Blogger Widgets

~Ingat kan Pada Diri~

Kita tidak boleh ubah sesuatu yang kita lihat,tetapi kita boleh ubah diri kita yang melihatnya. Jika kita tak dapat apa yang kita suka, maka langkah yang terbaik ialah sukalah apa yang kita dapat. Itulah syukur namanya!:-)

Saturday, November 26, 2011

.:: realiti makhluk yang punya blog , ikhlaskanlah diri mu dalam segala penulisanmu ::.

"assalamualaikum"

Alhamdulillah hari yang indah ini,masih lagi ALLAH kurniakan nikmat iman dan islam ke dalam hati sanubari kita. Tanpa kita sedari,pejam celik pejam celik hari ini bukalah buku baru kita maka tertutuplah buku lama. Syukur kerana Dia masih memberi kita nafas dan pejam yang sebentar telah mencelikkan semula mata kita untuk kita terus mencari keredhaaNya di muka bumi ini. Ucaplah Alhamdulillah.

Salam Maal Hijrah buat semua. Adakah kita semua sudah sedia arif dengan apa itu yang dinamakan Maal Hijrah? Mungkin masih ada segelintir ummat Islam yang masih terkial-kial lagi dengan erti Maal Hijrah. Bila ditanyakan kepada seorang remaja Islam, apa itu Maal Hijrah? maka di tanya semula, Maal Hijrah tu macam Maulud Nabi ker? Masyaalllah.masih ada lagi yang buta dengan sejarah Islam. Sedih rasa hati. Namun,kita sebagai insan yang tahu,perlu menunjuk ajar kepada golongan yang tidak tahu. 

sampai bila kita nak biarkan sambutan "Happy New Year" lebih meriah berbanding "Maal Hijrah"? 
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr : Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud, "seorang muslim adalah orang yang tidak merugikan muslim yang lain dengan lidah,mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah" (riwayat al-bukhari)

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman 

Saya ingin berkongsi sedikit tentang "sandiwara dunia blogging" yang saya baca dari laman "iluvislam". saya tertarik dengan artikel ini. Menceritakan tentang sejauh mana keikhlasan seorang penulis blog dalam dunia dakwah. Sudah kita sedia maklum,setiap manusia memang di beri amanah "tabligh" iaitu menyampaikan. Apa yang kita nak sampaikan? Iaitu sampaikan perkara yang bermanfaat agar kita sama-sama peroleh manfaatnya.

