Blogger Widgets

~Ingat kan Pada Diri~

Kita tidak boleh ubah sesuatu yang kita lihat,tetapi kita boleh ubah diri kita yang melihatnya. Jika kita tak dapat apa yang kita suka, maka langkah yang terbaik ialah sukalah apa yang kita dapat. Itulah syukur namanya!:-)

Monday, March 28, 2011

.::pesanan untuk si dia::.

tolong beritahu si dia,aku ada pesanan buatnya.
tolong beritahu si dia cinta agung adalah cintaNYA.

tolong britahu si dia,cinta manusia bakal membuatnya alpa.
tolong nasihati si dia,jgn menyintaiku lebih dari dia menyintai yg MAHA ESA.

tolong nasihati si dia,jgn mengingatiku lbh dari dia mengingati YG MAHA KUASA..
tolong nasihati si dia,jgn mendoakan ku lebih dia mendoakan ibu bapanya..

tolong katakan pada si dia,dahulukan Allah krn di situ ada syurga..
tolong katakan pada si dia,dahulukan ibu bapany krn di telapak itu syurganya.
tolong ingatkan si dia,aku terpikat krn imannya bukan rupa..

tolong ingatkan si dia,aku lebih cintakn zuhudnya bukan harta..
tolong ingatkn si dia,aku kasihinya krn santunnya..
tolong tegur si dia bila dia mula mengagungkn cinta manusia..

tolong tegur si dia bila dia tenggelam dlm angan2nya..
tolong tegur si dia andai nafsu mengawal fikirannya..
tolong sedarkn si dia,aku milik YG MAHA ESA.

tolong sedarkn dia aku masih milik keluarga..
tolong sedarkn si dia tangungjawabnya besar pd keluarganya..
tolong sabarkan si dia andai diri ini enggan dirapati krn menjaga batasan cinta..

tolong sabarkan si dia bila jarak menjadi penyebab brtambah rindunya..
tolong pesan padanya,aku tidak mahu menjadi fitnah besar kpdnya..
tolong pesan padanya aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..

tolong pesan padanya aku membiarkn YG MAHA ESA menjaga dirinya..
tolong khabarkan pd si dia,jadilah penyokong dlm kejayaanku.. 
tolong sampaikan pd si dia,aku mendambakan cinta suci yg terjaga..

tolong sampaikan pd si dia,cnta krn ALLAH tidak trnilai harganya.
tolong smpaikn pd si dia,hubungan ini trjaga selagi dia menjaga hubungan dgn YG MAHA ESA..
TOLONG SAMPAIKN PD SI DIA KRN AKU TAK MAMPU MEMBERITAHUNYA SENDIRI..

YA ALLAH YA TUHANKU..
TELAH DATANG SEORANG INSAN YG MENGETUK PINTU HATIKU INI SEKIRANYA DIA ADALAH JODOHKU 
YG TERBAIK,YG TELAH KAU TETAPKAN BUATKU,
SEJAK DARI KANDUNGAN IBUKU LG,
MAKA PERMUDAHKAN LAH URUSAN KU,PERMUDAHKNLAH URUSAN DIA,PERMUDAHKANLAH URUSAN KAMI BERDUA.
LINDUNGI IMANKU YA ALLAH,LINDUNGI IMAN DIA YA ALLAH,LINDUNGILAH IMAN KAMI BERDUA 
SEPANJANG PERHUBUNGAN INI
YA ALLAH..


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Wednesday, March 23, 2011

.::penantianku akhirnya trjawab!::.ALLAH TU MAHA PEMURAH~

pagi2 td bukak je tv3 tgk2 MHI (malaysia hari ini) dorang bincang sal keputusan spm..

mmg dah cuak la..bermacam2 perkara yg aku pikir dlm kepale ni...
1)bagaimana result aku agknya..baik ke,buruk ke??
2)lau buruk,pe yg aku nk jawab ngn mak abah??
3)sedara mare msti dok kol tak henti2 tanya result aku nnt..lau terok,msti malu..
4)lau dpt cemerlang mesti mak abah hepi sesangat..tp boleh ke aku dpt??

wah2,sebenarnya byk lg la yg aku pikir..tp dah ingt2 lupe la plak..hehe

ha,memang bergetar lutut la..nk kemane je hati tak tenteram..
tepat je kul 10.30pagi aku pun bertolak dari rumah brsama ibu tercinta..
dalam kereta aku dok diam je..bisu sekejap..mak tanya,"knp diam je??ayin takut ker??"..
aku diam..dlm hati tuhan je tau..
smp je sekolah,adela dlm 5 org bdk f5 dtg kt keta aku dok ucap tahniah2...aku salam je la mrk..smbil tu dlm hati tertanya2 knp yer dorang ucap tahniah..

kaki ku terus melangkah laju ke pejabat sekolah smbil terketar2 lutut..hehe..masuk je pejabat,ustaz shamsul terus nk amik gambar..aku pergi ke kaunter utk dptkn result..seriously,hatiku bagai nk trcabut dek kerana trperanjat melihat deretan A yg ALLAH hadiahkn utkku..kt slip tu aku tak tgk subjek dulu,tp aku tgk gred dulu..hehe..( 4A+ 3A 2A- 1B+)=9A 1B. 
sekuntum senyuman melakar dibibirku smbil dlm hatiku mengucap alhamdulillah beberapa kali...akhirnya sebelum balik umah,aku luangkn sedikit masa utk melakari detik2 manis yg ku lalui bersama rakan2 dan guru yg dah lame xketemu...sgt manis kenangan itu..benarlah kata org,kt mana2 sekolah pun kita leh berjaya.yg penting ade usaha..kecemerlangan akan terlakar sekiranya ade usaha yg gigih!!

