Blogger Widgets

~Ingat kan Pada Diri~

Kita tidak boleh ubah sesuatu yang kita lihat,tetapi kita boleh ubah diri kita yang melihatnya. Jika kita tak dapat apa yang kita suka, maka langkah yang terbaik ialah sukalah apa yang kita dapat. Itulah syukur namanya!:-)

Thursday, February 9, 2012

.:: Duhai Duri Semalu ::.

~ayunya wanita kerana malunya~
Pernah lihat pokok semalu? Pokok yang apabila didekati,dia menguncup. Sebab pokok ni sensitif sangat. Tapi,jaga-jaga ianya berduri. Kalau tertusuk durinya, ouchh...SAKIT! Pohon semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi.Dan Pernah tanya dalam diri tak,kenapa Allah jadikan pokok semalu macam tu sifatnya?

Sifatnya persis seorang wanita yang menjaga peribadinya. Yang punya duri yang tajam untuk melindungi tubuhnya dari di sentuh oleh mana-mana tangan yang berbisa. Walaupun pokok semalu tu tiada fungsi untuk digunakan tapi,Allah jadikan ia untuk di ambil pengajaran dari sifatnya. Hebat! sepohon pokok mampu mendidik jiwa. :)

Percaya atau tidak bahawa panahan mata seorang wanita lebih tajam dan merbahaya dari tembusan panahan yang berbisa? Oleh itu,awasilah selalu agar tidak terkena panahan matanya.

Duhai wanita,
Sungguh hebat panahan matamu dimata lelaki. Sungguh mahal dan berharga. Tapi mengapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu terlalu agung dimata lelaki dan terlalu mulia di sisi Penciptamu. Namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan dirimu sendiri. Menjadi wanita adalah satu anugerah yang paling indah. Seharum manapun wangian kasturi,tidak mampu untuk menandingi wangian budi pekertimu. Lembutnya gumpalan kapas masih tewas dengan kelembutan tingkah laku mu. Halusnya butiran pasir,belum tentu menandingi halusnya pertuturanmu. Adakah kau masih tidak bersyukur dengan keindahan ini?

Duhai wanita,
Sebenarnya,maruah diri yang kau galas lebih berat daripada sebuah batu yang besar. Kau menepis setiap godaan nafsu dunia yang datang bersilih ganti dan hampir menyebabkan engkau jatuh tersungkur namun,kau hadapi dengan penuh kesabaran. Percayalah wanita, akan ada kebahagiaan di akhir deritamu jika kau berbentengkan kesabaran.

Wanitaku,
Terima sahaja makian,dan cacian yang datang bersilih ganti ibarat halilintar yang singgah dicuping telingamu. Terima sahaja dengan senyuman dan ambil sebagai halwa telinga yang mengajarkanmu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan yang sumbang, dari bibir yang sumbing yang ingin melihatmu jatuh tersungkur. Percayalah akan ada kemanisan yang hadir dari bibir orang-orang yang beriman. Asalkan benteng kesabaranmu masih kukuh berdiri. Jangan sesekali engkau runtuhkan!

Saudara wanitaku,
Imanmu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu di setiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan ada ombak yang meruntuhkan benteng imanmu. Jangan kau gadaikan maruahmu yang tiada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tak mungkin kau peroleh. Andai kata kau pernah tersungkur, segeralah bangkit. Jika kau tersasar jauh dari landasan hidupmu,atur kembali langkahmu bersama kekuatan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Jangan sesekali menganggap kau tiada peluang kedua. Allah pasti mengampuni kerana kita hanya manusia biasa yang tak lari dari kesilapan dan pasti akan kembali kepada fitrah semulajadi.

Jangan bersedih wahai wanita..
Jika engkau tidak peroleh apa yang kau inginkan di dunia ini, kerana syurga itu pasti menantimu. Lihat keteguhan iman Sumaiyyah, ketika di hunuskan tombak yang tajam menikam,namun iman didadanya sedikit pun tidak berubah. Demikian jugalah bulat imanmu harus kepada penciptaMu.

Wanita, biar tawadukmu lebih menggunung daripada kejelitaanmu. Biar keayuanmu lebih terpancar dek kerana lemah gemalainya peribadimu. Biar kebijaksanaanmu lebih terpampang oleh tingginya ilmu mu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya masyitah pada tuhannya. Agungnya kasih Khadijah pada agamanya dan perjuangan srikandi-serikandi terdahulu. Jadikan agamu sebagai tunjuang yang memperkasakan akidahmu.

Ya Allah jadikan kami wanita yang paling bahagia di sisiMu. Ampuni segala kekhilafan diri ini. :')

~Sentuhanurani: Peganglah kata-kata ini, "kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan. Sekali kau jatuh,terus bangun! Kisah silam mengajar siapa aku disisiMu "~





~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

No comments:

~Ada yang Lebih Menarik Di Sini~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Di persilakan share ilmu di atas.Hak milik Allah semuanya. Moga Allah redha :)