Blogger Widgets

~Ingat kan Pada Diri~

Kita tidak boleh ubah sesuatu yang kita lihat,tetapi kita boleh ubah diri kita yang melihatnya. Jika kita tak dapat apa yang kita suka, maka langkah yang terbaik ialah sukalah apa yang kita dapat. Itulah syukur namanya!:-)

Sunday, April 10, 2011

.:: akibat cinta nafsu,maruah tergadai harga diri musnah ::.

(SEKADAR PENGAJARAN)
kes 1
Remaja insaf takut dosa

SAYA berusia 20 tahun dan penuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di selatan tanah air. Apa yang saya rasa sekarang adalah penyesalan. Saya mempunyai seorang teman lelaki. Kami berkenalan selama setahun. Sepanjang perkenalan ini, kami saling menyayangi. Saya sudah berjumpa dengan keluarganya dan mereka boleh menerima saya.

 Apa yang menjadi masalah sekarang adalah kami sudah terlanjur beberapa kali dan teman lelaki ketagih melakukannya. Saya banyak kali mengajak dia berubah namun dia tidak mahu dan mendiamkan diri. Saya takut dosa dan saya tahu hukum zina. Saya malu dengan diri sendiri. Apakah yang patut saya lakukan? 

Kadang-kadang terfikir wajarkah saya tinggalkan dia? Saya mahu bertaubat dan kalau boleh, mahu dia juga insaf atas apa yang dilakukan. Saya benar-benar takut atas apa yang sudah berlaku. Kalau saya bertaubat, adakah dosa besar itu akan diampunkan dan masih adakah tempat saya di sisi Tuhan. Saya benar-benar insaf Dr. Tolonglah apa yang patut saya lakukan? 

Takut Dosa,

( bukan aku nak jadi Dang Setia kat sini.cuma aku nak tumpang bagi pendapat sikit kat si gadis 'takut dosa' ni. aku rasa,lebih baik kau tinggalkan je dia.dah terang lagi bersuluh lelaki tu bukan lelaki yang baik.buat pe la kau nak tunggu dia lagi.kalau dia nak kahwin ngan kau,memang sangat aku galakkan kauorang kawen.betul kan balik apa yang salah.tapi,yang penting buatla taubat nasuha.masalah dosa di ampunkan atau tidak,itu biarlah ALLAH yang uruskan.kita sebagai hamba,dah berusaha untuk kembali ke pangkal jalan.Allah tak lihat kita dari rupa paras ataupun kaya miskin.yang Allah lihat HATI kita,suci atau kotor,ikhlas atau tidak dalam memohon keampunan kpd yang ESA )

kes 2 
Terjerat cinta lelaki sampah

SAYA gadis berusia 15 tahun dan saya mempunyai kekasih bernama Z yang tujuh tahun lebih tua daripada saya. Selama menjalinkan hubungan, saya tidak pernah berjumpa dengan Z.

Z selalu bertanya saya bila hendak berjumpa tapi saya memberi alasan bahawa ibu bapa saya tidak membenarkan saya keluar. 

Z pernah menyuruh saya ponteng sekolah semata-mata hendak berjumpa dengan saya tetapi saya enggan melakukannya kerana risikonya amat besar. 

Z memberikan dua pilihan kepada saya, sama ada mahu ponteng sekolah atau menghantar gambar mengaibkan. Jika saya enggan memilih antara satu, hubungan kami akan berkecai begitu saja. Saya tidak sanggup melepaskan Z. Apa yang harus saya lakukan, Dang Setia?

GADIS SERBA SALAH 
Kuantan 

Jawapan
Tidak sukar bagi Dang Setia membantu adik dalam soal ini. 

Z jelas ‘sampah’ yang patut dibuang segera, makin disimpan makin ia busuk. Ini jelas berdasarkan perangainya sebagai lelaki yang tidak bertanggungjawab. 

Kalau belum berjumpa sekalipun dia berani meminta adik menghantar gambar mengaibkan, bayangkan apa yang akan berlaku jika adik mengambil risiko berjumpanya. Lelaki seperti itu hanya mahu mengambil kesempatan terhadap gadis naif seperti adik. 

Ada dua tindakan yang boleh adik lakukan. 

Pertama, melupakannya terus dan kedua, kalau adik tidak sampai hati, ‘jual mahal’ dengan memberi pelbagai alasan seperti mahu menumpukan perhatian kepada pelajaran atau takut dan hormat kepada arahan ibu bapa yang tidak membenarkan adik keluar dengan lelaki bukan muhrim.
(dang setia dah bagi pendapat,aku setuju ngan pendapat cik Dang setia)

kes 3
 Ustazah silih ganti teman lelaki

SAYA penuntut institut pengajian tinggi awan (IPTA) dan tinggal di kolej kediaman. Masalah saya adalah tidak tahan dengan tingkah laku rakan sebilik dipanggil A yang membuatkan saya tertekan.Saya takut dipersoalkan di akhirat kelak kerana tidak menegurnya. A pelajar jurusan pengajian Islam dan sekarang mengambil sarjana dalam bidang yang sama. Saya kesal dengan imej ustazah yang di bawa tidak menggambarkan dirinya sebenar. Mengapa saya berkata demikian? Begini ceritanya. 

