Setiap saat, setiap waktu, setiap hari, setiap detik,
para remaja di "bomb" dari segenap penjuru dengan pelbagai
bentuk godaan yang boleh merangsang mereka agar tunduk kepada nafsu.
Biasalah bila dah baligh, umur pun sudah meningkat, tanpa godaan pun keinginan
tersebut akan timbul juga secara automatik. Apatah lagi sekiranya
terdapat banyak godaan daripada suasana sekeliling. Maka secara
logiknya, pasti keinginan seksual tu boleh teransang berlipat kali
ganda malah, kadang kala ia turut berlaku pada belia yang baru
menginjak ke usia remaja lagi.
Berita baru-baru
ni mendedahkan kes remaja berumur 14 tahun secara senyap-senyap menjadikan hubungan
seks sebagai
hobi, dan ibu bapa remaja terbabit tidak tahu menahu langsung akan
hal tersebut. Perkara ini mungkin mengejutkan masyarakat yang
membacanya tetapi sebenarnya perkara sebegini
sudah banyak terjadi dalam masyarakat kita. Ini kerana
semuanya tidak mustahil apabila terdapat godaan dan rangsangan yang
terlalu banyak di media massa dan elektronik. Maka inilah akibatnya
apabila segala-galanya tidak dibendung dan segala perkara yang haram
dihalalkan. Penyebab utama yang menyebabkan keruntuhan akhlak
dan moral para remaja Islam.
Bayangkan jika sekarang ini sudah bermacam-macam perkara buruk
terjadi terhadap generasi muda ini bagaimana pula nasib generasi
muda pada masa akan datang? Berkemungkinan besar moral anak-anak
muda akan lebih hancur, masyarakat menjadi punah ranah, dan negara
akan jatuh kerana penuh dengan belia yang sudah rosak akhlaknya.
Maka apakah diantara jalan yang terbaik utk selesaikan
masalah ini? Adakah jalan utk selamatkan spiritual remaja-remaja ini?
Setelah dirujuk pelbagai risalah dan buku-buku Islamik,
yang membahaskan isu-isu semasa, dan cara-cara terbaik utk menyelamatkan
masyarakat dan anak-anak muda, kebanyakkannya mencadangkan nikah awal sebagai
satu cara untuk menghindarkan remaja daripada berterusan melakukan maksiat.
Oleh itu, sebagai masyarakat yang prihatin kita seharusnya menggalakkan
anak-anak muda supaya kahwin awal disamping menyediakan jalan untuk mereka agar
dapat bernikah dengan sah tanpa syarat-syarat yang membebankan.
Islam amat menggalakkan anak-anak muda berkahwin awal. Kerana
Islam melihat jiwa remaja pasti akan terancam lebih2 lagi dengan
pelbagai godaan yg datang. Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T
ada berfirman:
"Dan
kahwinkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu....Jika mereka miskin,
Allah akan memberi kemampuan kepada mereka.." (24:32)
Memang benar Islam mengajar kita untuk
berpuasa dan menahan nafsu, menjaga pandangan dan sebagainya, tetapi
harus diingat, bukan mudah untuk mengawal keinginan nafsu, lebih-lebih
lagi nafsu remaja. Oleh itu, perkahwinan adalah jalan terbaik untuk mereka agar
menghindarkan diri mereka daripada nafsu.
Namun perkahwinan bukanlah perkara yang mudah. Ibu
bapa sudah tentu menginginkan anak-anak mereka berjaya dalam
pendidikan, seterusnya memiliki kerjaya yang stabil dan sebagainya. Sudah
tentu ibu bapa berfikir bahawa sekiranya mereka membenarkan anak-anak mereka
bernikah awal sudah tentu jumlah wang yang terpaksa dikeluarkan tidak
terkira banyaknya. Untuk perkahwinan sahaja mungkin akan mencecah tiga puluh
ribu ringgit itu belum termasuk kewangan untuk menyara kehidupan mereka
selepas berkahwin. Maka disebabkan hal-hal ini ramai yang beranggapan
bahawa kahwin awal itu seolah-olah membebankan dan menyusahkan.
Namun, sebagai ibu bapa relakah anda melihat anak-anak remaja anda
menghampiri maksiat dan seterusnya terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak
diingini? Nauzubillah.. Bukankah lebih baik sekiranya anda mempermudahkan
anak-anak anda untuk bernikah seandainya mereka dan pasangan mereka sudah
terlalu sayang akan satu sama lain? Mungkin perbuatan tidak semudah kata-kata
tetapi kita perlu teliti semua aspek dan kesan-kesan yang bakal anak-anak anda
hadapi seandainya dibiarkan berterusan bercinta tanpa sebarang ikatan.
Maka, di sini ada disenaraikan beberapa cara untuk membantu
anak-anak muda zaman sekarang kahwin awal , yg pertama:
1."Sokongan
kewangan" daripada ibu bapa yang berkemampuan.
