Blogger Widgets

~Ingat kan Pada Diri~

Kita tidak boleh ubah sesuatu yang kita lihat,tetapi kita boleh ubah diri kita yang melihatnya. Jika kita tak dapat apa yang kita suka, maka langkah yang terbaik ialah sukalah apa yang kita dapat. Itulah syukur namanya!:-)

Sunday, May 27, 2012

Sebuah Perjalanan Seorang Hamba

Ya Allah.
Berilah bantuan kepada hambaMU dalam mencari sebuah keredhaan Mu.
Aku sedang berusaha untuk berkelana mencari kurniaanMu.
Aku sedang berusaha mencari ilmu dalam mengejar cinta Mu.
Aku sedang belajar meniti jalan yang pernah ditempuh Rasulullah, kekasih Mu.
Aku sedang berusaha mencari formula untuk mampu di cinta manusia kerana Allah, dan ingin kembali kelak seperti kembalinya orang-orang yang dicintai olehMU.

Hanya Allah sahaja yang tahu dan mengerti segala cerita hati yang tersirat disebalik babak ke babak yang silih berganti dalam diari kehidupan ini. Indah sungguh skrip yang terlakar dalam perjalanan hidup ini.

Skrip indah ini akan tetap diteruskan sama ada manusia itu sedar atau tidak sedar. Berjalan seperti biasa,tidak akan menunggu pada yang terlambat.

Manusia berjalan tidak sama dengan manuisa yang berlari. Tidak sesekali sama. Yang pasti destinasi yang utama dijadikan idaman. Pasti ada yang lalai dan alpa dalam menuju ke sebuah destinasi. Persiapannya hanya berbekalkan matlamat hidup yang mungkin akan jadi sia-sia jika tidak dimanfaatkan sebaiknya.

Benar siang tidak akan kekal selamanya. Pasti siang akan berganti malam.

Usaha ke arah kebaikan bukan sahaja bergantung pada ingin dan tahu, malah pada pengalaman yang memandu. Pengetahuan isi luaran, bermain bersama persekitaran, membedah warna-warni isi alam,jatuh bangun bersama semangat ingin membaiki kelemahan. Inilah yang dikatakan pengalaman yang berfungsi! 

Apakah hanya apabila kita berada di dalam kubur,barulah kita akan tersentak dalam memahami apa sebenarnya hakikat hidup ini? Pada waktu itu baru kita faham dan akur tentang tujuan kita dihidupkan di dunia ini. Dan di situlah baru kita sedar apa yang bernilai dan apa yang tidak bernilai dalam sebuah perjalanan.


Allah Taala berfirman;
Bermaksud: “Sesungguhnya (dengan keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat masa datangnya – iaitu hari seseorang melihat apa yang diusahakannya, dan (pada hari itu) orang yang kafir akan berkata: “Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)” an-Naba’ (78:40)






~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Sunday, May 20, 2012

Terima Kasih Pengalaman

(Selamat Tinggal Kesengsaraan-SALIM)

Langkah demi langkah
Aku teruskan jua
Masa demi masa
Sampai akhirnya
Terima kasih 
atas penghinaan yang kau lemparkan

Tangga demi tangga 
Kita daki bersama
Jatuh terluka bangun semula
Terima kasih atas kesakitan
Yang telah KAU berikan

Kerana itu satu penghinaan
juga cemuhan
Diganti dengan kepujian
Dan kemuliaan

Air mata menjadi permata
Kebencian menjadi cinta
Inilah hidup di dalam dunia
bak sandiwara

Selamat tinggal kesengsaraan
Selamat tinggal penderitaan
Terima kasih atas pengalaman 
Yang Kau berikan.

--------------------------------------------------------------------

Jatuh bangun hidup ini,semua tu pemberian Allah. Jika saya tak dihina suatu masa dahulu,saya pasti takkan dapat belajar dari pengalaman itu. Kerana penghinaan itulah,saya berada pada tahap begini di hari ini. Terima kasih pengalaman. 

