey,stop merepek! Tambah tambah tengah bulan puasa ni,lemah tu dah jadi macam gula dan garam dalam diri dah. Ehh, sepatutnya bulan puasa la orang Islam ni kuat kan? Ha, imbau kembali sejarah perang..... Perang apa eh yang umat islam menang dalam bulan puasa? Cepat cepat teka. Siapa dapat jawab dapat seringgit! oooopppppp! masa tamat! Perang Badar lah cik puan puan dan tuan tuan. :)

Saya bukan nak cerita pasal perang atau tentang puasa sekarang ni, tapi saya nak sentuh satu lagi topik yang kita semua mungkin laluinya. Mengeluh mengeluh dan mengeluh. 

"Kenapalah Kau uji aku macam ni ya Allah. Aduhhhh, beratnya ujian ini. Aduhhh, kenapa mesti aku.."
Inilah yang kita selalu cakap bila kita rasa susah sikit. Saya sendiri pun tak lari dari berkata demikian. Ingat lagi baru baru ni saya diuji dengan demam panas,muntah muntah dan diarrhea sampai pitam dalam bilik air sorang-sorang. Bangun bangun je terkejut, " aih, apahal aku tidur dalam bilik air ni?? ". Mula kena sakit tu Tuhan je la yang tahu. Sebab jenis saya ni tak suka bagitahu yang saya tengah tak sihat. Suka diam je sendiri sendiri. 

Lepas bangun dari pitam gagahkan juga untuk solat tahajud pagi tu walaupun dalam keadaan duduk. Barulah terubat sakit tu bila singkap kembali yang Allah dah lama sangat bagi saya sihat. Boleh dikira sekali atau dua kali je Allah bagi saya sakit demam batuk selsema dalam setahun. Ha,lama dah Dia bagi kau senang Farahin. Apasalahnya Dia nak bagi kau sakit sikit. Tu pun saya dah mengeluh waktu tu. Lemahnya iman saya tika itu.
Anda pernah rasa macam yang saya alami ni tak? Nampaknya kita seolah olah tak redha dengan ujian ini. 
Penyelesaiannya, muhasabahlah hati kita selalu.

Ada pula orang yang tak mahu meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Ini pun ujian juga sebenarnya. Duk ja di takuk lama. Macam main game, bila kita dah menang satu level,kita mesti nak teruskan level seterusnya sebab kita nak uji kekuatan kita sampai tahap mana kan. Mentang mentang la saya ni suka main game,lagi lagi candy crush saga,buat contoh pun nak game juga kan.hihi.

So,bila kita tak nak tingkatkan kehidupan,kita pun duk melangut sorang sorang duk cakap " da nasib aku macam ni,aku nak buat macam mana lagi,pasrah jela " Duk pasrah pasrah,akhirnya menyerah jela pada nasib. Ingat ye tuan puan, rezeki tak pernah terus terjun dari langit. 

Awak awak sekalian,
Kita selalu merasakan kita tidak mampu menjadi manusia yang dapat menandingi manusia yang lain. Ohhh tidak!!! Manusia lain pun tak hebat. Maksud saya,mereka tidak lahir dan terus jadi hebat. Mereka berusaha untuk menjadi hebat. Ok, i highlight word USAHA and HEBAT.

Jadi,kenapa kita mesti nak fikir kita lemah dari manusia lain? Tengok sejarah orang yang mula mula cipta resepi ayam KFC. Macam mana muka Pak cik Colonel harland Sanders ni, boleh terpampang besar megah di semua restoran KFC di seluruh negara? Ianya bermula dengan usaha cipta resepi untuk seekor ayam sahaja, dan akhirnya resepinya diterima semua orang walaupun pada mulanya ramai yang menolak. Beliau juga manusia seperti kita,mempunyai kebolehan berfikir dan berdikari untuk memajukan taraf hidup masing masing.

Kalau gagal sekali, please please please my dear, jangan lemah dan kecewa. Menangislah tapi menangis bukan bermakna kita lemah. Titisnya setiap airmata bukan bererti kita lemah. Allah jadikan setiap air mata itu dengan seribu satu kekuatan dan hikmah yang besar. Jadi jangan sesekali kita menangis untuk benda yang sia sia. Senyumlah sayangku sekalian. :)



~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Sunday, July 14, 2013

Kerana Engkau Pemimpin!

