Blogger Widgets

~Ingat kan Pada Diri~

Kita tidak boleh ubah sesuatu yang kita lihat,tetapi kita boleh ubah diri kita yang melihatnya. Jika kita tak dapat apa yang kita suka, maka langkah yang terbaik ialah sukalah apa yang kita dapat. Itulah syukur namanya!:-)

Saturday, February 11, 2012

.:: Mencari di manakah bahagia ::.

Apa itu "bahagia"?
Kalaulah ada manusia kata,"alangkah bahagianya kalau aku tak bahagia". Maka sudah tentu dia tidak siuman lagi kerana bahagia itu fitrah bagi setiap manusia. Tak ada sorang pun manusia yang tidak inginkan kebahagiaan. bahkan apa-apa sahaja yang diusahakan pasti matlamatnya untuk mencapai bahagia!

Tapi malangnya,keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia yang sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkannya.

Sentuhanurani sendiri dahulu pernah tersungkur ke lembah bahagia yang palsu. Kerana apa terjadi begitu? Kerana tidak mengetahui apa sebenarnya bahagia yang kita inginkan.


Sentuhanurani ulang semula soalan tadi. Apa erti bahagia?
Ada kalangan kita yang beranggapan erti bahagia ni berubah-ubah. Bila sakit,sihat tu dirasakan bahagia. Bila dah sihat,kebahagiaan tu bukan lagi pada kesihatan,ianya sudah beralih kepada perkara yang lain pula.

Tapi ada pula yang beranggapan,tidak ada kebahagiaan di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Mereka kata,manusia dilahirkan bersama tangisan,hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur bersama dengan tangisan juga. Macam-macam tanggapan manusia tentang bahagia.

Tetapi bagaimana mereka terlibat dengan masalah-masalah sosial seperti zina,arak,dadah, jenayah, masalah rumah tangga cerai-berai,sakit jiwa,bunuh diri? Ini sudah tentu tidak bahagia. Jika mereka bahagia dengan nama,harta, dan rupa yang dimiliki tentulah mereka tidak akan terlibat dengan semua kekacauan jiwa itu. Tentu ada "sesuatu yang hilang" di tengah lambakan harta,rupa yang cantik dan nama yang popular.

Cuba kita lihat analogi antara air limau dan luka di tangan. Air limau itu umpama "ujian" hidup,manakala tangan yang luka itu ibarat "hati yang sakit". Hati yang sakit adalah hati yang penuh dengan sifat2 yang tercela. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sifat mazmumah yang sedia bersarang dalam hati. Apabila diuji dengan cercaan manusia,timbullah rasa kecewa,marah atau dendam. Apabila diuji dengan harta pula,muncullah sifat tamak,gilakan pujian dan takbur.

Inilah erti "Bahagia" sebenar:
"Hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan".

"Ketahuilah dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang" (Surah al ra'd:28)

Rasulullah bersabda: "Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik,maka baiklah seluruh badan,tetapi apabila ia rosak maka rosaklah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati."

Rasulullah bersabda lagi yang bermaksud: "Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati".

Bagaimana cara untuk mencari bahagia? 
Sentuhanurani nak kogsikan antaranya:
~Beriman dan beramal soleh.
~Banyak mengingati Allah.
~Bersandar kepada Allah.
~Sentiasa mencari peluang untuk berbuat baik.
~Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.
~Melihat kelebihan disebalik kekurangan.
~Jangan mengharap ucapan terima kasih manusia.


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

No comments:

~Ada yang Lebih Menarik Di Sini~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Di persilakan share ilmu di atas.Hak milik Allah semuanya. Moga Allah redha :)