Blogger Widgets

~Ingat kan Pada Diri~

Kita tidak boleh ubah sesuatu yang kita lihat,tetapi kita boleh ubah diri kita yang melihatnya. Jika kita tak dapat apa yang kita suka, maka langkah yang terbaik ialah sukalah apa yang kita dapat. Itulah syukur namanya!:-)

Thursday, March 29, 2012

Erti sebuah kesyukuran


Kenikmatan yang bertandang kadang tak ku hiraukan
Lepas dari pandangan
Dan bila hilang barulah dikesalkan
Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku lupa
Adakalanya aku leka
Ampunilah..

Kerana ku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisiMU
Seringkali terlupa nikmatMU
Datang tiada jemu
Bila terhimpit mulalah mencari dan menyebut namaMU
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMU
Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang nyata untuk menguji Iman
Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya Allah maha mengetahui

Aku bersyukur ya Allah
Segala pemberianMu kepadaku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan segala yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi
Syukur Alhamdulillah.. 
^_^



~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Bacaan Qunut Nazilah, Untukmu Syria dan Negara Islam Yang lain



Ya Allah..
Sesungguhnya kami meletakkanMu 
di batang-batang leher musuh-musuh kami 
dan kami berlindung denganMU
daripada kejahatan-kejahatan mereka

Ya Allah..
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka dan hantarkanlah anjing2 Kamu kepada mereka
Wahai Tuhan yang gagah perkasa
Wahai Tuhan yang penuh raksasa
Wahai Tuhan yang bersifat murka

Ya Allah
Ya Allah
Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al Ahzab
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
dan menangkan kami ke atas mereka
Amin Ya RAbb



~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Tuesday, March 27, 2012

zuriat umpama mutiara bukannya kaca

Jika anak di didik dengan celaan
Dia belajar memaki

Jika anak dibesrkan dengan permusuhan
Dia belajar berkelahi

Jika anak dibesarkan dengan cemuhan
Dia belajar merendah diri

Jika anak dibesarkan dengan hinaan
Dia belajar menyesali diri

Jika anak di didik dengan toleransi
Dia belajar menahan diri

Jika anak dibesarkan dengan dorongan
Dia belajar percaya diri

Jika anak dibesarkan dengan pujian
Dia belajar menghargai

Jika anak diajar dengan sebaik-baiknya perlakuan
Dia belajar erti keadilan

Jika anak dibesrakan dengan rasa aman
Dia belajar erti kepercayaan

Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan
Dia akan belajar erti cinta dalam kehidupan

Anak itu anugerah Allah,
Didiklah dia berlandaskan quran dan sunnah.
Ia ibarat permata bukan serpihan kaca.
Islam itu indah,
islam itu kedamaian,
islam itu anugerah,
islam itu agamku,
Dan aku sangat bersyukur.
Alhamdulillah.




~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

perjuangan itu indah bersama air mata


Macam mana pun rupa bentuk,warna,rasa dan liku kehidupan ini, 
hargailah ia. Kita harus teruskan kehidupan ini kerana hidup ini merupakan sebuah perjuangan. Ujian dunia. Jika kita mampu hadapinya,kita berjaya. Jika tidak,gagalah jawabnya. Sabarlah duhai Kehidupan, pasti akan indah pada akhirnya. Moga ada sinar menanti di hujung sana. Jangan Putus Asa!! 

Andai bisaku memulang waktu 
hilang dan terbuang
Andai bisaku perbaiki
Segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hambaMu ini
(Opick)


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Friday, March 23, 2012

Hati Khazinatul Asrar

Khazinatul Asrar..
Tak mampu ku dustai rasa ini
Cukuplah menjadi rahsia pertautan hati tanpa diketahui
Belum masanya berhubung setiap waktu dan hari
Awasi hati dan anggota dari dikotori
Demi cintakan Ilahi

Aduh!
Beratnya menggalas perasaan cinta
Tatkala ber'couple' menjadi trend dan budaya
Mujurlah wahyu menunjuk cara
Jangan diikut sebahagian besar manusia

"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta". (surah al an'am 116)

Cintaku bukan cinta murahan
Iman dihati benteng pertahanan
Cabaran komunikasi cuba ku tundukkan
Mengawal hati formula kekuatan

Ku berazam pada diri
Ku ingin mahligai kasihku berdiri
Tanpa kenangan cinta yang dicemari
Tanpa noda kemurkaan Ilahi.

Ku ingin hadiahkan cinta suci ini
Buat insan bernama suami
Bersaksikan Allah sebagai juri
Hanya Dia mampu mengadili
Segala keikhlasan dihati
Bukan hanya pernilaian nafsu sendiri.

Khazinatul Asrar..
Ku pendamkan perasaan ini,ku rahsiakan rasa hati ini,melindungkan kasih yang berputik,tersembunyi didasar hati (terdetik pule nak nyanyi lagu UNIC nih) hehe..
Moga ianya terus menjadi "khazanah kerahsiaan" selagi masanya belum tiba.

keep smile it's a sunnah :)

~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Thursday, March 22, 2012

Sekeping hati bersama kuncinya

Assalamualaikum..

Pernah tak korang rasa macam susah sangat nak memahami apa yang guru ajar? Rasa susah sangat nak ingat ilmu yang diajar. Sentuhanurani ada satu kisah ringkas yang menceritakan tentang, bagaimana cara agar kita dapat peroleh ilmu supaya sinaran cahayanya menembusi dada kita?

