"Hasbi rabbi jalallah,mafi qalbi ghairullah,nur Muhammad salallah, lailaha illallah ".
Duhai hati,
Apa yang kau cari. Isimu sangat banyak terluka. Kisahmu penuh sengketa. Cukuplah dengan tipu dusta. Tidak perlu kau menadah, untuk jiwa yang tak pernah ambil kisah. Untuk Sang Arjuna yang hanya sekadar singgah. Lupakan dia, janjimu jangan sesekali kau lupa. Untuk dia yang tak diketahui siapa.
Duhai hati,
Relakan hatimu dengan takdirnya. Serahkan hidupmu ke jalanNya. Ikhlaskan jiwa mu dengan dugaanNya. Yakinlah pasti kau temui bahagia. Usaplah air matamu dan leraikanlah semua kekecewaanmu.
Duhai hati,
Kepada Allah lah hati ini dituju. Rahmatnya masih jauh untuk ketemu. Namun kasihNya sentiasa bersamamu. Namun, berusahalah untuk dekatkanNya denganmu. Terlalu jauh langkah ini berlalu. Terlalu banyak dosa yang melingkari tubuhku. Tapi ketenangan masih dirindu. Oh,hinanya sendu. Sendu yang bukan selayaknya perlu. Ampunkan dosaku!
Ya Allah!
Ampunkan hati yang hina. Tolong ingatkan semua yang alpa. Berusaha untuk berhijrah mencari redhaNya. Hanya itu yang ku damba.
Ya Allah!
Hatiku penuh cela. Hijabku belum lagi sempurna. Kataku masih lagi penuh dengan nista. Jiwaku masih diulit dosa. Mengenang kasih yang tak sudah. Mengenang cinta yang tak endah.
Namun ya Allah,
Berapa lama pun jarak hati ini menjauh, berapa banyak dosa pun yang melingkari tubuh, jangan Kau palingkan hati ini, jangan sesekali biarkan ianya jemu, untuk terus berhijrah padaMu, hanya Engkau Tuhan yang satu.
Dalam rahmatMu ini, yang masih Kau pinjamkan lagi, semoga masih ada sinar yang menyinari, cahaya yang tak akan malap lagi, untuk menyinari hati yang masih sendiri.
Lembaran baru akan dibuka. Pastinya penuh suka dan duka. Namun ketabahaan akan terus dipinta. Cukuplah Allah sebagai tempat meminta,yang tidak pernah lupa dan juga lena kerana kasih sayangNya tidak pernah terduga.
Berkati hati ini ya Allah,berharap ada sinar di hjung sana.
Amin.
No comments:
Post a Comment