Assalamualaikum



Hari ini saya memilih satu topik yang mungkin kita semua sedar dan adakalanya ada yang tak nak ambil tahu pun tentang ini. Saya tak tahu kenapa hati ini terpanggil untuk berkongsi apa yang saya rasa selepas terjumpa satu page ni di facebook, Rumah Tangga Bahagia Selamanya

Antara masalah yang kaum hawa kat sini bincangkan tentang pengabaian tanggungjawab suami terhadap keluarga. Ini saya ada copy paste antara kisah benar yang diceritakan oleh hamba Allah atas pengalamannya sendiri di facebook tersebut,

"sy da brkawin 1tahun, di kurnia sorang ank .. masalah nye, suami sy da 5buln xbkje . nfkah pn sejak dye benti kje da xbg ..klo kje pn xtetap,ikot suka je.klo rse nk kje dye g kje.klo x,ponteng smpai la kne buang kje..mkn,pampes,susu ank..kakak dye yg tanggung..sy xkje ag sbb ank sy xnk org..ni pn sy menumpang di uma dia brsama mk mntua n abg2 n adik dye.. btol2 wt sy xselesa sgt .. dia slalu kua lepak dgn kwn2 tinggl kn sy kt uma yg hnya ade abg dye je.balik pn tgh mlm2..dala,xde bilik tido utk sy n ank..sy tido kt ruang tamu je skali dgn mak n abg dye n suami sy.btol2 wt sy xselesa.haritu sy bergadoh dgn suami.kami cuma brtengkar je.sy mrah sbb da tgh mlm pn msih nk kua lepak tinggl kn sy.dala,msa tu hnya ade abg dye saje di uma..lpastu abg dye masuk campor mrah sy.tu yg buat sy kecil ati.sy rse xnk duduk brsme dye ag..sy nk lari bwak ank tinggl kn dye..bg sy pe hak abg dye mrah sy? sy xbrtengkar dgn dye pn..ape urusan sy dgn dye? ble abg dye mrah sy..suami sy diam je.mcm xde pe yg brlaku."

".sy dh berkahwin hmpir 2thn.ada ank umr 1thn.sblm b'kahwin,sy &suami t'libat dlm cinta 3segi.&suami memilih sy kerana sy lbh baik dr S(nama utk wanita itu).S mmg rpt dgn keluarga hsbnd n semua ingt sy perampas.tp sbnr ny tdk.hsbnd xplh S,c0z S adlh perempuan cntek tp tlh r0sak dgn rmai lelaki.hsbnd sy jga pernah t'lnjur dgn dia.tp kerana cinta yg mgunung n janji2 suami sblm kawen,sy terima juga dia.sbb dia adlh lelaki yg baik,jrg tggl solat.tp sy pn xtau cmne dia leh termakan g0daan S.after kawen,sy peknan.prnah suami tolak sy n cengkam muka sy ms gado,sy hmpir keguguran.suami ckp dia xthn skp pns bran sy.sy ngaku sy bran,kerap gado.tp kami krap gado c0z dia slalo kant0i msg ng S.after kawen pn dia xcring.sy g check up s0wg2,mlm slalo tdo s0wg c0z suami jenis gle game.s0,sy kck ati n kerap gado.sy bersalin tnpa suami c0z suami ada kerja d ngeri laen ms tu.smgu pas b'salin,suami dh mula keje di ngeri len.......sambungan baca di > SINI "

Lepas baca pelbagai kisah mereka,terasa menitis air mata. Banyak lagi kisah yang dikongsikan di page tersebut. Memang kisah rumahtangga kita,kita tak boleh duk suka suka hati jaja cerita sana sini,tapi yang saya faham dari page tersebut, mereka meluahkan untuk mendapatkan nasihat tanpa memberitahu identiti sebenar mereka yang dikhuatiri boleh mengaibkan.

Saya rasa tersentuh sebab melihatkan insan yang sepatutnya menjadi pelindung,tapi akhirnya menjadi beban pada kaum kami. Saya tak kata ujian Allah itu beban tapi saya nak tekankan tanggungjawab seorang pemimpin dalam rumahtangga tu. Terlupakah kalian di saat melafazkan janji sewaktu akad nikah dihadapan wali isterimu?? Janji kalian itu adalah lafaz janji kalian kepada Allah! 

Ada satu lagi kisah yang saya baca dalam blog ini. ini, Kisah Benar. Ini antara petikan dalam kisah tersebut,


"Tapi, bila saya dengar kecoh dari rumah sebelah...saya jengoklah... saya nampak kawan saya tengah campak baju-baju wife no.1 dari balconi....wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu... Kat bawah...saya tengok...anak-anak dia yang 4 orang tu dengan maid...menangis pungut baju mak dia...kawan saya menjerit-jerit dari atas balconi..cakap. .. "kau orang cakap dengan mama kau...kalau nak papa jaga sampai mampus...jangan lawan cakap papa..." 

Selalunya kita tengok kejadian macam ni hanya drama dan filem di televisyen, Tapi,kisah yang saya bawa ini,bukan lagi drama dan lakonan. Ini bukan main main, Ini betul betul !(petikan dari pendekar bujang lapok!)

