Blogger Widgets

~Ingat kan Pada Diri~

Kita tidak boleh ubah sesuatu yang kita lihat,tetapi kita boleh ubah diri kita yang melihatnya. Jika kita tak dapat apa yang kita suka, maka langkah yang terbaik ialah sukalah apa yang kita dapat. Itulah syukur namanya!:-)

Sunday, August 21, 2011

cebisan kenangan buatmu sahabat dunia akhirat (part 2)

arini genap 6hari kita tak bersua muka..aku rindu kau..aku cuba busy kn diri aku dengan pelbagai hal..aku buat discussion group,aku join iftar club2, aku buat je apa2 supaya aku tak rasa sunyi sepi tanpa kau..semalam waktu kau call aku tu,aku ada kat dewan..pogram leadership tak abis lagi waktu tu..aku gembira dapat call dari kau..tapi,kegembiraan aku tu kejap je..

kau call untuk bagitahu kat aku yang kau tak boleh balik sini dah..lepas kau cakap macam tu,hati aku sebak sangat..tapi aku tahan air mata ni..aku tak nak kau tahu aku sedih..aku tak nak kau tengok air mata aku..waktu tu,macam2 yang aku fikir...kita dah plan nak balik lambat sehari..kau janji ngan aku,kau takkan tinggalkan aku duduk sorang2 ari jumaat ni...tapi kau mungkir janji kita!

aku sedih..:'( tapi aku faham..kau ada hal yang lebih penting dari ini..itu masa depan kau..aku terpaksa terima hakikat yang aku perlu duduk sorang2 kat bilik aku disaat semua orang balik kampung cuti beraya..kita dah plan nak luangkan masa bersama hari jumaat tu...tapi.....

sekarang ni,ke mana aku pergi,aku perlu lalui sorang diri..aku ada problem,aku perlu atasi sendiri.. aku perlu belajar berdikari! aku takkan pernah lupa disaat kita makan berkongsi,tido sama2, pergi mana2 semua bersama.orang lain pun boleh lihat keakraban kita..

bila aku susah,kau pun nak pikul susah aku..bila aku senang,kita sama2 kongsi kesenangan tu..kau ingat tak,time kita beli meggi 5 bungkus kat kiosk ukc? aku cakap kat kau yang aku nak berbuka ngan meggie je lepas ni sebab nak save duit..tapi tak sangka kau juga akan ikut aku makan meggie skali..

cuma ada 1 hari tu,aku tak boleh tengok kau terus berbuka ngan meggie.. aku nak suruh kau beli nasi..aku nak kau makan nasi..tapi aku tak tau nak cakap macam ner..n then,aku gi turun beli nasi...kau nampak aku beli nasi..kebetulan haritu ada perjumpaan dengan along..along nak berbuka sama2 ngan angah,achik,usu n adik..so,aku paksa jugak kau beli nasi..sampai bila aku nak tengok kawan aku makan meggie disebabkan idea aku nk jimat duit punya pasal!

satu malam tu,kau cerita masalah kau kat aku...kita buat sharing moment berdua..kau nangis puas2 kat aku..aku simpati sangat azi..sampaikan aku rasa marah,geram kat ***** sebab buat kawan aku macam tu.tapi semasa kejadian tu aku tak berada disisi kau...aku tak dapat pertahankan kau waktu tu..maafkan aku!

haritu,kau akap kat aku yang kau tak pernah tengok darul quran macam mana..so,aku bawa kau gi darul quran sempena hari konvo kat sana...kita pergi bertiga kan...dalam perjalanan tu,banyak sangat kenangan lucu antara kita..dekat DQ kau berkenalan dengan kawan lama aku..aku selesa berkawan ngan kau sebab kau mesra dengan semua orang..:)) kawan aku kawan kau juga kan??

kau ingat lagi tak abang yang jual air zam2 tu??haha..lucu sangat wktu tu kan..haha..
balik dari DQ kau bawa aku bermalam kat rumah mak long kau kt rawang..kebetulan pula mak long kau kenal mak aku...keciknya dunia! mak long kau bawa kita balik keesokannya..(dalam hati kita,jimat duit tambang!)haha

azi,aku rindu kau!



bersambung....



