Blogger Widgets

~Ingat kan Pada Diri~

Kita tidak boleh ubah sesuatu yang kita lihat,tetapi kita boleh ubah diri kita yang melihatnya. Jika kita tak dapat apa yang kita suka, maka langkah yang terbaik ialah sukalah apa yang kita dapat. Itulah syukur namanya!:-)

Saturday, November 26, 2011

.:: realiti makhluk yang punya blog , ikhlaskanlah diri mu dalam segala penulisanmu ::.

"assalamualaikum"

Alhamdulillah hari yang indah ini,masih lagi ALLAH kurniakan nikmat iman dan islam ke dalam hati sanubari kita. Tanpa kita sedari,pejam celik pejam celik hari ini bukalah buku baru kita maka tertutuplah buku lama. Syukur kerana Dia masih memberi kita nafas dan pejam yang sebentar telah mencelikkan semula mata kita untuk kita terus mencari keredhaaNya di muka bumi ini. Ucaplah Alhamdulillah.

Salam Maal Hijrah buat semua. Adakah kita semua sudah sedia arif dengan apa itu yang dinamakan Maal Hijrah? Mungkin masih ada segelintir ummat Islam yang masih terkial-kial lagi dengan erti Maal Hijrah. Bila ditanyakan kepada seorang remaja Islam, apa itu Maal Hijrah? maka di tanya semula, Maal Hijrah tu macam Maulud Nabi ker? Masyaalllah.masih ada lagi yang buta dengan sejarah Islam. Sedih rasa hati. Namun,kita sebagai insan yang tahu,perlu menunjuk ajar kepada golongan yang tidak tahu. 

sampai bila kita nak biarkan sambutan "Happy New Year" lebih meriah berbanding "Maal Hijrah"? 
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr : Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud, "seorang muslim adalah orang yang tidak merugikan muslim yang lain dengan lidah,mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah" (riwayat al-bukhari)

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman 

Saya ingin berkongsi sedikit tentang "sandiwara dunia blogging" yang saya baca dari laman "iluvislam". saya tertarik dengan artikel ini. Menceritakan tentang sejauh mana keikhlasan seorang penulis blog dalam dunia dakwah. Sudah kita sedia maklum,setiap manusia memang di beri amanah "tabligh" iaitu menyampaikan. Apa yang kita nak sampaikan? Iaitu sampaikan perkara yang bermanfaat agar kita sama-sama peroleh manfaatnya.

