Saya teruja pada kata-kata Syaidatina Aisyah ketika ditanya tentang ciri-ciri wanita mulia, iaitu yang tidak dikenali dengan perkataan yang mengaibkan (mulut celupar) dan tidak terpedaya dengan tipu muslihat lelaki.
Bagiku,wanita solehah perlu arif tentang tabiat dan perlakuan kebanyakan lelaki. Otak mereka licik dan suka mengambil kesempatan. Habis madu sepah dibuang. Wanita yang mudah dimiliki,senang pula di permainkan dan dipersiakan. Wanita yang berhati-hati akan mendapat nilaian yang tinggi.
Wanita yang bijak,akan berjaya menangkis tipu muslihat lelaki. Itu sifirku. Jika wanita sebegini dijadikan isteri, dia akan bertindak bijak juga dalam menggalas amanahnya sebagai isteri dan seorang ibu.
Duhai Adam,
Jangan kau beri layanan yang special kepada wanita jika tiada niat untuk menjadikannya yang SAH dan HALAL. Wanita ini lain sedikit. Cepat perasan dan mudah jatuh hati. Jangan letak harapan sekiranya hati tidak yakin. Jangan beri harapan pada yang mudah menyeraop harapan. Hati wanita ini seperti kaca. Mudah pecah. Bila sudah terluka sukar untuk dirawat kembali.
Duhai kaumku Hawa,
Jangan berharap terlalu ttinggi pada lelaki yang kamu sayangi. Kerana bila kecewa datang ia boleh menyakiti hati dan dirimu dengan dahsyat sekali. Jadilah wanita yang tegas, mahal, dan tidak mudah untuk menerima cinta dari seorang lelaki yang belum sah menjadi milikmu.
Kata Ibnu Qayyim, cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab. Ini prinsip yang cuba ku pertahankan. Kerana dengan Allah sahaja aku boleh merasai nikmat cinta yang tidak mengecewakan. Insyaallah. Semoga kita merasai dan menghargai perasaan ini.
1 comment:
hi farahin .. uncle singgah dan follo disini..sorri chatbox kena sekat kat opis..hihihi
Post a Comment