Ibu bapa yg berkemampuan digalakkan supaya memberi
sokongan kewangan kepada para remaja-remaja ini agar mereka
dapat berkahwin awal dan bantu mereka menyelesaikan apa-apa yang patut.
Islam menggalakkan kita untuk menolong manusia lain yang berada dalam kesusahan
sebagai contohnya membantu orang-orang miskin dan orang sakit, oleh
itu, sudah tentu sekiranya kita membantu anak sendiri membina masjid iaitu
mendirikan rumah tangga ganjarannya pasti lebih besar bukan?
2. Sokongan Masyarakat.
Masyarakat sewajarnya mewujudkan sebuah organisasi yang
menyediakan dana untuk menolong anak-anak remaja ini berkahwin awal. Mengikut
sejarah, pernah sekali, seorang lelaki ditangkap dan dibawa menghadap
Sayyidina Ali atas perlakuan yg tidak sopan. Selepas Ali menjalankan hukuman yg
sepatutnya, beliau mengahwinkan pemuda ini dengan menggunakan kewangan negara.
3. Nikah Gantung.
Iaitu
si teruna dan dara tersebut bernikah untuk menghalalkan hubungan antara lelaki
dan wanita. Majlis perkahwinan tersebut ditangguh selepas satu ketika dimana
pasangan tersebut telah mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Kebiasaannya
mereka akan tinggal berasingan untuk memfokuskan diri terhadap pelajaran dan
sebagainya. Tetapi mereka ini dihalalkan untuk berjumpa dan berpegangan
tangan, berdating dan sebagainya ini kerana
hubungan antara mereka telahpun halal jika mengikut syarak. Oleh itu
andainya mereka bercinta sakan umpama sepasang kekasih yang selalu kita lihat
berpeleseran di shopping-shopping complex sekalipun
mereka tidak akan mendapat dosa kerana mereka tidak melakukan maksiat.
Malah, seandainya mereka mengambil keputusan untuk tinggal bersama dan
melakukan hubungan suami isteri juga tidak salah malah di galakkan
didalam Islam.
4. Bernikah seperti biasa tetapi..
Cara yang terakhir adalah pasangan remaja ini bernikah dan
mengadakan majlis perkahwinan seperti biasa namun, bijak merancang kekeluargaan
agar tidak menimang cahaya mata sehingga mempunyai pekerjaan yang tetap dan
mempunyai sumber kewangan yang kukuh.
Ya,begitulah antara kaedah-kaedah yang boleh anda lakukan untuk
menggalakkan perkahwinan antara remaja agar dapat mengelak fitnah dan maksiat.
Namun, perlu diingatkan ibu bapa perlulah bersikap terbuka sekiranya anak
mereka menyatakan hasrat untuk berkahwin walaupun dikala usia masih muda.
Selaku ibu bapa anda juga perlu menasihatkan anak bahawa mereka perlu serius
dan komited sekiranya benar-benar ingin berkahwin. Ini kerana perkahwinan
bukanlah sesuatu yang mudah. Onak duri kehidupan itu pasti akan lebih terasa
selepas berada di dalam alam perkahwinan. Sabar, tabah dan keimanan yang tinggi
perlu di terapkan dalam jiwa agar perkahwinan yang dibina itu tidak berakhir
dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Selepas berkahwin, pasangan
perlulah membimbing antara satu sama lain agar dapat mendekatkan diri mereka
kepada Allah S.W.T.
Apabila kita memahami perspektif Islam yang menggalakkan
perkahwinan awal, maka insya-Allah kita akan bersikap lebih terbuka untuk
membenarkan remaja-remaja ini berkahwin awal. Andainya ada antara mereka yang
belum sempurna pendidikan agamanya, adalah baik seandainya ibu bapa mendidik
mereka dengan ilmu agama samada sebelum dan selepas berkahwin. Usahlah anda
menghalang para remaja yang ingin mendirikan rumah tangga seandainya mereka
masih belajar di Universiti atau Kolej. Yakinlah, dengan bantuan Allah sudah
tentu mereka masih boleh menamatkan pengajian masing-masing walaupun bernikah
ketika masih belajar.
Bukanlah, niat saya hendak memaksa para ibu bapa mengahwinkan
anak-anak anda diwaktu usia muda. Namun, ini adalah antara jalan terbaik yang
diajarkan oleh Islam itu sendiri. Terpulang pada anda untuk menentukan yang
mana yang lebih baik untuk anak-anak anda kerana sudah tentu anda lebih
mengenali mereka. Cuma, seandainya anda mendapati anak remaja anda sudah
terlalu sayang dan cintakan kekasihnya bukankah lebih baik untuk menghalalkan
hubungan tersebut?
Sama-sama kita merebut kejayaan !
Sumber: iluvislam.com
No comments:
Post a Comment