Ya Allah, aku bertekad untuk menjadi seorang peguam Syariah yang berjaya membela nasib kaumku yang ditindas oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Dengan bidang yang ku ceburi ini, aku akan membela dan memperjuangkan nasib agama,negara dan bangsa. In sha Allah!


Dulu.. Bila disebut lelaki, wanitanya mendongak megah. Lelaki kami Saifullah, Asadullah, Tokoh ramai tak terkira.
Kini.. Bila disebut lelaki, wanitanya tertunduk lemah. Tokoh kami sedikit sekali. Ramainya boneka yahudi!
Dulu.. Bila disebut lelaki, wanitanya tenang dihati, lelaki kami menjaga,melindungi.
Kini.. Bila disebut lelaki, wanitanya mahu cabut lari. Lelaki khianat,perogol bersiri!
Dulu.. Bila wanita di bawah jagaannya, lelaki memagari sehabis daya, tiada sesiapapun berani menggoda.
Kini.. Bila wanita di bawah jagaannya, lelaki tak kesah auratnya terbuka,wanitanya dibiar bebas binasa.
Dulu.. Lelaki menggadai harta dan agama untuk mengangkat kemuliaan agama.
Kini.. Lelaki menggadai ketinggian agama demi nafsu, dunia dan seisinya.
Dulu.. Lelaki bermatian mencipta sejarah.
Kini.. Lelaki hanya meyanjungi sejarah, diri bermalasan,tenaga tak dikerah.
Adam, Hawa pinta perlindungan,bukan kekasaran.




~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Thursday, July 11, 2013

Saya Di Risik!

Assalamualaikum

Saya di risik?? Alhamdulillah. Ini semua ketentuan Allah. Dia yang menghadirkan si 'dia', Dia yang menghadirkan kedua ibu bapa si 'dia' bertemu ibu bapaku. Ku serahkan semuanya pada kedua ibu bapaku. Baik akhlaknya bagi mereka,baik juga bagiku. Siapa?? Tunggu.. Kisah baru bermula...

Teringat pula saya sewaktu mula mula hadiri kursus perkahwinan pada tahun lepas. Sebenarnya tujuan utama saya pergi kursus tu sebab nak teman kak Nisah saya sahaja dan sekarang kak Nisah telah selamat jadi isteri orang. Mula-mula nak isi borang kursus tu,dia ada minta maklumat diri dan paling saya duk pening isi bila dia suruh letak tarikh pernikahan. 

Saya pun tanya la kat mak, "mak, ayin nak letak tarikh apa ni?? Bila plak ayin nak kahwin ni??". Mak kata, " letak jela tarikh apa-apa pun. Mane tahu kot kot tarikh yang kamu letak tu la jodoh kamu berlangsung." hihi.. Saya pun dengan otak gatai, duk fikir tarikh apa yang best dan cantik ye. Sedangkan time tu duk main main je,suke suke hati nak letak je. Saya pun letak la tarikh 4.4.2014. Ha,cantik tak tarikh yang otak gatai saya fikirkan. hihi. Yelah,tak bersedia lagi kot nak fikir tentang ni. Terasa kecik lagi saya ni. Pergi kursus kahwin pun malu malu. Macam belum matang pun ada. Yelah,muda sangat lagi waktu tu 19 tahun!! Tapi saya tak tahu kenapa saya pilih tahun 2014,pada umur saya 21 tahun. Hanya gerak hati yang membawa pena berlari lari.

Tapi nak di jadikan cerita, takdir Allah, kuasa Dia yang menentukan, pada tarikh 4.4.2013 saya di risik oleh hamba Allah ni. Keluarganya datang menghantar tanda bagi merisikku melalui kedua ibu bapaku. Subhanallah. Tarikh yg ku isi pada borang kursus perkahwinan tu,tarikh yang lahir dari hati bagi memenuhi syarat mengisi borang tu, rupa rupanya ilham dari Allah,mesej dari Allah menghantar tarikh tersebut untuk  keluarga si 'dia' merisikku. Sebenarnya saya baru sedar dan teringat tentang tarikh ini selepas beberapa hari berlangsungnya majlis risik tu. 

Semoga dengan ikatan ini, membuatkan saya lebih mengenali si 'dia', mengenali agama dan akhlaknya.
Ini rencana Allah, ini takdirNya. Doakan semuanya agar terpelihara oleh Allah. Amin.

Pesanku buat pemilik hati,
Duhai bakal suamiku, siapapun dikau ku bersumpah,mahkota cintaku hanya untukmu. Ketahuilah aku sedang menantimu dan sedang memohon kepada maha Pemilik Jiwaku (Allah) agar ketemukan kita untuk kita bersama sama melayari bahtera menuju Syurga Allah dalam keredhaan dan rahmatNya.