~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

cebisan kenangan buatmu sahabat dunia akhirat (part 1)

assalamualaikum..
buat sahabatku yg tercinta..ku nukilkan secebis kenangan untukmu dan juga untukku..
khas untukmu saudari Azidatul Husna..
aku pasrah,aku redha dengan penghijrahanmu..adat pertemuan pasti ada perpisahan...biarlah terpisah dek jarak dan masa tapi persahabatan ini takkan luput hingga ke akhirnya..ini janji kita!

kita bertemu sewaktu di tingkatan 1..walaupun waktu tu kita tak pernah kenal antara 1 sama lain..tapi disebabkan kau dan aku saling ramah mesra,terus ALLAH satukn kita dengan sebuah persahabatan bersama dengan rakan2 lain..

sikap kau yang menyenangkan aku,membuatkan aku selesa bersama dengan kau..dan kita menjadi lebih akrab bila kita ditempatkan dikelas yang sama sewaktu tingkatan 2..2 ibnu sina.. aku masih mengingati suasana dalam kelas sewaktu itu..

persahabatan kita mula terjalin kukuh setelah kita berada di tingkatan 3..waktu tu,akademik aku jatuh mungkin disebabkan aku banyak main dan tak serious dalam belajar time form 2..dan akhirnya sewaktu tingkatan 3 aku jatuh ke kelas yang terakhir..kecewa,menyesal,sedih.. dan dalam waktu yang sama,epy jugak menerima nasib yang sama seperti aku..

tapi,persahabatan kita tak pernah terputus dek kerana itu..keme,pikah,timah,epy,yana,huda,suha,syida dan semua dak putri f3 2008..inilah sahabat2 kita yang sentiasa bersama waktu susah senang..walaupun kita diuji dengan pelbagai mehnah..dasar syaitan yang sentiasa membenci ukhuwah,tp kita tetap setia pada ikatan ini...

sehinggalah pada akhir f3,kita terpaksa berpisah..berpisah mencari ilmu tuhan..semenjak itu,kita dah tak lagi boleh luangkan masa bersama macam selalu..aku berpindah sekolah dan tinggal di rumah..sewaktu itulah aku di uji dengan rasa rindu pada sahabat2 sekalian..aku cuba mencari sahabat seperti korang semua kat sekolah baru,tapi aku tak temui..tak ada siapa pun yang mampu menggantikan korang semua kat hati aku..

kuasa Tuhan,Allah pertemukan kita di menara gading..tak dijangka maha hebat kuasaNYA..bermula dari sinilah,kita menghargai nilai persahabatan yang sebenar..kau pelengkap kekurangan ku..tika ku goyah,kau hadir beri kekuatan..tika kau jatuh,aku hulurkan tangan untuk sedia membantu..

setiap masa kita akan bersma..memang tak boleh berpisah! every weekend kita akan keluar bersama..dan tempat yang memang ta boleh missed adalah midvelly!aku pulang ke rumah kau meluangkan masa bersama keluarga kau..dan aku juga bawa kau pulang ke rumah aku..kau lah sahabat yang pertama pernah bermalam di rumah aku...last kita keluar weekend time aku bawa kau balik ke rumah aku..n the last kita luangkan masa kat midvelly time sebelum exam mid sem..ingat lagi tak kita buat kerja gila"study kat MPH dan guna buku rujukan free kat MPH?"

kita buat MPH tu mcm library plakkan??hehe..
aku rindu kau sahabat! :')



(ingat tak kita ambil gambar ni kat mana??)
bersambung..........


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Friday, August 19, 2011

hikmah disebalik pemakaian tudung labuh:)

Apa khabar semua?
tajuk entri kali ni,sedikit menyentuh isu pemakaian bertudung.
bertudung labuh!seringkali di pandang serong.."tak berfesyen kononnya..tak up to date dgn zaman moden..mcm fesyen kuno jer"


betulkah begitu?? sudah pasti ramai yang tidak setuju dgn pendapat2 begitu..tanpa menyingkap hikmah disebalik pemakaian tersebut,kita akan mudah mengkritik,memandang serong terhadap sesuatu fesyen...di sini sentuhanurani ingin menyingkap pendapat seorang muslimah bertudung labuh..anda kenal FATIMAH SYARHA??


penulis novel islamik yang makin  menyerlahkan nama di industri penulisan..jom kita menyingkap dan merenungkn kata2 beliau..