jom kita perhatikan dialog ini,
Blogger AIsh, tak boleh jadi ni, semakin hari semakin ramai follower dia. Blog aku pun Islamik jugak, tapi kenapa blog dia lebih dapat sambutan? Menyampah aku. Dah lah ramai orang komen blog dia, menyampahnya! Sakit hati aku! Macamlah dia bagus sangat! Aku kena buat sesuatu.
Blogger BAlhamdulillah, semakin ramai yang follow, harap yang follow tu dapat manfaat. Eh, ada komen baru. Ha, apa orang ni tulis ni. Astaghfirullahal 'azim. Ya Allah, ampunkanlah dosanya. Luputkanlah hasad dengki manusia terhadap aku. Amin.
"Salam. Wei, penulis blog, kau ingat blog kau bagus sangat ke ramai follower, ramai orang komen. Blog je Islamik padahal orang bukan Islamik sangat pun. Ikhlas sikit kalau menulis tu. Hipokrit punya orang! Blah la, menyampah aku dengan kau ni."
Kenapa Perlu Dengki?
Wahai Blogger...
Kenapa perlu dengki? Kenapa perlu dengki dengan blog orang lain? Awak dengki dengan blog orang lain yang ada follower ramai? Awak dengki tengok blog dia ramai yang komen? Dan tidak seperti pengomen blog awak? Awak dengki tengok blog dia lebih Islamik berbanding blog awak? Awak dengki tengok dia pandai menulis tetapi awak tidak? Awak dengki.
Awak jangan tipu diri awak. Awak sudah tahu agama, tetapi kenapa buat begitu. Blog dia bagus, dia berdakwah melalui blog.
Kenapa awak perlu dengki?
Blog awak pun bertemakan dakwah juga, jadi kenapa awak perlu dengki? Melainkan...
Melainkan awak menulis bukan kerana Allah S.W.T.
Wahai Blogger...
Untuk apakah penulisanmu?
Awak masuk dunia blogging ini untuk apa? Untuk tunjuk awak ada banyak ilmu ke, selepas itu apabila orang lain lebih banyak ilmu daripada awak, awak tidak puas hati?
Awak jadi blogger kerana hendak tunjuk blog awak ramai pengunjung, ramai yang komen dan puji setiap post awak, ramai yang singgah, selepas itu apabila tengok blog lain lagi maju daripada awak, awak tidak puas hati?
Awak menulis itu kerana hendak tunjuk awak seorang alim, baik dan selepas tengok blog orang lain lebih alim, lebih baik daripada awak, awak tidak puas hati?
What's wrong with you?
Untuk apakah penulisanmu?
Jika itu tujuan awak, saya nasihatkan awak berhenti daripada menulis. Buang masa awak sahaja. Awak pun tahu kan, sesungguhnya setiap amalan itu disertakan dengan niat. Awak menulis untuk berdakwah. Kononnya, betul ke?
Lagi sekali, awak jangan tipu diri awak. Jika niat awak tidak betul, berhentilah. Sia-sia sahaja. Penat sahaja awak dapat.
Wahai Blogger...
Seharusnya awak rasa berbangga ada blog lain yang sama tujuan dengan awak. Niat murni hendak membangunkan Islam. Niat murni menulis untuk mengetuk jiwa-jiwa yang adakala lalai dan lupa. Yang menulis kerana inginkan keredaan Dia.
Jika awak masih tidak dapat buang hasad dengki awak itu, dan hasad dengki awak itu tidak dapat menjadikan awak lebih baik, saya betul nasihatkan awak. Berhenti sahajalah. Lebih baik awak buat sesuatu yang lain.
Menulislah Hanya Kerana Dia.
Wahai Blogger...
Saya cakap ini kerana saya sayangkan awak. Cuba awak lihat semula hati awak. Pernah awak tanya diri awak?
Awak menulis untuk apa?
Untuk dapat follower ramai?
Untuk dapat komen terbanyak?
Atau memang untuk mereka mendapat manfaat?
Pernah awak tanya diri awak semua itu?
Lagi, awak menulis untuk siapa?
Awak selalu kata kerana Allah S.W.T. Mulut dan tulisan awak kata untuk dakwah, hati awak bagaimana? Pernah awak tanya?
Jika betul kerana Allah S.W.T, kenapa perlu awak dengki? Awak renung kembali, untuk apa penulisan awak?
Apabila Allah S.W.T tanya, awak hendak jawab apa? Hanya setakat basa-basi di dunia, atau awak sedar bahawa inilah pelaburan jangka panjang awak?
Wahai blogger...
Perbetulkan niat awak. Muhasabah diri awak kembali. Menulislah kerana Allah S.W.T. Apabila benar hati awak berkata menulis kerana Allah S.W.T, tidak akan pernah terdetik rasa dengki di hati awak.
Riak dengan tulisan awak pun tidak. Jika awak menulis kerana Allah S.W.T, apabila post awak dipuji, kembalikan pujian tu kepada-Nya kerana Dia yang bagi ilham kepada awak. Kalau Dia tidak beri idea dan buah fikiran, awak tidak boleh tulis walau satu patah perkataan pun.
Jika benar awak menulis kerana Allah S.W.T, awak sokonglah blog lain yang juga mengajak untuk semakin mendekati Allah S.W.T dan tautkan ukhuwah dengan blogger lain kerana Allah S.W.T.
Jika benar awak menulis kerana Allah S.W.T, awak pasti akan tumpang gembira apabila melihat blog Islamik lain dapat sambutan.
Jika benar awak menulis kerana Allah S.W.T, walaupun blog awak tidak ramai follower dan tidak ramai yang komen, awak akan tetap rasa bahagia. Bahagia kerana dapat menyumbangkan sesuatu untuk Islam. Sekurang-kurangnya awak berusaha.
Jika benar awak menulis kerana Allah S.W.T, walaupun blog awak sedikit pengunjung, awak tetap tidak akan putus asa, kerana awak benar-benar ikhlas menulis, awak benar-benar menulis setiap patah perkataan untuk mengingatkan manusia dan diri sendiri.
Ketuk Hati Tanya Iman.
Pengajaran : Ingatlah wahai blogger-blogger sekalian,m
enulislah dengan penuh rasa ketaqwaan, tawaduk dan rendah diri. Suatu masa nanti, apabila awak akan kembali kepada-Nya, awak akan ditanya, untuk apakah tangan awak itu?
Menulis setiap entri blog dengan niat kerana Allah S.W.T atau pun niat kerana perkara yang lain?
Suatu saat nanti, awak akan ditanya, untuk apa penulisan awak. Untuk apa masa yang awak pertaruhkan saat duduk di hadapan laptop dan melarikan tangan di atas keyboard?Awak cukup bertuah. Punya peluang berdakwah melalui warkah bisu. Warkah bisu inilah pelaburan jangka panjang awak dan semakin bertambah nilainya andai dilakukan atas niat yang benar dan hati yang penuh ikhlas.Awak cukup bertuah. Tidak ramai yang menggunakan teknologi kini betul-betul untuk perkara Akhirat, dan kini awak yang punya kesedaran, kenapa dipesongkan niat asal awak?
renung-renungkan. wasalam :)