Duhai bakal suamiku,di mana pun dikau,jagalah diri, peliharalah iman sepertimana aku berusaha menjaga diri dan imanku. Persiapkanlah dirimu untuk menjadi imamku sementara aku berusaha mempersiapkan diri menjadi makmum mu.

Sesungguhnya Allah sebaik baik perancang. Wahai pemilik cinta, bersabarlah....




Siapa si 'dia'?? Lebih baik di rahsiakan dahulu....
Tunggu...kisah baru bermula.. Pengajian ku di UIA akan tetap menjadi fokus utamaku.





~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Monday, July 8, 2013

Kakak Aku Kena Culik!

Assalamualaikum.

Ha?? Kakak saya kena culik?? Siapa yang culik dia? 
sorry, ni rumor saja..hihi. Tapi bagi ku kakak ku tetap kena culik dengan Encik Redha Fansuri. Alaaa,da tak boleh nak gadoh-gadoh, nak manja-manja lagi. Lepas kak nisah dah kahwin ni,susah sangat nak jumpa dia. Yelah, kak nisah kena ikut husband dia la kan,nun jauh ke sg besi sana.

Apa pun, moga Kak Nisah sentiasa bahagia, kehidupan sentiasa berada di bawah rahmat Allah, dan menjadi bidadari buat suamimu ya. Doakan saya pula agar cepat cepat dapat jodoh. haha. (gatai!!)



(Mak dan abah)

(kami adik beradik)

(>.<) 


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Saya Dah Habis Belajar!

Assalamualaikum.

Eh betul ke cik Farahin ni dah habis belajar?? Gimik je ni. Sebenarnya baru tamat pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa,Petaling Jaya. Actually dah tamat sebulan yang lalu. Tapi baru ada mood nak update blog. 2 tahun dah belajar di pusat asasi yang kami biasa panggil CFS (centre for foundation studies). 

Alhamdulillah saya berjaya menamatkan satu peringkat pengajian dalam bidang yang saya amat minati iaitu jurusan undang-undang. Dengan pointer akhir yang saya dapat ni,satu lagi berita baik iaitu saya layak untuk menyambung pengajian di Universiti islam antarabangsa iaitu di kampus utama uia di Gombak.

Sementara nak menunggu tarikh pendaftaran masuk ke main camp,pelbagai aktiviti yang saya kena fikirkan bagi memenuhi liku-liku perjalanan hidup dalam tempoh percutian selama 3 bulan di rumah.

Next entri saya akan cerita apa antaranya yang saya dah buat dan bakal dilakukan.


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Monday, January 21, 2013

Untuk Dia Yang Di gelar Seorang Ibu Dan Ayah


Assalamualaikum

YA ALLAH... Engkau telah menurunkan kasih terbesarMu, kasih yang diwakilkan oleh seorang Ibu yang hingga kini kasihnya tiada berhenti mengalir.

HambaMu ini hanya mampu bersyukur memiliki seorang Ibu yang sangat baik ini. Ibu selalu memperhatikan aku, selalu menyayangi aku, selalu memberikan yang terbaik padaku.

Tapi balas jasa yang telah kuberi pada kasih yang tak tehingganya itu hanyalah sesuatu yang terkadang hanya menyakitkan hatinya,
Begitu besar dosaku padamu, Ibu. Tapi tetap saja Ibu memaafkanku ditengah pedih yang kau alami.

Sungguh besar pengorbanan ibu sepanjang hidupku ini sungguhlah sangat bererti dari keadaan yang kecil dan sehingga keadaan yang hampir merenggut nyawanya saat memperjuangkan anaknya untuk lahir.

~For my mom~
My mother is a friend,
Who listen and care.
My mother is an angel,
Who is always there.
My mother love me.
No matter what.
Thank you for being such a wonderful mother!
I always thanks to Allah for you,my mother.

~For my father~
Dad,you taught me how.
then showed me why.
You give me wings and let me fly.
All my dream are come true.
I'm so blessed because of you,my father!

Saya dedikasikan untuk mak dan abah saya yang tercinta. Tanpa kalian,siapalah saya ketika ini. Segala jasamu akan ku balas dengan sebuah kejayaan dan doa agar kalian sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.


“Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “ Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil” .
( Al Isra’ ayat 23-24 )

Abdullah bin Umar melihat seseorang mengendong ibunya untuk tawaf di Kaabah dan kemana saja si ibu inginkan, orang itu bertanya: “Wahai Abdullah bin Umar, dengan perbuatanku ini apakah aku sudah membalas jasa ibuku?” Jawab Abdullah bin Umar: ”Belum, setitis pun engkau belum dapat membalas kebaikan kedua-dua orang tuamu.”




Salam sayang kerana Allah dari sentuhanurani.