Ya Allah..
Bagaimana kedudukanku disisiMu?
Adakah diriku yang penuh dosa ini akan terselamat di akhirat sana?
Adakah aku antara manusia yang bakal memenuhi neraka jahanam? Lalu aku hidup dalam binasa celaka buat selamanya?

Aku tidak mahu ya Allah.
Aku tak mahu masuk ke dalam golongan itu!
Aku tidak mahu hidup senang di dunia tapi sengsara di akhirat!
Aku tidak mahu..

Ya Allah maafkan diriku.
Ampunkan segala dosa yang telah ku lakukan samaada sedar dan tidak sedar.
Ampunkan dosa yang aku anggap remeh selama ini.
Terlalu banyak..Tidak terhitung..
Ampuni aku dan bersihkanlah diriku.
Aku sangat berkehendak akan SyurgaMu.

Aku merayu penuh berharap.
Lindungi diriku daripada mengulangi kembali dosaku yang lalu.


Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa kesemuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 
[39:53]




~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Thursday, May 17, 2012

Indahnya Bila Labuh

Salam Jumaat

Ramai yang pertikaikan, "pakai je tudung labuh,perangai bukannya baik sangat pun". Kata-kata begini sering dilontarkan kepada gadis-gadis bertudung labuh. Sedarkah semua bahawa setiap manusia biasa tak terlepas dari melakukan dosa. Kami sedang berusaha untuk perbaiki diri kami. Doakan semoga kami dapat menjadi srikandi-srikandi Islam terdahulu sebagai contoh dalam hidup kami.

Semoga dengan bertudung labuh, ia boleh menjadi satu galakan kepada diri ini sentiasa memperbaiki diri dari semasa ke semasa kerana kita sering menjadi perhatian masyarakat sekeliling.

Jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan dari kami kerana kami juga manusia biasa yang sedang memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik walaupun tidak sempurna.  Tudung labuh adalah satu usaha mulia dalam mematuhi firman Allah yang mewajibkan setiap insan bergelar wanita yang baligh menutup aurat mereka. Melindungi mahkota indah dari pandangan bukan muhrim.

Jangan kau sangka labuh tudungku tanda alimnya diriku. Aku juga sepertimu,masih mencari-cari segenap cahaya,buat menerangi sepanjang perjalanan. Kerana tudungku ini bukan sekadar menutupi tetapi juga melindungi, jua mengingatkan diri ini menjaga setiap gerak geri kerana akhlak itu bunga diri.

Satu hal lagi yang saya perasan,pakaian akan mengawal tingkah laku saya. Bila saya memakai T-Shirt dan seluar,saya suka berlagak lelaki. Hatta di dalam rumah sekalipun. Tapi bila memakai tudung labuh,berjubah atau baju kurung,saya rasa lebih feminin. Langkah saya lebih terjaga. Tidak melompat ke sana ke mari. Indahkan?^^


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Wednesday, May 16, 2012

.::selamat hari guru,penyuluh hidupku ::.

Wahai guru yang dikasihi,
Engkaulah pelita diri ini,
Menerangi hati nurani,
Moga dirimu dirahmati

Ya ALLAH piliharalah guruku,
Agar dipimpin terus hambaMu,
Agar terhindar dari Neraka,
Moga dibukakan pintu Syurga

Tak terbalas jasamu
Berkorban jiwa raga
Mendidik anak bangsa
Jadi insan berguna

Keikhlasan di hati
Hulur bakti dan budi
Kau penyambung warisan
Ilmu cahaya hati

Ampunkanlah wahai guruku,
Kesilapan anak-anakmu,
Ku serahkan jiwa ragaku,
Agar terdidik nafsu liarku

Dengan izin Allahu Rabbi,
Engkaulah guru yang sejati,
Engkau bersabar mendidik kami,
Semoga dirimu diberkati

Datang dengan harapan,
Pulang bawa kejayaan,
Anugerah yang diimpikan


Farahin nak ucap terima kasih sangat2 kepada guru2 yang bersusah payah mendidik saya. Terutama untuk kedua ibu bapa saya yang tercinta. Merekalah guru yang pertama di dalam hidup saya sampai ke hari ini. Tanpa mak dan abah,pasti saya takkan belajar bermacam-macam jenis pengalaman. You are my sunshine,abah dan mak!
terima kasih guru2 TASKI ABIM!
terima kasih guru2 SK BIDOR !
terima kasih guru2 MADRASAH IDRISIAH !
terima kasih guru2 SABK DAERAH BATANG PADANG !