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Friday, November 25, 2011

.:: realiti:drama dakwah muharam ada class! ::.


Kepada yang terlepas untuk menonton telemovie Dakwah Muharram, bolehlah menonton segera di http://malaymoviesfull.blogspot.com/2010/12/dakwah-muharram.html .Telemovie ini dilakonkan oleh Aqasha, Lydiawati, Lyana Jasmay, kumpulan SOFAZR dan ramai lagi. Arahan Erma Fatima.

Memang menarik telemovie Dakwah Muharram.Ada mesej tersimpan dalam telemovie ini.




Sempena awal muharam yang semakin menjelang ini,pengarah erma fatima telah menyediakan sebuah telemovie yang berjudul "DAKWAH MUHARAM"..ianya telah disiarkan pada hari ini 25/11/2011 pada jam 1.30 petang..dan menurut saya drama ini telah pun disiarkan pada awal muharam tahun lalu..drama ni bagi saya sangat bagus..ade mesej yg tersendiri..membuka rahsia dunia realiti sekarang..
tidak seperti telemovie lain yang lebih mempamerkan cinta fantasi..kali ini baru first time telemovie yang saya boleh bagi '5 star'..
akhirnya,berjaya juga telemovie seperti ini ditayangkan...lebih menarik,pelakonnya pun boleh menarik penonton untuk meminati telemovie ini...
jom cerita tentang telemovie 'dakwah muharam ni'..

telemovie ini ditayangkan sempena awal muharam iaitu smbutan tahun baru bagi umat islam..

kisah bermula daripada sebuah keluarga yang sangat patuh pada agama.bapanya telah menetapkan peraturan supaya pulang ke rumah sebelum maghrib untuk solat berjemaah bersama dan makan malam bersama..abang yg sulung iaitu 'Aqasha' study di universiti al-azhar..selesai menghabiskn pengajian di mesir,dia pulang ke tanah airnya..

'aqasha' pula mempunyai seorang adik lelaki yg bernama ridzuan(vokalis sofazr).adiknya baru sahaja memperoleh keputusan spm dengan mendapat 7A dan berminat dalam bidang muzik.adknya bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke uitm dalam bidang muzik.tapi,bapanya tidak menyukai anaknya meminati muzik,yang baginya 'muzik adalah haram'.
parent 'aqsha' mahukan adknya menyambung pelajaran ke uia (UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA) dengan mengmbil jurusan 'UNDANG-UNDANG'..