~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Sunday, January 20, 2013

Berharganya Sebuah Pengalaman (cuti semester)

Assalamualaikum

Lama dah nak tulis tentang pengalaman cuti sem ni. Tapi bila difikir-fikirkan, lebih baik tunggu betul-betul habis cuti sem ni,baru mula menulis. 

Okey, untuk pengetahuan semua, Sentuhanurani sudah bercuti selama 3 bulan sempena cuti semester ni. Ha, 3 bulan?? Lamanya! Mesti ramai yang cakap macam tu kan? hehe

Actually,ada 'short semester'. Tapi disebabkan Sentuhanurani tak bercadang nak ambil 'short semester' memandangkan subjek yang tinggal hanya tinggal 3 je lagi,so baik habiskan 3 subjek tu waktu 'final sem' nanti kan?So, honeymoon panjang la saya dalam 3 bulan ni. 
~Kenduri kahwin Along Naim~
Salah satu sebab saya ambil keputusan cuti 3 bulan ni sebab nak bantu along uruskan majlis kahwinnya. Yelah,almaklumlah ini majlis perkahwinan pertama dalam keluarga kami. Banyak yang perlu disediakan. tanggal 17 November 2012, along dan kak Raihan (kakak ipar) dah selesai diijabkabulkan di Bagan Serai.


( ini gambar kami semasa kenduri di rumah belah kak An)
- mana satu saya ye?-hihi

Kenduri di rumah kami pula 2 Disember 2012. Alhamdulillah,ramai yang datang. Saya pun dapat jumpa cikgu-cikgu lama. Yelah,saya ni sama sekolah dengan along dari sekolah rendah lagi. So,tetamu yang dijemput pun,rata-ratanya cikgu saya juga.

~Bercuti ke Pulau Langkawi~
Selepas selesai semua urusan kenduri kendara ni,abah plan nak bawa kami bercuti ke Langkawi. Actually,sebulan sebelum tu dah booked tempat penginapan. 6 disember kami bertolak ke Langkawi. Bertolak petang dan sampai ke jeti Kuala Perlis jam2 pagi lebih kurang.

Sementara nak tunggu jeti tu buka,kami semua melepaskan kepenatan tidur dalam kereta je. hehe. Kami beli tiket feri awal pagi jam7 kami dah bertolak ke Langkawi setelah selesai solat subuh di jeti.

(Abah yang keletihan,sambung tidur dalam feri)


Perjalanan menaiki feri lebih kurang 45minit. Sampai je Langkawi,kami terus ke tempat car rental. Sebelum tu,kami dah buat tempahan kereta sewa awal time kat jeti lagi. Kami minta Avanza. Setelah dirunding-runding tawar menawar,dapat la harga sehari sewa rm160.

Sampai kat syarikat kereta sewa tu,kami diberitahu Avanza tak sampai lagi. So,syarikat tu bagi kami van nissan venette (betul ke saya eja ni?) Ni part yang lucu. Maybe van tu da lama sangat,tengok keadaan pun dah tahu. Time bawa pun bunyi dah semacam. kami decide untuk pergi cari breakfast dulu di tempat yang berdekatan dengan tempat penginapan kami. Alhamdulillah,makanan kat sana harga murah murah. I like! :)

Lepas habis je breakfast,kami bercadang nak pusing-pusing Langkawi dulu sebab ikutkan kami check in jam 3 petang. Nak dijadikan cerita,tiba-tiba van tu tak boleh start! Adus! Banyak kali la abah try. Sudah ku jangkakan dalam hati,mesti jadi macam ni sebab tengok keadaan van tu pun saya dah jangka akan jadi benda-benda macam ni. Terlupa nak tangkap gambar van tu sebab dah kalut van tak boleh start.

Mujurlah kami memang dah dekat betul-betul kat tempat penginapan kami. Saja tanya di kaunter,dah boleh check in ke. Alhamdulillah,jam10 pagi tu kami difahamkan bilik tu memang kosong. Bermakna kami boleh check in awal. Abah pergi uruskan van tu dan terus dapatkan Avanza yang kami dah booking tu.haha

Korang kalau nak bercuti ke Pulau Langkawi ni,korang perlu buat persediaan awal terutama tentang kereta sewa. Kena buat kajian sikit sebelum pergi. Tengok mana Syarikat yang sediakan perkhidmatan terbaik. Jangan jadi macam kami. hihi.

Okey,tak nak cerita panjang sangat tentang langkawi. Ini ada sedikit sebanyak gambar kami di sana.