SeLaMAt HaRi GuRU!
SeLaMAt HaRi cikgu !
HePy teachers dAy !
SeLaMAt HaRi sir !
SeLaMAt HaRi ustaz !
SeLaMAt HaRi ustazah !

(secebis bingkisan untukmu)
(for u teachers ! )
KHAS BUAT MU GURUKU,
NURFARAHIN BT JOHARI
(anak didikmu yang baik,nakal,bijak,pemalas sikit..hehe)



"Aku masih melihat

Sudah kurang insan ghuraba'

Umpama air kontang di musim kemarau
Maka siapa yang mahu menjadi penyelamat??"
Jawabku, GURU!!

~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Sunday, May 6, 2012

Cinta Yang Tidak Mengecewakan

Melihat gelagat remaja kiri dan kanan, asyik dan sibuk dengan cinta. Mereka pening memikirkan cinta yang tak jujur,tak setia, curang dan sebagainya. Saya juga pernah menghadapi sejarah hitam dalam hidup sehingga membawa diri ini benar-benar menghargai cinta yang Allah kurniakan. Alhamdulillah kerana kasih Allah, cinta ini tidak pernah sedikitpun mengecewakan. Moga ia terus bertakhta dalam hati. Insyaallah.

Saya teruja pada kata-kata Syaidatina Aisyah ketika ditanya tentang ciri-ciri wanita mulia, iaitu yang tidak dikenali dengan perkataan yang mengaibkan (mulut celupar) dan tidak terpedaya dengan tipu muslihat lelaki.

Bagiku,wanita solehah perlu arif tentang tabiat dan perlakuan kebanyakan lelaki. Otak mereka licik dan suka mengambil kesempatan. Habis madu sepah dibuang. Wanita yang mudah dimiliki,senang pula di permainkan dan dipersiakan. Wanita yang berhati-hati akan mendapat nilaian yang tinggi.

Wanita yang bijak,akan berjaya menangkis tipu muslihat lelaki. Itu sifirku. Jika wanita sebegini dijadikan isteri, dia akan bertindak bijak juga dalam menggalas amanahnya sebagai isteri dan seorang ibu.

Duhai Adam,
Jangan kau beri layanan yang special kepada wanita jika tiada niat untuk menjadikannya yang SAH dan HALAL. Wanita ini lain sedikit. Cepat perasan dan mudah jatuh hati. Jangan letak harapan sekiranya hati tidak yakin. Jangan beri harapan pada yang mudah menyeraop harapan. Hati wanita ini seperti kaca. Mudah pecah. Bila sudah terluka sukar untuk dirawat kembali.

Duhai kaumku Hawa,
Jangan berharap terlalu ttinggi pada lelaki yang kamu sayangi. Kerana bila kecewa datang ia boleh menyakiti hati dan dirimu dengan dahsyat sekali. Jadilah wanita yang tegas, mahal, dan tidak mudah untuk menerima cinta dari seorang lelaki yang belum sah menjadi milikmu.  

Kata Ibnu Qayyim, cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab. Ini prinsip yang cuba ku pertahankan. Kerana dengan Allah sahaja aku boleh merasai nikmat cinta yang tidak mengecewakan. Insyaallah. Semoga kita merasai dan menghargai perasaan ini.




~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

~Ada yang Lebih Menarik Di Sini~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Di persilakan share ilmu di atas.Hak milik Allah semuanya. Moga Allah redha :)