'aqasha' di sini mempamerkan watak sebagai seorang pendakwah yang profesional..dia berhasrat ingin membantu anak muda yang semakin terpengaruh dengan dunia barat.

ini adalah dialog diantara ibu,wan dan 'aqasha' di laman rumahnya.

ibu: kau nak lagi ke ambil muzik kat Uitm tu?
wan : tatau la mak. dah mmg saya minat muzik
aqasha : biar je la dia ambil muzik tu, mak.
ibu : ekh, tapii, ayah kan tak suka dia ambil bidang muzik tu?
aqasha : alaa, mana la tau, dia jadikan muzik tu sebagai cara dia berdakwah ke,..InsyaAllah.. haa macam siapa tu, Maher Zain eh? haa, mak kan suka Maher Zain tu? :)
ibu : (smbil malu) ekh,.. mak suka macam tu macam tu je
aqasha : (: haa sebab orang2 macam mak ni, yang suka macam tu macam tu je la yang buat dia terkenal sampai satu dunia taw, mak :)

'ini salah satu dialog yang menarik dalam telemovie ini..'

yg paling menarik pendawah profesional ni memang mempunyai bakat menyanyi...'aqasha' join group adiknya dan offer diri utk jadi bake up vokalis kumpulan tu...paling lucu time 'aqasha' cuba untuk memasukkan unsur2 qasidah dalam muzik rock adiknya..smbil adiknya pun menggaru2kn kepala kerana pelik dengan bunyi qasidah di campurkan dalam rock...tujuan 'aqasha' join group tu hanya nak bawa adk2 dan rakan2nya utk kenal muzik dan islam...kdg2 tu 'aqasha' ade selitkn unsur2 agama time berjamming bersama adk dan rakannya..

satu scene yg 'aqasha' pegi ke pejabat JAKIM utk menyatakn hasrat hatinya..'aqasha' ingin mengadakan sambutan awal muharam dgn mengadakan konsert yg bertujuan utk menarik perhatian anak2 muda ni kenal dengan awal muharam yg semakin dipinggirkn dan dilupakan..tp pihak jakim menolak cadangan 'aqasha' dengan menyatakan yg dia ni bercakap seolah2 tak tahu hukum..kt sini kita dah nampak bagaimana perbezaannya pemikiran pendakwah yg berumur dgn yg profesional.

sewaktu pulang dari bertemu dgn pihak JAKIM,'aqasha' terserempak dgn kawanya 'fauziah gous' bersama ayahnya 'jalaludin hasan'...ayah 'fauziah gous' ni juga mempunyai pemikiran yg profesional...salah satu dialog yang saya suka time ustaz muda ni bercakap dlm scene ni.. "islam akan jd makin susah kalau birokrasi yg menyusahknnya.
islam sbnrnya mudah kalau semua org menepatinya,ikut situasi dan keadaan tanpa lari dari hukum ALLAH..."

pulang ke rumah,'qasha' cuba mnyatakan hasrat yg sama kepada ayahnya..dan berharap supaya ayahnya menyokong pendapat tersebut.

aqasha : ayah, nanti, insyaAllah, saya nak buat program dakwah
ayah : (: haa bagus lah tu. nak buat kat masjid mana tu?
aqasha : ekh, tak ayah, nak buat kat..Bukit Bintang
ayah : hahh, Bukit Bintang? macam mana pulak nak buat tu? ustaz mana yang kamu nak jemput nak bagi ceramah?
aqasha : hmmm, tak, ayah. insyallah, nak buat macam concert
ayah : concert? ekhh,..kamu biar betul.
aqasha : betul ayah. tak, sebab saya rasa, cara kita nak berdakwah tu, kena la bergantung pada sasaran dakwah kita tu.
ayah : betul tu, tapi, jangan la sampai kamu menghalalkan yang haram pulak


(saya setuju dgn pendapat aqasha)

aqasha : dan ayah, selama ni, saya rasa macam matlamat kita berdakwah tu tak tercapai. kita berdakwah kepada orang2 yang dah selalu pergi ke masjid, apa nak jadi kepada remaja kita yang dah jauh terpesong tu?