~Keluarganya datang berkunjung~

Pertemuan pertama saya bersama ibu bapanya sewaktu sebelum cuti semester  lagi,buatkan saya membuka hati melihat akhlaknya dan menilai kesungguhanya untuk mengenali saya. Dari Sabah dia pulang menziarahi ibu bapanya di Kuala Kangsar dan berusaha membawa ibu bapanya menziarahi ku di UIA. Pertemuan pertama ini yang benar benar membuka lembaran ini. Dia yang tidak berapa ku kenali, berani gagah menyatakan hasrat kepadaku dengan bertemankan ibu dan ayahnya. Cabaran saya pada dia supaya approach wali saya dahulu sebelum approach saya,Alhamdulillah di sambut baik olehnya.

Keluarganya datang berkunjung  ke rumah seminggu sebelum kenduri along. Dia memang sengaja ambil cuti bagi hilangkan stress kerjanya. Almaklumlah kerja macam dia,stress tu memang dah jadi macam kawan baik lah katakan. Hehe. Memandangkan dia pun dah lama tak pulang ke rumah jenguk ibu bapanya,memang patutlah dia ambil cuti atas kewajipan itu. Dia bawa ma dan ayahnya ke rumah ku. Aku pun kelam al kelabut la sikit menyediakan juadah yang terbaik untuk tetamu.

Kali pertama kedua ibu bapanya menjejakkan kaki ke teratak syurga kami sekeluarga. Alhamdulillah, aku cuba berikan servis yang terbaik untuk tetamu. Rasulullah pun ada kata tetamu datang kita ‘wajib’ beri layanan yang terbaik. Kedatangan tetamu membuka pintu rezeki kita sebenarnya.

Orang tua bersembang,orang muda jangan menyampuk. Tak sopan namanya. Setelah selesai menghidang segala juadah di ruang tamu,saya pun berlalu ke dapur. Biarkan mak dan abah berkenalan dengan mereka.

Dalam hati,saya bahagia dan punya sebuah ketenangan apabila melihat kedua belah keluarga mengerat silaturrahim. Siapa sangka,dia yang saya tak pernah terfikir hadir dalam hidup saya,tiba-tiba bertandang dengan yakin menghadap kedua orang tua ku.

Bila difikir-fikirkan, rasa tak masuk akal pun ada. Tetapi aturan Tuhan tu sememangnya indah. Setelah istikharah yang ku usahakan,sebegitu mudah Allah permudahkan aturan jalan ini. Begitu tenang saya menerima takdir yang bakal melengkapkan kehidupanku. Entah bagaimana ada kekuatan untuk saya mengenali keluarganya dengan lebih rapat dan begitu juga dia. Saya yang pemalu sangat sangat ini, boleh mudah berkenalan dengan keluarganya?? Seperti dah bertahun kenal! Subahanallah hebatnya Allah yang mencipta hati ini. Dianugerahkan ketenangan buatku untuk berhadapan ,berbual,berkongsi cerita dan berkongsi masalah dengan mereka.

Kali pertama pula saya bermalam di rumah orang tua nya ditemani adik bongsu ku (dia TAK ADA la,kalau dia ada,mustahil lah saya nak bermalam kat rumah dia kan?). Memandangkan dia hanya anak tunggal dalam keluarganya,apabila dia meneruskan perjuangan kerjayanya,sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menziarahi  orang tuanya. Tambah-tambah tengah cuti semester ni. Alhamdulillah,banyak yang saya pelajari dari ma dan ayahnya.  

Dua kali jugalah saya bermalam di rumah ma ayah nya. Dalam bulan Disember dan Januari ni. Kesyukuran yang melimpah ruah ku panjatkan kepada Allah yg maha kaya dengan Kasih sayangNYa. Layanan keluarganya sangat baik terhadapku. Ibu nya yang sangat penyayang. Ayahnya yang sangat perihatin. Sudah ku anggap seperti keluargaku sendiri.

Apabila ayahnya solat di masjid,saya akan solat berjemaah dengan ibunya. Saya rasa sebuah ketenangan yang tak terhingga tiap kali berjemaah dengan ibunya. Sama dengan ketenangan sewaktu berjemaah dengan keluargaku di rumah. Benarlah kata Allah, kekuatan tu akan hadir bila hati bertaut dalam Jemaah lebih lebih lagi dalam solat Jemaah. Tiap kali pulang dari rumahnya,ibunya pasti akan beri macam macam lah sebagai buah tangan. Yang paling saya rasa teruja,tiap kali ibunya berikan barangan tentu barang tu seolah2 diukur dibadan ku. Jubah yang memang mengikut saiz saya,gelang yang memang mengikut pergelangan tangan saya. Sedangkan tak pernah diukur atau ditanya oleh ibunya tentang saiz ku.  Dan juga apa yang diberi memang mengikut citerasa saya. Alhamdulillah ini semua kerja dan aturan Allah juga.