jom kita perhatikan dialog ini,
Blogger AIsh, tak boleh jadi ni, semakin hari semakin ramai follower dia. Blog aku pun Islamik jugak, tapi kenapa blog dia lebih dapat sambutan? Menyampah aku. Dah lah ramai orang komen blog dia, menyampahnya! Sakit hati aku! Macamlah dia bagus sangat! Aku kena buat sesuatu.
Blogger BAlhamdulillah, semakin ramai yang follow, harap yang follow tu dapat manfaat. Eh, ada komen baru. Ha, apa orang ni tulis ni. Astaghfirullahal 'azim. Ya Allah, ampunkanlah dosanya. Luputkanlah hasad dengki manusia terhadap aku. Amin.
"Salam. Wei, penulis blog, kau ingat blog kau bagus sangat ke ramai follower, ramai orang komen. Blog je Islamik padahal orang bukan Islamik sangat pun. Ikhlas sikit kalau menulis tu. Hipokrit punya orang! Blah la, menyampah aku dengan kau ni."
Kenapa Perlu Dengki?
Wahai Blogger...
Kenapa perlu dengki? Kenapa perlu dengki dengan blog orang lain? Awak dengki dengan blog orang lain yang ada follower ramai? Awak dengki tengok blog dia ramai yang komen? Dan tidak seperti pengomen blog awak? Awak dengki tengok blog dia lebih Islamik berbanding blog awak? Awak dengki tengok dia pandai menulis tetapi awak tidak? Awak dengki.
Awak jangan tipu diri awak. Awak sudah tahu agama, tetapi kenapa buat begitu. Blog dia bagus, dia berdakwah melalui blog.
Kenapa awak perlu dengki?
Blog awak pun bertemakan dakwah juga, jadi kenapa awak perlu dengki? Melainkan...
Melainkan awak menulis bukan kerana Allah S.W.T.
Wahai Blogger...
Untuk apakah penulisanmu?
Awak masuk dunia blogging ini untuk apa? Untuk tunjuk awak ada banyak ilmu ke, selepas itu apabila orang lain lebih banyak ilmu daripada awak, awak tidak puas hati?
Awak jadi blogger kerana hendak tunjuk blog awak ramai pengunjung, ramai yang komen dan puji setiap post awak, ramai yang singgah, selepas itu apabila tengok blog lain lagi maju daripada awak, awak tidak puas hati?
Awak menulis itu kerana hendak tunjuk awak seorang alim, baik dan selepas tengok blog orang lain lebih alim, lebih baik daripada awak, awak tidak puas hati?
What's wrong with you?
Untuk apakah penulisanmu?
Jika itu tujuan awak, saya nasihatkan awak berhenti daripada menulis. Buang masa awak sahaja. Awak pun tahu kan, sesungguhnya setiap amalan itu disertakan dengan niat. Awak menulis untuk berdakwah. Kononnya, betul ke?
Lagi sekali, awak jangan tipu diri awak. Jika niat awak tidak betul, berhentilah. Sia-sia sahaja. Penat sahaja awak dapat.
Wahai Blogger...
Seharusnya awak rasa berbangga ada blog lain yang sama tujuan dengan awak. Niat murni hendak membangunkan Islam. Niat murni menulis untuk mengetuk jiwa-jiwa yang adakala lalai dan lupa. Yang menulis kerana inginkan keredaan Dia.
Jika awak masih tidak dapat buang hasad dengki awak itu, dan hasad dengki awak itu tidak dapat menjadikan awak lebih baik, saya betul nasihatkan awak. Berhenti sahajalah. Lebih baik awak buat sesuatu yang lain.
Menulislah Hanya Kerana Dia.
Wahai Blogger...
Saya cakap ini kerana saya sayangkan awak. Cuba awak lihat semula hati awak. Pernah awak tanya diri awak?
Awak menulis untuk apa?
Untuk dapat follower ramai?
Untuk dapat komen terbanyak?
Atau memang untuk mereka mendapat manfaat?
Pernah awak tanya diri awak semua itu?
Lagi, awak menulis untuk siapa?
Awak selalu kata kerana Allah S.W.T. Mulut dan tulisan awak kata untuk dakwah, hati awak bagaimana? Pernah awak tanya?
Jika betul kerana Allah S.W.T, kenapa perlu awak dengki? Awak renung kembali, untuk apa penulisan awak?
Apabila Allah S.W.T tanya, awak hendak jawab apa? Hanya setakat basa-basi di dunia, atau awak sedar bahawa inilah pelaburan jangka panjang awak?
Wahai blogger...
Perbetulkan niat awak. Muhasabah diri awak kembali. Menulislah kerana Allah S.W.T. Apabila benar hati awak berkata menulis kerana Allah S.W.T, tidak akan pernah terdetik rasa dengki di hati awak.
Riak dengan tulisan awak pun tidak. Jika awak menulis kerana Allah S.W.T, apabila post awak dipuji, kembalikan pujian tu kepada-Nya kerana Dia yang bagi ilham kepada awak. Kalau Dia tidak beri idea dan buah fikiran, awak tidak boleh tulis walau satu patah perkataan pun.
Jika benar awak menulis kerana Allah S.W.T, awak sokonglah blog lain yang juga mengajak untuk semakin mendekati Allah S.W.T dan tautkan ukhuwah dengan blogger lain kerana Allah S.W.T.
Jika benar awak menulis kerana Allah S.W.T, awak pasti akan tumpang gembira apabila melihat blog Islamik lain dapat sambutan.
Jika benar awak menulis kerana Allah S.W.T, walaupun blog awak tidak ramai follower dan tidak ramai yang komen, awak akan tetap rasa bahagia. Bahagia kerana dapat menyumbangkan sesuatu untuk Islam. Sekurang-kurangnya awak berusaha.
Jika benar awak menulis kerana Allah S.W.T, walaupun blog awak sedikit pengunjung, awak tetap tidak akan putus asa, kerana awak benar-benar ikhlas menulis, awak benar-benar menulis setiap patah perkataan untuk mengingatkan manusia dan diri sendiri.
Ketuk Hati Tanya Iman.
Pengajaran : Ingatlah wahai blogger-blogger sekalian,m
enulislah dengan penuh rasa ketaqwaan, tawaduk dan rendah diri. Suatu masa nanti, apabila awak akan kembali kepada-Nya, awak akan ditanya, untuk apakah tangan awak itu?
Menulis setiap entri blog dengan niat kerana Allah S.W.T atau pun niat kerana perkara yang lain?
Suatu saat nanti, awak akan ditanya, untuk apa penulisan awak. Untuk apa masa yang awak pertaruhkan saat duduk di hadapan laptop dan melarikan tangan di atas keyboard?Awak cukup bertuah. Punya peluang berdakwah melalui warkah bisu. Warkah bisu inilah pelaburan jangka panjang awak dan semakin bertambah nilainya andai dilakukan atas niat yang benar dan hati yang penuh ikhlas.Awak cukup bertuah. Tidak ramai yang menggunakan teknologi kini betul-betul untuk perkara Akhirat, dan kini awak yang punya kesedaran, kenapa dipesongkan niat asal awak?
renung-renungkan. wasalam :)


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

No comments:

~Ada yang Lebih Menarik Di Sini~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Di persilakan share ilmu di atas.Hak milik Allah semuanya. Moga Allah redha :)