(sgt betul!)

aqasha : sampai bila, ayah? sampai bila kita nak biar remaja2 kita terus terpengaruh dgn budaya2 barat yang tak elok tu? sampai bila nak biar dorg terus terjebak dalam masalah sosial sekarang?

saya sgt2 setuju pendapat pendawah muda ni...
pemikiran org yg tidak profesional selalu menyempitkan agama ni..sedangkan ternyata agama islam adalah agama yg syumul...berdakwah boleh dlm pelbagai cara tp matlamat tetap sama...berdakwah dalam muzik..dan sy lihat sekarang banyak dah band2,penyanyi yg mula sedar dan menaikkan semula imej islam di serata dunia..salah satunya wali band dan maher zain...

ending telemovie ni,hasrat dan impian 'aqasha' terlaksana untuk mngadakan konsert awal muharam...

salah satu lagu yang menarik dipersembahkan adalah lagu 'iman dunia'..lirik oleh erma fatima..
TAHNIAH ERMA FATIMA kerana berjaya membuka minda masyarakat..dan saya rsa,ermafatima adalah pengarah yg terbaik...semoga usaha2 anda diberkati ALLAH..dan semoga berjaya meneruskan kerja2 dakwah dlm dunia seni ni ...

kepada dai'e2 di luar sana,jom sama2 kita berusaha buka minda,buka mata hati untuk meluaskan dunia dakwah ni..mudahkanlah apa yg mudah.jgn susahkan ap yg mudah...
ingat!ALLAH MENYALURKAN HIDAYAH DENGAN PELBAGAI CARA...=)

IMAN DUNIA
Tika tabir sayup terdengar
Syahdu hati mengenangMu
Ketika bertahjud terbayangkanMu
Siapakah aku disisiMu


Keasyikkan dunia peneman dukaku
Penghinaan dosaku yang telah lalu



Puasku mencari namun ku tak bertemu
Puasku jalani namun Kau takku temui
Puasku jejaki likunya tak menentu



Bara cinta terhenti sepiku tak berperi



Biarpun tiada cinta asmara laguku ini
Biarpun dikau terpisah keasyikan dunia
Tiada cinta selainNya pengubat duka lara
Tiada kasih selainNya peneman sepi jiwa



*
Hanya Dia penentunya
Hanya DIA pendamainya
Kau liputilah kalbuku
Keimanan ketaqwaan
(ulang *)



Puasku mencari namun ku tak bertemu
Puasku jalani namun Kau takku temui
Puasku jejaki likunya tak menentu



Bara cinta terhenti sepiku tak berperi



*
Hanya Dia penentunya
Hanya DIA pendamainya
Kau liputilah kalbuku
Keimanan ketaqwaan
(ulang *)



Biar tiada cinta asmara lagu ini
Biar dikau terpisah keasyikan dunia
Tiada cinta selainNya pengubat duka lara
Tiada kasih selainNya peneman sepi jiwa



Lirik: Erma Fatima
Lagu: Madee


TERIMA KASIH ^_^





~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Thursday, November 24, 2011

.:: warkah buat si dia ::.

Dear bakal suamiku,
apa khabar imanmu harini? sudahkah harimu dimulakan dengan mengucap syukur kepadaNYA kerana dapat menatap kembali melihat fanaNYA hidup ini? sudahkah air wudhuk menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang saat ini sedang kau genggam?

wahai bakal suamiku,
tahukah engkau bahawa ALLAH menyayangiku dan juga menyayangimu dengan dahsyatnya? di sini aku dididik untuk menjadi dewasa, agar aku lebih bijak menyingkapi sebuah kehidupan dan bersedia mendampingimu kelak..meskipun kadang-kadang aku keluh dan berputus asa namun kini ku rasakan diri ini lebih baik dan semakin terubat dengan janji-janjiNYA..kadang-kadang aku tertanya mengapa ALLAH menguji tepat ke hatiku? namun kini,aku tahu jawapannya,ALLAH tahu di mana tempat yang paling tepat agar aku kembali mengingatiNYA dan kembali melabuhkan cinta kepadaNYA..aku bersyukur,aku bahagia.. :)

ujian demi ujian membuatkan aku menjadi lebih tabah sehingga saat suatu hari nanti kita bertemu,kau bangga telah memiliki aku dihatimu.