Kataku pada ibunya, “makcik selalu beri barang-barang pada fara,tapi fara belum mampu lagi nak belikan apa apa untuk makcik. Rasa berat hati pula nak terima”.
Ibunya membalas, “siapa kata fara tak beri apa apa pada makcik?fara ada beri sesuatu pada makcik iaitu jaga (____) dan sayang dia sampai bila bila”.
Balasku pula, “in Sha Allah,kita sama-sama berdoa moga ikatan ini dalam redhaNya dan terus berkekalan sampai ke Syurga”

Allah,hatiku tak berhenti henti mengucapkan syukur padaMu.  Biarlah aku tak berapa mengenali mu,cukup aku mengenali akhlakmu. Biarlah aku mengenalimu melalui penilaian ibu bapamu.  Itu lebih membahagiakan. J

Okey,sekarang ni saya dah pun berada di Pusat Asasi UIA bagi menyambung semester terakhir saya di sini. 20 Januari 2013,tamatlah cuti semester  3 bulan  saya ni. Doakan semuanya baik baik ya. Dikuatkan Iman menghadapi segala ujian dalam perjuangan menuntut ilmu  ni.
Eh,korang mesti tertanya-tanya siapa “dia” yang saya maksudkan dalam cerita tadikan? So,korang kena lah selalu baca entri akan datang untuk tahu siapa “dia”!. Jeng jeng jeng.. Nanti saya sambung cerita tentang kursus perkahwinan sebelum saya pulang ke UIA. Okey,tunggu!

Sebelum tu saya nak kongsikan sedikit senikata lagu ‘wanita by dehearty’.

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Salam sayang kerana Allah dari cik sentuhanurani.

~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Tuesday, January 15, 2013

Buat Dia Yang Ku Tunggu-Tunggu

Assalamualaikum

Buat si dia yang ku tunggu-tunggu..
Ketahuilah engkau, aku wanita akhir zaman,
Pimpinlah aku untuk mendekatiNya,
Aku wanita akhir usia dunia,
Bimbinglah aku untuk terus mencintaiNya,

Tidak ku pinta rupa mu yang menawan,
Tidak ku damba hartamu yang berkilauan,
Cuma satu pintaku,

Pimpinlah aku sehingga ke Syurga Allah yang kekal abadi.
Sayangilah aku setelah dirimu menyayangi Tuhanmu dan keluargamu.

Salam sayang kerana Allah dari cik sentuhanurani :)




~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Allah, Kau Uji Aku Lagi??

Assalamualaikum.

Apa khabar pembaca Sentuhaurani harini?
Sihatkah? Mestilah sihat, kalau tak, macam mana boleh bukak laptop,baca entri saya harini kan? hihi. Tapi sihat-sihat kita pun, kita masih lagi terus di uji. Sayangnya Allah pada kita kan? Betul tak?

Bila nak cakap tentang ujian,memang bermacam-macam bentuklah. Ada sahabat kita harini di uji dengan kesakitan fizikal. Ada yang lain pula diuji dengan kemewahan sampai lupa diri. Ada pula yang sekarang ni tengah 'frust' sebab gagal dalam peperiksaan ke? dan macam-macam lagi lah.

Nak tekankan di sini,kita semua tak kan lari dari di uji. Jangan risau,kita semua mesti di uji mengikut bahagian masing-masing. Yang penting, how we handle this trial? :)

Alangkah indahnya kalau kita semua dapat fahami bahawa setiap inci ujian yang kita alami adalah sentuhan kasih sayang dari Allah. Tak pernah sekalipun ujian datang untuk menjauhkan hambaNya dari Tuannya. Bahkan untuk menjadikan kita lebih dekat dengan Tuhan Pencipta.



Wahai Hati...
Bersabarlah dalam menanti,
Yakinlah janji-Nya adalah pasti..
Pada akhirnya kebahagiaanlah yg kelak kan diraih.

Wahai Jiwa...
Tenanglah dalam lara,
Percayalah bahwa janjiNya adalah nyata,
Jangan pernah ragu dengan kehendakNya
DIA lebih tau mana yang terbaik untuk para
hamba2Nya.

Wahai Raga...
Tetaplah istiqomah dalam asa,
Cinta yang suci sedang menguji keimanan kita,
Seberapa sabar kita dalam menunggu...
Seberapa kuat kita saat tertatih...
dan seberapa tegar kita disaat rapuh...

Segala uji dan cubaanNya tak pernah ada yang sia2,
Dibalik itu semua pasti ada hikmah dan
barakahnya, bersabarlah untuk suatu Keindahan,
Kebahagiaan itu pasti kan datang untukmu,
Disaat yang Indah di waktu yang tepat...
Aamiin Ya Allah...

Jika semua jalan tertutup,Carilah Allah!
Ada syabab di jalan Allah,
Ada bidadari di medan dakwah. :)

Okey,setakat ini dahulu entri kali ni ya. katakan pada diri, Yeah! aku kuat sebab ada Allah! :)

Salam sayang kerana Allah dari cik sentuhanurani.



