Assalamualaikum..
Pernah tak korang rasa macam susah sangat nak memahami apa yang guru ajar? Rasa susah sangat nak ingat ilmu yang diajar. Sentuhanurani ada satu kisah ringkas yang menceritakan tentang, bagaimana cara agar kita dapat peroleh ilmu supaya sinaran cahayanya menembusi dada kita?
Semasa Imam Syafi'e menjadi seorang pelajar, beliau pernah mengeluh kepada gurunya, "mengapa ilmu yang sedang ku pelajari, susah sangat untuk ku memahami dan sering kali lupa?"
Gurunya pun menjawab, "ilmu itu ibarat cahaya,ia dapat menerangi gelas yang jernih dan bersih". Maksudnya, ia tidak dapat menerangi hati yang keruh dan banyak maksiat.
Sekiranya hati kita bercahaya, Subahanallah.. pasti hidup kita akan rasa indah,aman dan ketenangan yang teramat sangat.
Namun,jika hatimu diuji, janganlah kau tersungkur. Yakinlah bahawa Allah ada bersama kita semua. Menangislah jika itu yang membuatkan hatimu lebih tenang. Kerana Allah kasih kepada kita,Allah ciptakan air mata.
Sahabat..kadang-kadang,orang yang paling gembira itu, adalah orang yang paling sedih sebenarnya. Kenapa? Kerana dia sedang menyembunyikan kesedihan dengan gelak tawanya tanpa orang lain menyedarinya.
Carilah kunci untuk hatimu peroleh ketenangan yang mampu ditembusi oleh cahayaNya. Insyaallah, Allah tidak pernah sesekali mentakdirkan sesuatu itu dengan sia-sia.
No comments:
Post a Comment