bakal suamiku,
entah dimana dirimu sekarang. tapi aku yakin,ALLAH juga mencintaimu sebagaimana DIA mencintaiku. aku yakin DIA kini sedang melatihmu menjadi mujahid yang kuat dan tabah hingga aku pun bangga memilikimu  kelak..

apa yang ku harapkan darimu adalah kesolehan..semoga engkau juga begitu..kerana apabila kecantikan yang kau harapkan dariku,kau hanya peroleh sesuatu yang sia-sia yang tidak kekal lama.aku masih dahagakan ilmu..namun berbekalkan ilmu yang ku ada saat ini, aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan ALLAH dan dirimu,suamiku..

wahai bakal suamiku,
saat aku masih menjadi asuhan abah dan ibuku,tak lain doaku agar menjadi anak yang solehah. agar nanti kelak akan menjadi pertolongan untuk keduanya di akhirat. namun nanti setelah menjadi isterimu, aku harap menjadi pendamping yang solehah. agar kelak di syurga cukup aku menjadi bidadarimu,mendampingi dirimu yang soleh.

aku ini seorang wanita yang kuat cemburu. tapi jika ALLAH dan rasulullah lebih kau cintai daripada aku,aku rela. aku harap begitu pula dirimu. aku yakin,kaulah yang ku perlukan,meskipun nanti engkau bukanlah orang yang ku harapkan.

bakal suamiku yang aku hormati,
apabila sebuah pondok menjadi perahu pernikahan kita,takkan ku namai dengan pondok derita..kerana itulah medan dakwah kita dan akan indah jika kita hiasi dengan cinta dan kasih..ketika kelak telah lahir generasi penerus dakwah islam dari hasil pernikahan kita, bantu aku untuk sama mendidiknya dengan harta yang halal,dengan ilmu yang bermanfaat terutama dengan menanam ke dalam diri mereka untuk taat kepada yang MAHA PENCIPTA.

bunga akan indah pada waktunya.iaitu ketika mekar menghiasi taman.maka kini,sedang ku persiapkan diri ini sebaik-baiknya..bersedia untuk menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku..
kini aku sedang belajar untuk menjadi yang terbaik..meskipun bukan ummat yang terbaik,tetapi setidak-tidaknya menjadi yang terbaik disisimu kelak..

bakal suamiku,
inilah sekilas harapan yang kuukirkan dalam rangkaian kata..seperti kata orang,tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata-kata.itulah yang kini ku hadapi.saat kelak apabila kita bersama,maka disitulah kau akan memahami diriku yang akan belajar memahamimu.

bersabarlah bakal suamiku,
doaku selalu agar ALLAH memudahkan jalanmu untuk menjemputku menjadi bidadarimu. semoga ALLAH sentiasa menjagamu..

cukuplah sekadar ini sahaja yang mampu ku coretkan buatmu bakal suamiku..
salam cintaku untukmu..


p/s sentuhanurani : sahabatku,mintalah teman yang soleh @ solehah dalam sujud terakhirmu ketika tahajud kerana ia mampu menguatkan kakimu ke jalan ALLAH..sahabatku,disekeliling kita wujud banyak hati-hati yangkosong dan rindukan sentuhan iman dari teman yang soleh dan solehah..mulakan dengan menjadikan dirimu penawar kepada mereka semua,penghidup hati-hati yang gersang..banyakkan memberi dari mengharap..biarlah diri kita tidak dihargai,asalkan kita menghargai orang lain kerana kelak ALLAH pasti mengurniakan yang sebaik-baiknya untuk kita:)




~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

.:: jodoh dan takdir ::.


Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan 
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan



p/s : semoga anda semua dikurniakan pendamping yang menyejukkan mata...insyaallah..mohonlah kepada yang ESA....

~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

~Ada yang Lebih Menarik Di Sini~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Di persilakan share ilmu di atas.Hak milik Allah semuanya. Moga Allah redha :)