~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Sunday, January 13, 2013

Nilai diri sendiri dulu!

Assalamualaikum..

Sentuhanurani nak meluahkan tentang sesuatu yang kita semua kadang-kadang lupa. Tentang penilaian diri kepada orang lain.


Beribu-ribu kali dalam kehidupan ini kita selalu buat silap terhadap diri kita sendiri. Tetapi, kalau orang lain buat silap, baru sekali, dah benci caci maki pendam dendam sampai mati. Betul tak??


Tapis mata kita , pandang kelemahan diri dan perhatikan kebaikan orang lain. Bukan sebaliknya.


Kerana disebalik itu ada teguran dari Allah untuk kita sebenarnya. Ingat,bila ada orang tegur sikap kita, kita kena terima dan berlapang dada. Itu tandanya Allah sayang dan kasih kan kita,sebab itu Dia hantarkan hambanya untuk menasihati kita.

Cukuplah di sini dahulu entri kali ni,
Salam sayang kerana Allah dari cik sentuhanurani :)


~Jika seorang hamba Allah tidak lagi mudah menangis kerana takut dengan kekuasaan Allah. Justeru menangislah kerana ketidakmampuan itu~



~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Tuesday, January 8, 2013

Hati Yang Berkarat



Assalamualaikum.

Pernah tak korang rasa macam sunyi sangat sangat sedangkan orang dalam rumah tu punya lah riuh rendah. Ha itu tandanya Allah dah bagi 'hint' nak kita berbicara dengan Dia. Allah nak sedarkan kita yang kita sebenarnya dah semakin leka dari ingat pada Dia.

Hati dah mula ada titik-titik hitam,kalau lama-lama dibiarkan boleh berkarat kalau tak dicuci,di vernis dengan ayat-ayat Allah. Apa buktinya hati yang berkarat boleh dicuci dengan ayat Allah?

Rasulullah bersabda, sesungguhnya hati manusia itu berkarat. Seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya,apakah pengilapnya wahai Rasulullah? Rasulullah menerangkan: membaca Al-Quran dan mengingati mati. (HR Al baihaqi)

Okey,sekarang ni apa tugas dan tanggungjawab kalian setelah baca entri ni? kepada sesiapa yang tak ada uzur syari'e tu,jom ambil wuduk dan capai Al quran. Baca dan fahami isinya. Lihat dengan mata hati.

Tidak mengapa kalau kamu tidak hafal Quran,yang penting kamu tahu membacanya dan hati kamu faham firman Tuhan. Dan Tuhan lebih memandang hati kamu berbanding dengan hafalan kamu itu. Jangan kita hanya perlihatkan agama pada diri kita hanya setakat dari pandangan luar, malah resapkan agama ke dalam jiwa. In sha Allah,redha Allah milik kita. bersama-sama kita meraih Syurga Allah.

Baiklah,cukup di sini dahulu entri kali ni.
Salam sayang kerana Allah dari cik sentuhanurani. :)



~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Semangat Baru!

Assalamualaikum.

Lamanya meninggalkan blog. Mujur masih berfungsi. Ada ke yang merindui cik sentuhanurani ni? Mesti tak ada kan? Update blog pun malas,ada hati nak ada orang rindu..hehe.

Bukannya apa,cuma lebih bergiat aktif berdakwah melalui facebook. Macam mana rupa bentuk dakwah pun,yang penting redha Allah yang kita kejarkan. Betul tak?

Tahun 2013? Sedar diri semakin meningkat dewasa. Tahun ni masuk 20 tahun dah umur. Selamat tinggal zaman belasan. Sekarang ni kalau orang tanya umur dah berapa,dah tak boleh la nak cakap umur belas belas lagi. huhu.

Matlamat? Usah ditanya. Cukup lah jadi rahsia dalam buku diari 2013 ni. Duk tanya kawan-kawan,matlamat dorang, pakat semua nak tamatkan zaman bujang. Hooho.. Awalnya. Trend dah sekarang kahwin awal ni. Yang penting,korang jangan lah duk ikut trend-trend ni. Kahwin dengan niat benar-benar kerana Allah.

Yelah,kita ni hidup kat dunia ni hanya sementara. Pinjaman dari Allah semua kesenangan yang kita dapat ni. Pastilah kita mengejar kebahagiaan di akhirat nanti kan.

Yang penting,tahun baru,tetap dengan semangat yang baru!
okeylah, cukuplah setakat ini dahulu entri permulaan 2013 ini. Nanti kita jumpa lagi ya!

Salam sayang kerana Allah dari cik sentuhanurani :)

~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

~Ada yang Lebih Menarik Di Sini~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Di persilakan share ilmu di atas.Hak milik Allah semuanya. Moga Allah redha :)