Tudung Labuh - Pengalaman menarik Fatimah Syarha menerusi kolum Remaja Majalah Solusi isu no 21.

Bacaan ini bukanlah menggalakkan kita menjadi judgmental. Diharap dapat baca dengan hati yang terbuka. Semoga bacaan ini dapat "put things into perspective" buat kita dalam menilai dan memahami kewajipan menutup aurat sebagaimana yang dituntut agama, insyaAllah.

  • Corat-Coret Kisah Tudung Labuh…


“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.


Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.


Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.


  • Yang Tertutup Itu Indah


Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”


Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.


  • Istimewa Bertudung Labuh


Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.


1) Dikejar Tebuan Tanah


Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.


Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.


Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.


2) daripada Mata Mat Rempit


Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.


Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.


Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.


Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.


Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.


Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.


“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.


Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.


3)  Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku.  Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!


Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!


4) Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut




Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.


Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.


Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?


5) Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh




Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.


Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.


Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.


Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.


  • Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat


Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, “Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “Don’t judge people by its cover.” Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.


Alhamdulillah,dengan pengalaman yang di coretkan Fatima syarha ni,harap2 kita dpt jdkn panduan dan pedoman hidup utk berusaha meningkatkan mutu dan kualiti muslimah sejati..
Allah berfirman dalam surah annur ayat 31: 





wallahualam~

~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

saya sayang awak! ::.

watak utama nobita dan sizuka!




Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!

Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.

Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..

Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?


Nobita : Errr~ hehe..


Mereka pun tiba di i-City..


Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.

Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu

Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..


Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..


Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..


Mereka pun pulang..


Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu


Sizuka :  Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??


Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nkkiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.
Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!


Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu??Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~
Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...


Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???
Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..
Nobita : ......


[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]


peringatan utk semua, beribu kali peringatan utk diri y teramat hina ini~


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Monday, August 15, 2011

.:: i'm come back! ::.

hello readers!
i'm come back!:)
setelah honeymoon begitu lama,aku kembali dengan seribu ketenangan, dan kegembiraan..
haha..honeymoon?? honeymoon mencari ilmu lah..
apa mimpi aku tetiba ada hati lagi nak update blog ni??haha..
meh nak kasi story sikit..tadi kat facebook,tertaip la plak name blog bersawang aku ni..tetibe,,, jeng jeng jeng,.. malas lar citer..hehe. the main point is 'ada jugak yang tertarik dengan nama blog aku yg indah ni' hehehe..

ok,tukar topik..hehe..

masih tak terlambat lagi aku nak ucap selamat berpuasa kepada seluruh ummat islam.
pejam celik,pejam celik..da separuh ramadhan dah :(
sedih tak?? :'( dah banyak ke amalan aku dlm bulan ni..cukup ke bekalan aku nanti..dapat ke aku bertemu ramadhan lagi...

aku nak cerita pengalaman berpuasa di bumi uia..seronok tu memang seronok..
tapi kita tak lari dari merindui saat manis berpuasa dirumah bersama keluarga...dalam bulan puasa ni aku belum lagi pulang ke rumah macam kawan2 aku yang lain berpeluang iftar bersama keluarga..
rindu..rindu teramat sangat pada keluarga..

tapi apakan daya,adat menuntut ilmu begitulah..nak jimatkan duit ,aku menahan kerinduan ini..
doa aku tetap kirimkan buat keluarga tercinta..aku decide balik ke rumah 27 ogos ni..bermakna minggu depan aku akan bertemu dengan keluarga! :)

banyak cerita yang aku nak kongsi tapi,buat masa ni,biarlah dulu..nanti free aku stori mori lagi ya! :)
boleh aku nak nyanyi sikit??korang dengar tau..
Tanya sama iman, apa sebab goyang? Nanti jawab iman, ujian yang goncang..
Tanya sama ujian apa sebab goncang? Nanti jawab ujian, tanyalah akal..
Akal nanti kata, aku kandung ilmu. Sampai tempat perlu, aku pun seru..
Tengok dlm hati, nampak tempat gelap, campak nur hidayah, gelap pun hilang..:))



~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

~Ada yang Lebih Menarik Di Sini~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Di persilakan share ilmu di atas.Hak milik Allah semuanya. Moga Allah redha :)