buat semua warga didikku sejak dibangku taski abim,sk bidor,madrasah idrisiah dan sabk bidor,farahin ade sisipkan sebuah lagu khas untukmu guru yg byk berjasa membela nasib anak bangsa..=)

Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini


THANK YOU ALLAH..=)





~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Sunday, March 20, 2011

.::menanti detik yg mendebarkan::.





bila dihitung,bila dicongak mmg btol2 tinggal lg dua hari...wahh,debaran nk dpt result spm ni xsama mcm aku nk dpt result pmr dulu...knp??ntahlaa..nk tidor susa,nk makan xlalu...hah..ye ker??ke tido je memanjang..hehe.

harap2 keputusan yg cemerlang milik kita semua...gud luck ya BATCH 93...harini hari isnin,esok hari selasa dn lepas tu...........hari rabu...pukul 10 result keluar...
rasa gembira pun ade,rase cuak pun ade....haha....ok2,sabar yer cik farahin...


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Wednesday, March 16, 2011

.::pizza made by my hand::.

ramai yg tanya ape yg aku buat cuti2 sambil tunggu result spm ni...

ok,aku jawab..rutin harian aku mengaja budak2 ngaji..stakat ni ade 6 student yg aku anggap dah macam adik aku dah..
1)adik nurin
2)adik izzat
3)adik ezanil
4)adik syikin
5)adik akmal
6)adik syafiq 

sumenye baik2 dan nakal2...almaklumlah umur sekitar darjah 1 hingga darjah 5..

disamping mengajar ngaji,aku juga terima tempahan utk pizza..Alhamdulillah stakat ni ade la rezeki ALLAH tu..
stakat ni aku baru buat 2 jenis pizza..
1)pizza bertopengkan "egg"
2)pizza bertopengkan "chicken"

dan yg akan datang "pizza prawn potato mushroom" (masih dlm perbincangan)
jom tengok macam mana rupa pizza nya...


1)doh pizza

2)topeng pizza

3)topeng diratakan ke ats doh

4)ha,ni la rupa pizza yg belum dibakar dgn hiasan mayonis diatasnya.

5)pandangan dekat


6)dimasukkan ke dalam oven

7)ni dah bakar

8)gambar dekat

9)gambar penuh
















bagi pelajar SABK DAERAH BATANG PADANG yg ingin membuat tempahan,boleh lah mmbuat tempahan kepada IZZATI ZUL(pelajar f4) krn dia salah satu ejen sy..hehe.. dan kepada pelajar2 DARUL QURAN KUALA KUBU yg ingin membuat tempahan bolehlah buat tempahan kepada KHAIRUL BARIYYAH.. stakat ni baru sediakan dua jenis pizza iaitu PIZZA BERTOPENGKAN TELUR(RM6) DAN PIZZA BERTOPENGKAN AYAM(RM7)

setakat ni tempahan hanya dibuka kepada pelajar2 SABK DAERAH BATANG PADANG dan PELAJAR DARUL QURAN serta PENDUDUK TAMAN BIDOR JAYA..












~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Sunday, March 13, 2011

.::congrats CHONG WEI!::.



fara nk bukak crite tntang datuk chong wei la..

disebabkn fara ni trlalu fanatik dgn badminton game ni,mlm td trpaksa la tahan biji mata ni utk melihat prestasi datuk chong wei..mula2  tgk,agak menghampakn apabila pemain double negara,koo n tan mensia2 kn peluang keemasan apb tumpas dgn Mathias Boe-Carsten Mogensen 15-21, 21-18, 21-18. 
Beregu negara kita menang 21-15 set pertama tapi gagal mengekalkan fokus sama dan tunduk dalam set kedua 18-21 untuk diheret ke set penentuan. tp,kami peminat tetap mengucapkn terima kasih juga kpd koo dan tan krn brjaya menunjukkn aksi yg menghiburkn penonton..mgkin xdek rezeki nk juara lg..nasihat utk mrk,bykkn serangan jgn hany sekadar brtahan..
Anda tetap terbaik!=)

apb tgk aksi lee chong wei,mmg sgt2 teruja la..ylah,fara rasa ni la aksi yg terbaik lee chong wei pernah pamerkn apb berjaya menewaskn LIN DAN dgn hanya straight game..

TAHNIAH..TAHNIAH..TAHNIAH..TAHNIAH..

ramai jugak peminat datuk ni walaupun kt luar negara...anda memang hebat! tq menghiburkn kami dgn aksi anda..
berusaha lg utk kecapi kemenangan pd sukan OLIMPIK tahun depan..anda pasti boleh!=) =)


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Thursday, March 10, 2011

.::akhirnya tarikh rasmi telah dikeluarkn::.

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2010) akan diumumkan pada hari Rabu 23 Mac 2011 ini.
Maklumat ini disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud apabila dihubungi oleh akhbar News Straits Times semalam.
Peperiksaan bertulis SPM 2010 telah dijalankan dari 23 November hingga 20 Disember 2010 yang lalu. Seramai 467,970 orang calon akan menduduki SPM pada tahun lepas di 3,594 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan adalah seramai 410,083 orang, calon MRSM, MTD dan Sekolah Perantis Tentera seramai 7,216 orang, calon Sekolah Menengah Agama Negeri seramai 8,127 orang, calon Sekolah Swasta dan Sekolah Menengah Agama Rakyat seramai 11,248 orang dan calon Persendirian Perseorangan seramai 31,296 orang.
.::penantian yg penuh debaran::.

~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

~Ada yang Lebih Menarik Di Sini~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Di persilakan share ilmu di atas.Hak milik Allah semuanya. Moga Allah redha :)