lama jugak la tak update blog ni.dah bersawang pun blog nih..huhu..
agak sibuk jgjkla ngn hal dunia baru2 nih..alhamdulillah,rezeki melimpah2...syukur pada yg ESA..
harini nk crita tentang cinta jugak la..napa yer tertarik ngn istilah cinta ni yer?ops,jgn salah sangka..fara ni bukan lah nk jiwang plus karat..cuma isu cinta ni bg fara takkn pernah lupus smp bila2..
cinta adalah isu yg sangat lama.selama kwujudn Nabi Adam.Melihat sepasang burung yg sedang bercinta,tumbuhlah perasaan itu di dalam hati baginda.lalu Allah ciptakan Siti Hawa utk melengkapkn perasaan tersebut.
malangnya cinta kepada makanan (buah khuldi) dlm taman larangan yg mnjadi lambang nafsu khidupan duniawi menyebabkan baginda dicampakkn ke dunia..
dan cinta jugalh yg menaikkn semangat Nabi Adam dari puncak pergunungan Sri Lanka ke benua kecil India.lantas baginda mengharungi lautan belantara,melangkahi banjaran gunung ganang,menapak padang pasir dan merentas benua..
kesusahan ini mlambangkan korban pecintaan semata-mata utk bertemu keksaihnya Siti Hawa di padang arafah.sedangkan Siti Hawa cuma berkorban kesusahan penderitaan perjalanan dari Jeddah(di mana siti hawa di turunkan dr syu
rga) ke padang arafah.
padang arafah merupakan simbol penyatuan umat seluruh dunia.di situ jugalah Rasulullah menyampaikan Khutbatul wida'(khutbah terakhir) sebelum wafat.
cinta bertemu di padang arafah.kecintaan kepada Allah berhimpun di pdg Arafah.dan rasululah menyimpulkan kcintaan baginda kpd umatnya juga di padag arafah.
lihat,betapa lama isu ini sebati dalam diri manusia..bohong la kalau kt dunia ni ada manusia yg tidak pernah merasai cinta..
begitu sucinya cinta,justeru kenapa dicabuli oleh umat akhir zaman dgn perlakuan murahan.cinta akhir zaman bercampur baur
dgn nafsu kehaiwanan.namun cinta suci tetap wujud.slgi bulan dan matahari bersinar cahaya,selagi mtahri belum terbit di ufuk barat,prtembungan sifat malaikat dan syaitanini akan bertaung di medan dunia syahadah.
alamak,panjang plak intro cinta fara kali ni..
ok,skrg baru kita masuk kepada tajuk asal iaitu,"BEZANYA CINTA".
apa bezanya cinta kepada 'selain daripada Allah' krn ALLAH dgn yg bukan keranan ALLAH??
(fahamkan persoalan ni betul2 yer)
ini satu persoalan penting justeru ramai org yg
mncintai ibu bukan kerana ALLAH.mncintai isteri bukan krn ALLAH.cinta kpd kekasih bukan kerana ALLAH.jwbnya,cinta kepada ALLAH tidak memerlukan ramuan2 yg bersifat racun(dosa).cinta ini boleh trjalin kpd sesiapa sahaja.antara sesama sahabat,keluarga dan saudara mara,suami isteri,pemimpin pengikut dan sbgnya.
cinta yg 'disintesis' daripd cinta ALLAH ini juga tidak mmrlukan "perantara" yg brsifat "pysical contact" krn ia tidak brsandar kpd sesuatu yg brsifat fizikal.tp ia tetap suci dan menyucikan.
kalau cinta itu trjalin di antara lelaki atau perempuan yg belum diikat tali prkahwinan,maka mereka tidak perlu berjumpa,brcanda atau memerlukan apa saja medium yg bertentangan dgn kehendak ALLAH.cinta mereka tidak akan dikotori oleh luapan nafsu yg melanggar syariat.sebaliknya cinta tu bertaut pada rasa yg suci.ingin sama2 berganding bahu ,bersatu rasa utk bersama2 mentaati ALLAH.
tidak payah bersentuhan tangan,krn sudah pun bersentuhan hati.tidak perlu berbalas kerlingan mata krn telah pun berbalas2 doa...
