Blogger Widgets

~Ingat kan Pada Diri~

Kita tidak boleh ubah sesuatu yang kita lihat,tetapi kita boleh ubah diri kita yang melihatnya. Jika kita tak dapat apa yang kita suka, maka langkah yang terbaik ialah sukalah apa yang kita dapat. Itulah syukur namanya!:-)

Monday, May 23, 2011

.:: kerana cinta badan binasa ::.

bukak HARIAN METRO kejap tadi..dapat pulak berita pasal sorang minah ni,kawen lari kat thailand..
tu citer biasa la kan??dah tak heran sangat pun dengan berita2 macam ni..


tapi,yang aku tak suka dengar tu,pasal si minah tu,kawen lari dengan pak ustaz skolah tahfiz ooo..
sanggup pulak si minah tu jadi bini ketiga..hebat,hebat betul pak cik tu...alahai,lagi tambah kesian,keluarga si minah ni,punya la risau kan anaknyer...kenapa yer,pak ustaz tu bawak si minah tu kawen lari??kalau nak kawen,kawen la dengan cara yang betul..hishhh!


suka merosakkan imej ustaz..'kerana nila setitik,rosak susu sebelanga'


>>>SEBAHAGIAN MAKLUMAT DARI BERITA TERSEBUT<<<



BATU PAHAT: Baru dua bulan berkenalan, seorang gadis, Siti Zubaidah Saari, 25, dikatakan menjadi isteri ketiga seorang guru tahfiz digelar Usama, sehingga dia sanggup memutuskan hubungan dengan ibu bapanya di Taman Intan, Kluang, sejak mereka berkenalan.
Zubaidah dipercayai berkahwin dengan lelaki itu di Thailand awal April lalu.

Bapanya, Saari Sulaiman, 56, berkata, dia dan isteri, Norpah Amri, 50, sudah puas berusaha mengesannya sejak dua bulan lalu tetapi hampa.
“Zubaidah tinggal di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan mula bekerja di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Jalan Sulaiman selepas menamatkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah, dua tahun lalu. “Kami hanya mengetahui Zubaidah berkenalan dengan Usama atau nama sebenarnya Almizi, dua bulan lalu. “Saya turut mendapat maklumat ustaz berkenaan didakwa membawa Zubaidah ke Cameron Highlands selama beberapa hari sebelum ke Thailand untuk bernikah,” katanya yang datang ke pejabat Harian Metro di sini, semalam.

Menurut Saari, apa yang tidak disenanginya serta isteri, ustaz terbabit yang mengajar di sebuah pusat tahfiz di Johor Bahru dikatakan beristeri dua selain mempunyai lima anak.

Pada masa sama, selepas berkenalan dengan lelaki itu, Saari mendakwa anak keempat daripada sembilan beradik itu tidak lagi menghubungi mereka.
“Kami menghubungi Zubaidah berkali-kali tetapi hampa, dia bukan saja tidak menjawab panggilan, malah telefon bimbit dimatikan.


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

No comments:

~Ada yang Lebih Menarik Di Sini~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Di persilakan share ilmu di atas.Hak milik Allah semuanya. Moga Allah redha :)