A ada teman lelaki yang juga bergelar ustaz. Kalau hendak diceritakan ini bukanlah teman lelaki yang baru tapi sudah silih berganti dan ini yang terbaru.Sepanjang pergaulan A dengan teman lelaki dia tidak menjaga batas pergaulan yang disyariatkan. Malah seperti orang yang tidak belajar agama dan tidak tahu hukum. A sering kali bertemu, berpimpin tangan malah berbual di laman sosial menggunakan rakaman video tanpa memakai tudung dan hanya memakai baju tidur.

Kalau dari sudut bercakap dalam telefon sudah banyak kali dia bercakap umpama menjatuhkan maruah dirinya. Saya tidak tahu cara terbaik menegur A kerana tahu sikapnya yang pendendam malah suka membenci orang dan sanggup memutuskan tali silaturahim. 

Bukan pertama kali tingkah laku A demikian malah turut berlaku ketika bersama bekas teman lelakinya dulu. Kawan-kawan ada menegurnya tetapi ibarat mencurah air ke daun keladi. 

A tidak mengaku dirinya bersalah tapi suka menyalahkan orang lain dan seorang yang hipokrit di khalayak ramai. A juga tidak mempunyai rakan yang baik dan ada di antara rakan tidak selesa dengan caranya. 

Persoalan saya: Bagaimanakah cara sewajarnya menegur A tanpa berlaku sebarang pertelingkahan? Apakah ciri-ciri daripada sudut psikologi dan kaunseling mengenai identiti beliau? Apakah pendekatan kaunseling yang sesuai untuk dilakukan daripada sudut Islam? 

 Rakan Prihatin 
Selangor 
(seharusnya cik ustazah kita ni bersyukur ada kawan yang perihatin.aku rasa ustazah ni memang sgt2 perlukan kaunseling islam. aku setuju sangat dengan pendapat mak yang mengatakan,syaitan tak akan menghasut manusia yang memang dah jahil.tapi syaitan akan terus menghasut org2 yang beriman sehingga menjadi jahil.org yang ada asas agama ni sebenarnya perlu ada benteng iman yang kukuh.kalau tak kuat,memang akan terpesong jauh..harap cik ustazah tidak merosakkn imej2 ustazah yg lain kat luar sana. kerana nila setitik,rosak susu sebelanga)


kes 4
Simpan harapan temu jejaka idaman

SAYA keliru mengenai perasaan saya terhadap teman lelaki, sama ada betul-betul menyayanginya atau tidak. Secara jujur, saya tidak menyayanginya sepenuh hati disebabkan dia bukan lelaki idaman saya. Namun, disebabkan kami pernah terlanjur dan sikap teman lelaki yang penyabar dan terlalu menyayangi saya, saya meneruskan hubungan kami. 

Baru-baru ini dia melamar saya. Adakah saya perlu menerimanya disebabkan keadaan saya yang tiada dara atau perlu mencari lelaki yang saya idamkan selama ini. 

KELIRU 
Kedah 


(aku rasa cik keliru buatlah keputusan yang terbaik.dan pendapat saya,seharusnya cik keliru terma lamaran teman lelaki tu.lelaki idaman atau tak,itu pilihan kedua.yang penting,cik keliru perlu taubat dan sedar akan kesilapan.)

Kes 5
Hubungan tanpa restu

MASALAH ini mungkin biasa bagi orang lain namun saya amat tertekan. Saya mempunyai seorang kekasih yang lama dikenali namun hubungan kami tidak mendapat restu ibu bapa kerana si dia tidak mempunyai ciri-ciri yang diharapkan.

Walaupun hanya berpendidikan sekolah rendah dan bekerja sebagai mekanik, saya sayangkan si dia. Saya lepasan diploma dari sebuah institusi pengajian tinggi tempatan. 

Jurang itulah yang menyebabkan ibu dan ayah tidak merestui perhubungan kami dan mahu memutuskan perhubungan.

Malangnya ibu ayah tidak tahu kami terlanjur. Kami menjalin hubungan selama empat tahun dan pernah duduk serumah serta menjalin perhubungan seperti suami isteri. 

Kami mahu kembali ke pangkal jalan, malangnya penolakan ibu bapa membantutkan hasrat itu. Saya terpaksa merahsiakan keterlanjuran itu kerana takut dimarahi. 

Hubungan kami kini berjalan secara rahsia. Bantulah saya doktor kerana tidak sanggup begini lagi.

(dia suruh doktor yang jawab,so cik farahin yang belum layak jadi doktor ni jangan sibuk2 nak jawab yer.hehe)

sumber :myMetro

hadis Nabi Muhammad SAW: “Amalan yang paling disukai Allah ialah mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah.” (riwayat Ahmad) Untuk mendapat cinta manusia yang tulus lagi sejati, cari dan kahwinilah manusia yang mencintai Allah dan Allah jua menyintainya supaya terisi makna cinta sebenar.

Berpasangan dan cinta adalah naluri manakala nafsu, otak mengawalnya. Jika biarkan cinta kuasai diri hingga merosakkan hidup, pasti diburu penyesalan sepanjang hayat.


~JOM TUTUP AURAT DAN JAGA AKHLAK~


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

No comments:

~Ada yang Lebih Menarik Di Sini~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Di persilakan share ilmu di atas.Hak milik Allah semuanya. Moga Allah redha :)