Blogger Widgets

~Ingat kan Pada Diri~

Kita tidak boleh ubah sesuatu yang kita lihat,tetapi kita boleh ubah diri kita yang melihatnya. Jika kita tak dapat apa yang kita suka, maka langkah yang terbaik ialah sukalah apa yang kita dapat. Itulah syukur namanya!:-)

Friday, May 27, 2011

.:: maharaja lawak-amir hina nabil?? ::.

ish,tadi jejalan kat page maharaja lawak,,tetibe,jumpa pulak cerita nih...i don't think nabil dan amir bercakaran ! aku rasa,hanya sekadar gurauan di atas pentas ! nabil,go go chaiyok! you best bro! jangan ambil kesah sangat dengan mulut2 org len,,dorang hanya sengaja mahu menjatuhkan semangt mu,,huhu,,mlm ni buat yang terbaik ya bro! :))

maklumat lanjut :
Bersaing merebut gelaran Maharaja Lawak, semestinya memberi tekanan kepada semua peserta yang setiap peserta yang bertanding.

Hampir sembilan minggu bertanding, sudah tentu bayangan pemenang sudah ada di mata penonton-penonton, program realiti baru keluaran Astro Warna ini.

Namun setelah lebih sebulan program ini berlangsung, ramai yang memperkatakan tentang hubungan antara Nabil dan Amir yang khabarnya renggang dan saling memusuhi.
 
Buktinya, Amir beberapa kali memerli Nabil dalam persembahan lawaknya sebelum dia tersingkir di minggu ketujuh yang lalu dan diikuti dengan kutuk-kutukan Nabil terhadap Amir dalam beberapa persembahannya termasuklah pada minggu lalu.
Nabil kelihatan selesa dengan ketiadaan Amir, malah ada yang beranggapan ada hubungan buruk antara dua peserta Maharaja Lawak ini.

Menafikan tentang perkara ini, jelas Nabil dia sebenarnya hanya berjenaka dan tidak berniat langsung untuk menyakiti hati Amir.
"Kami hanya bergurau di atas pentas saja, bila diluar hubungan saya dan Amir macam biasa. Dia ada perli saya dalam beberapa persembahannya, jadi kami hanya berbalas-balas lawak, itu sahaja.
"Saya selalu ajak dia duduk bersama, dan berbincang tentang persembahan dan idea-idea untuk Maharaja Lawak ini, tapi dia tak mahu, mungkin dia takut saya curi idea dia.

"Sebenarnya saya kagum dengan Amir, dia berani menyahut cabaran Maharaja Lawak ini sedangkan pada awal-awal dahulu, saya sendiri tidak berani bertanding di sini.

"Minggu ketujuh yang lalu, saya rasa, saya yang akan tersingkir kerana persembahan saya yang sangat teruk, tapi tak sangka dia yang akan terkeluar dahulu, apa pun, saya berharap dia tidak putus asa dengan dunia hiburan ini,"jelas Nabil.

Takut untuk mempertaruhkan dirinya dalam Maharaja Lawak ini, jelas Nabil, sewaktu awal program ini diperkenalkan dia tidak yakin dengan dirinya sendiri.

"Melihat pada reputasi saya sebelum ini, saya terlalu banyak kontroversi, dengan isu saman, isu gambar dan segala macam isu tentang saya timbul sebelum Maharaja Lawak ini diperkenalkan, jadi saya risau peminat tidak lagi menyokong saya.

"Malah, menyertai Maharaja Lawak juga seumpama memperjudikan masa depan saya, segala job, segala tawaran dan segala persembahan akan bergantung kepada program ini. Ini bermakna, ada dua jawapan selepas menyertai Maharaja Lawak ini, sama ada dengan persembahan saya dalam program ini akan menaikkan nama saya semula, ataupun saya akan tenggelam kerana lawak-lawak yang kurang menarik.

"Walaubagaimanapun, saya tidak menyangka sama sekali, masih ada pemiat yang menerima kehadiran saya, dan program ini juga sedikit sebanyak membantu saya untuk kembali dengan peminat,"jelasnya pelakon yang popular dengan trade-mark, Lu Pikirlah Sendiri ini.

~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

1 comment:

Unknown said...

sikap manusia pelbagai ragam.

~Ada yang Lebih Menarik Di Sini~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Di persilakan share ilmu di atas.Hak milik Allah semuanya. Moga Allah redha :)