Salam Jumaat
Ramai yang pertikaikan, "pakai je tudung labuh,perangai bukannya baik sangat pun". Kata-kata begini sering dilontarkan kepada gadis-gadis bertudung labuh. Sedarkah semua bahawa setiap manusia biasa tak terlepas dari melakukan dosa. Kami sedang berusaha untuk perbaiki diri kami. Doakan semoga kami dapat menjadi srikandi-srikandi Islam terdahulu sebagai contoh dalam hidup kami.
Semoga dengan bertudung labuh, ia boleh menjadi satu galakan kepada diri ini sentiasa memperbaiki diri dari semasa ke semasa kerana kita sering menjadi perhatian masyarakat sekeliling.
Jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan dari kami kerana kami juga manusia biasa yang sedang memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik walaupun tidak sempurna. Tudung labuh adalah satu usaha mulia dalam mematuhi firman Allah yang mewajibkan setiap insan bergelar wanita yang baligh menutup aurat mereka. Melindungi mahkota indah dari pandangan bukan muhrim.
Jangan kau sangka labuh tudungku tanda alimnya diriku. Aku juga sepertimu,masih mencari-cari segenap cahaya,buat menerangi sepanjang perjalanan. Kerana tudungku ini bukan sekadar menutupi tetapi juga melindungi, jua mengingatkan diri ini menjaga setiap gerak geri kerana akhlak itu bunga diri.
Satu hal lagi yang saya perasan,pakaian akan mengawal tingkah laku saya. Bila saya memakai T-Shirt dan seluar,saya suka berlagak lelaki. Hatta di dalam rumah sekalipun. Tapi bila memakai tudung labuh,berjubah atau baju kurung,saya rasa lebih feminin. Langkah saya lebih terjaga. Tidak melompat ke sana ke mari. Indahkan?^^
No comments:
Post a Comment