Blogger Widgets

~Ingat kan Pada Diri~

Kita tidak boleh ubah sesuatu yang kita lihat,tetapi kita boleh ubah diri kita yang melihatnya. Jika kita tak dapat apa yang kita suka, maka langkah yang terbaik ialah sukalah apa yang kita dapat. Itulah syukur namanya!:-)

Sunday, October 23, 2011

.:: jangan tersungkur dikaki cinta manusia ::.

‘Assalamualaikum’

Sentuhanurani ingin menukilkan beberapa rangkap dari lirik lagu ‘kalimah cinta-inteam’.
Pepohon cintaku kian merimbun,
Semakin dicantas makin bertunas,
Tidak mampu mendustai hatiku,
Rasa cinta fitrah manusia..

Siapalah aku,
Menolak cinta yang hadir dijiwa tanpa dipaksa,
Hidup ini tidak akan sempurna,
Tanpa cinta dari tuhan yang ESA..



Cinta memang fitrah tapi  apabila fitrah menjadi fitnah maka rosaklah kesucian fitrah bercinta.peliharalah fitrah yang ALLAH anugerahkan ini agar tidak dicemari dan dikotori dengan fitnah..
Apa tujuan ALLAH hadirkan rasa cinta??sudah tentu untuk kita suburkan ia dengan cinta pada ALLAH,kekasihNYA RASULULLAH,ibu bapa dan umat manusia..

Korang tengok tak drama di TV yang bertajuk ‘tersungkur di kaki cinta’?



Drama yang memaparkan kisah seorang gadis yang menjadi hamba kepada cinta manusia..wanita ni secara fitrahnya memang dilahirkan lemah fizikal.tapi tidak bermakna lemah rohaninya..hanya segelintir bunga sahaja yang mudah terpedaya dengan pujukan,rayuan dan janji manis si kumbang ini.



Maka bersorak kerianganlah si kumbang2 ini apabila dapat menghisap madu si bunga dan setelah madu habis,maka pergilah si kumbang menghinggap pada bunga yang lain.

Adakah cinta kita semurah itu?cinta pakai buang?sentuhanurani sangat simpati kepada nasib kaum wanita diluar sana..benarkah lelaki memancing disebabkan oleh dua tujuan??

YA!lelaki memancing disebabkan dua tujuan,sama ada sekadar hobi atau dibuat makanan.

Di sini sentuhanurani ingin mendedahkan rahsia pancingan seorang lelaki..sentuhanurani buat sedikit analogy dan cuba kita sama2 renungkan maksud yang tersirat.

Si pengail akan cuba menangkap ikan yang paling besar,ambil gambarnya,menunjukknnya kepada kwn2 dan melihatnya dengan perasaan kagum dan kemudian melepaskannya semula ke air. Ataupun dengan cara yang kedua,si pengail akan membawa ikan itu ke rumah,kemudian ikan itu disiang dan dipotong,dilumur dengan rempah ratus,digoreng,dihidangkan ke dalam pinggan dan dimakan.

Anda faham dengan analogi ini?pada pendapat sentuhanurani,ini adalah analogy yang tepat mengapa lelaki memancing wanita.

Persoalannya,apabila lelaki itu Berjaya menarik perhatian wanita itu,apa yang mereka akan lakukan kepadanya??
Mari kita lihat semula kaedah pancingan yang sentuhanurani sebutkan tadi.hanya ada dua jawapan kepada soalan ini. Sama ada wanita itu dilayan sebagai ikan toman yang dibuat main kemudian dilepaaskan ataupun sebagai ikan kelisa yang diibela iaitu wanita yang mahu dijadikan isteri dan ibu kepada anak-anaknya.

Fikir-fikirkan.

p/s maaf bahasa yang sentuhanurani gunakan untuk post pada tajuk JANGAN TERSUNGKUR DIKAKI CINTA MANUSIA agak mendalam..harap pembaca dapat hayati maksud yang tersirat.maaf sekiranya ada kekasaran bahasa. Ini cuma pendapat saya..    

~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

3 comments:

aimie amalina said...

tengok =]

sungguh besar makna kata cinta kan.
cinta itu suci..

janganlah menodai kesucian cinta =]

Kasih Firdaus said...

sy memohon untuk berkongsi dgn pembaca blog sy

sentuhanurani said...

alhamdulillah :)

~Ada yang Lebih Menarik Di Sini~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Di persilakan share ilmu di atas.Hak milik Allah semuanya. Moga Allah redha :)