Semasa Imam Syafi'e menjadi seorang pelajar, beliau pernah mengeluh kepada gurunya, "mengapa ilmu yang sedang ku pelajari, susah sangat untuk ku memahami dan sering kali lupa?"

Gurunya pun menjawab, "ilmu itu ibarat cahaya,ia dapat menerangi gelas yang jernih dan bersih". Maksudnya, ia tidak dapat menerangi hati yang keruh dan banyak maksiat.

Sekiranya hati kita bercahaya, Subahanallah.. pasti hidup kita akan rasa indah,aman dan ketenangan yang teramat sangat.

Namun,jika hatimu diuji, janganlah kau tersungkur. Yakinlah bahawa Allah ada bersama kita semua. Menangislah jika itu yang membuatkan hatimu lebih tenang. Kerana Allah kasih kepada kita,Allah ciptakan air mata.

Sahabat..kadang-kadang,orang yang paling gembira itu, adalah orang yang paling sedih sebenarnya. Kenapa? Kerana dia sedang menyembunyikan kesedihan dengan gelak tawanya tanpa orang lain menyedarinya.

Carilah kunci untuk hatimu peroleh ketenangan yang mampu ditembusi oleh cahayaNya. Insyaallah, Allah tidak pernah sesekali mentakdirkan sesuatu itu dengan sia-sia.

keep smile it's a sunnah! (^_^)(")



~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Exam di hadapan Allah!

Salam semua >_<

Bila kita nak hadapi peperiksaan, mak abah akan pesan, "jawab baik-baik,jawab macam mana yang guru ajar ye nak". Jika betul,pasti lulus. Tapi,jika salah jawabnya akan gagal.

Di akhirat kelak, peperiksaan dihadapan Allah juga memerlukan jawapan yang sama seperti mana yang guru ajar. Siapa guru kita? Guru itu ialah Rasulullah yang diutuskan oleh Allah. Jawab seperti yang guru ajar,syurga ganjarannya. Gagal jawab seperti yang guru ajar, nerakalah balasannya. 

keep smile as a sunnah :)

~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Wednesday, March 21, 2012

.:: kasih sayang Allah tak pernah berakhir ::.

Apa khabar semua readers Sentuhanurani? Iman masih teguh atau makin berkurang? Ayuh,jom sama-sama 'top up' iman kita dengan zikrullah. Sentuhanurani nak ajak sahabat-sahabat semua amalkan zikir ini,
"Hasbi rabbi jalallah,mafi qalbi ghairullah,nur Muhammad salallah, lailaha illallah ".

 Alhamdulillah.. Nak tahu tak,sebenarnya dalam Al-quran pun kita akan jumpa dengan kalimah "hasbiyallahu la ilaha illa huwa' seperti dalam surah at-taubah ayat 129:- 
 
Allah kata:" Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."

Duhai hati,
Apa yang kau cari. Isimu sangat banyak terluka. Kisahmu penuh sengketa. Cukuplah dengan tipu dusta. Tidak perlu kau menadah, untuk jiwa yang tak pernah ambil kisah. Untuk Sang Arjuna yang hanya sekadar singgah. Lupakan dia, janjimu jangan sesekali kau lupa. Untuk dia yang tak diketahui siapa.

Duhai hati,
Relakan hatimu dengan takdirnya. Serahkan hidupmu ke jalanNya. Ikhlaskan jiwa mu dengan dugaanNya. Yakinlah pasti kau temui bahagia. Usaplah air matamu dan leraikanlah semua kekecewaanmu.

Duhai hati,
Kepada Allah lah hati ini dituju. Rahmatnya masih jauh untuk ketemu. Namun kasihNya sentiasa bersamamu. Namun, berusahalah untuk dekatkanNya denganmu. Terlalu jauh langkah ini berlalu. Terlalu banyak dosa yang melingkari tubuhku. Tapi ketenangan masih dirindu. Oh,hinanya sendu. Sendu yang bukan selayaknya perlu. Ampunkan dosaku!

Ya Allah!
Ampunkan hati yang hina. Tolong ingatkan semua yang alpa. Berusaha untuk berhijrah mencari redhaNya. Hanya itu yang ku damba.


Ya Allah!
Hatiku penuh cela. Hijabku belum lagi sempurna. Kataku masih lagi penuh dengan nista. Jiwaku masih diulit dosa. Mengenang kasih yang tak sudah. Mengenang cinta yang tak endah.

Namun ya Allah,
Berapa lama pun jarak hati ini menjauh, berapa banyak dosa pun yang melingkari tubuh, jangan Kau palingkan hati ini, jangan sesekali biarkan ianya jemu, untuk terus berhijrah padaMu, hanya Engkau Tuhan yang satu.

Dalam rahmatMu ini, yang masih Kau pinjamkan lagi, semoga masih ada sinar yang menyinari, cahaya yang tak akan malap lagi, untuk menyinari hati yang masih sendiri.

Lembaran baru akan dibuka. Pastinya penuh suka dan duka. Namun ketabahaan akan terus dipinta. Cukuplah Allah sebagai tempat meminta,yang tidak pernah lupa dan juga lena kerana kasih sayangNya tidak pernah terduga.

Berkati hati ini ya Allah,berharap ada sinar di hjung sana.
Amin.  


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

~Ada yang Lebih Menarik Di Sini~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Di persilakan share ilmu di atas.Hak milik Allah semuanya. Moga Allah redha :)