rasanya byk juga remaja2 yg seumur fara yg pernah merasai frustnya bercinta (tak lari juga dgn diri fara sendiri)..rasa2 kenapa yer??
bila ditanya soalan ni,pasti bermacam2 jwpn yg akan di berikn..antra jwpnnya,'ah,lelaki or perempuan semua nya xguna!suka curang!xpernah nk setia!mata keranjang!'
huh,macam2 yg keluar dr mulut antara sengaja dan tidak sengaja.
tp kita harus sedar bahawa cinta diberikan pada anusia,ada kemungkinan cinta itu akan dirobek2 knnya..tapi kalau hati yg pecah itu diberikan kpd ALLAH(yg menciptakan cinta) nescaya dicantum-cantumkanNYA atau disembuh-sembuhkanNYA.betapa banyak cinta yg tdk berbalasatau dikhianati.gila bayang,angau dan patah hati....padahal jika hati itu deserahkan kepada ALLAH pasti diterima..
supaya tidak kecewa,kata pepatah,"mengadulah pada yg sayang,merajuklah pada yg kasih".
supaya cinta berbalas,cintailah org yg mencintai kita,bukan org yg hanya kita mencintainya.bertepuk sebelah tangan ,tak akan berbunyi.kalau hukum ini kita kuti...tentulah kita akn mencintai ALLAH.Sebab Allah memang terbukti mencintai kita,walaupun kita sering melupakanNYA.kasih tuhan kepada kita melebihi kasih ibu terhadap anaknya..
mengapa kita abaikan cinta TUHAN?sedangkan mencintaiNya pasti tidak akan dikecewakan.
hadis Qudsi drpd Rasulullah:
"jika kamu datang kepadaKU secara brjalan,nescaya Aku datang kepadamu secara berlari.jika kamu dtang kepadaKU selangkah,Aku akan dtg menghampirimu seribu langkah"
oleh itu,seorang yg bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yg tinggi kpd ALLAH,kepada Rasulullah dan barulah kepada makhluk2 lain.itulah perletakan cinta yg betul dan menguntungkan didunia dan akhirat.di dunia hati akan tenang selaras dengan janji ALLAH didalam Al-quran.
"ketahuilah hanya dengan mengingati ALLAH,hati akan menjadi tenang"(ar-ra'ad 13:28)
amalkan lah apa yg disuruh.jauhilah apa yg dilarang.tp reaitinya sekarang,bila yg buruk diamalkan secara meluas dan berterusan,terasa pula yg baik itu semacam satu kejanggalan.akhirnya yg baik nampak buruk,yang buruk nampak baik.ini bukan silap mata tapi ini silap hati.
teringat pula fara akan satu pepatah,"jangan dibawa berbincang tiga golongan manusia.pertama,yg sedang lapar,kedua yg sedang sakit dan yg ketiga orang yg sdang mabuk cinta"
kenapa??
orang yg lapar hanya memikirkan perutnya.orang yg sakit sedang derita menanggung sakitnya.orang yg bercinta pula,hanya memikirkn yg dicintainya.dia seolah2 mabuk dan sedang berada di alam yg lain.org nampak dia,tapi dia tak nampak org..huh,hebatnya penangan cinta..
kata lagu lama,"rasa cinta pasti ada..pada makhluk yg bernyawa." ya,itu betul.
tetapi "sejak lama sampai kini...tetap suci dan abadi". itu belum tentu.sebabnya?cinta pd masakini,banyak yg tak suci lg,apalagi utk abadi.cinta yg abadi hanya ada di syurga!.
kesimpulanya,sama2lah kita muhasabah diri semula termasuklah fara juga turut sama bermuhasabah...renung kembali,adakah kita benar2 meletakkn cinta kepada yg MAHA PENCIPTA lebih tinggi daripada cinta pd ap yg dicipta..(renung2kn dan fahami ayat ni betul2).
Demi Cinta Suci
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com
Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna
C/O :
Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga
Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa
Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi
Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna
C/O :
Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga
Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa
Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi
Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai
No comments:
Post a Comment