Assalamualaikum
Lama dah nak tulis tentang pengalaman cuti sem ni. Tapi bila difikir-fikirkan, lebih baik tunggu betul-betul habis cuti sem ni,baru mula menulis.
Okey, untuk pengetahuan semua, Sentuhanurani sudah bercuti selama 3 bulan sempena cuti semester ni. Ha, 3 bulan?? Lamanya! Mesti ramai yang cakap macam tu kan? hehe
Actually,ada 'short semester'. Tapi disebabkan Sentuhanurani tak bercadang nak ambil 'short semester' memandangkan subjek yang tinggal hanya tinggal 3 je lagi,so baik habiskan 3 subjek tu waktu 'final sem' nanti kan?So, honeymoon panjang la saya dalam 3 bulan ni.
~Kenduri kahwin Along Naim~
Salah satu sebab saya ambil keputusan cuti 3 bulan ni sebab nak bantu along uruskan majlis kahwinnya. Yelah,almaklumlah ini majlis perkahwinan pertama dalam keluarga kami. Banyak yang perlu disediakan. tanggal 17 November 2012, along dan kak Raihan (kakak ipar) dah selesai diijabkabulkan di Bagan Serai.
( ini gambar kami semasa kenduri di rumah belah kak An)
- mana satu saya ye?-hihi
Kenduri di rumah kami pula 2 Disember 2012. Alhamdulillah,ramai yang datang. Saya pun dapat jumpa cikgu-cikgu lama. Yelah,saya ni sama sekolah dengan along dari sekolah rendah lagi. So,tetamu yang dijemput pun,rata-ratanya cikgu saya juga.
~Bercuti ke Pulau Langkawi~
Selepas selesai semua urusan kenduri kendara ni,abah plan nak bawa kami bercuti ke Langkawi. Actually,sebulan sebelum tu dah booked tempat penginapan. 6 disember kami bertolak ke Langkawi. Bertolak petang dan sampai ke jeti Kuala Perlis jam2 pagi lebih kurang.
Sementara nak tunggu jeti tu buka,kami semua melepaskan kepenatan tidur dalam kereta je. hehe. Kami beli tiket feri awal pagi jam7 kami dah bertolak ke Langkawi setelah selesai solat subuh di jeti.
(Abah yang keletihan,sambung tidur dalam feri)
Perjalanan menaiki feri lebih kurang 45minit. Sampai je Langkawi,kami terus ke tempat car rental. Sebelum tu,kami dah buat tempahan kereta sewa awal time kat jeti lagi. Kami minta Avanza. Setelah dirunding-runding tawar menawar,dapat la harga sehari sewa rm160.
Sampai kat syarikat kereta sewa tu,kami diberitahu Avanza tak sampai lagi. So,syarikat tu bagi kami van nissan venette (betul ke saya eja ni?) Ni part yang lucu. Maybe van tu da lama sangat,tengok keadaan pun dah tahu. Time bawa pun bunyi dah semacam. kami decide untuk pergi cari breakfast dulu di tempat yang berdekatan dengan tempat penginapan kami. Alhamdulillah,makanan kat sana harga murah murah. I like! :)
Lepas habis je breakfast,kami bercadang nak pusing-pusing Langkawi dulu sebab ikutkan kami check in jam 3 petang. Nak dijadikan cerita,tiba-tiba van tu tak boleh start! Adus! Banyak kali la abah try. Sudah ku jangkakan dalam hati,mesti jadi macam ni sebab tengok keadaan van tu pun saya dah jangka akan jadi benda-benda macam ni. Terlupa nak tangkap gambar van tu sebab dah kalut van tak boleh start.
Mujurlah kami memang dah dekat betul-betul kat tempat penginapan kami. Saja tanya di kaunter,dah boleh check in ke. Alhamdulillah,jam10 pagi tu kami difahamkan bilik tu memang kosong. Bermakna kami boleh check in awal. Abah pergi uruskan van tu dan terus dapatkan Avanza yang kami dah booking tu.haha
Mujurlah kami memang dah dekat betul-betul kat tempat penginapan kami. Saja tanya di kaunter,dah boleh check in ke. Alhamdulillah,jam10 pagi tu kami difahamkan bilik tu memang kosong. Bermakna kami boleh check in awal. Abah pergi uruskan van tu dan terus dapatkan Avanza yang kami dah booking tu.haha
Korang kalau nak bercuti ke Pulau Langkawi ni,korang perlu buat persediaan awal terutama tentang kereta sewa. Kena buat kajian sikit sebelum pergi. Tengok mana Syarikat yang sediakan perkhidmatan terbaik. Jangan jadi macam kami. hihi.
Okey,tak nak cerita panjang sangat tentang langkawi. Ini ada sedikit sebanyak gambar kami di sana.
~Keluarganya datang berkunjung~
Pertemuan pertama saya bersama ibu bapanya sewaktu sebelum
cuti semester lagi,buatkan saya
membuka hati melihat akhlaknya dan menilai kesungguhanya untuk mengenali saya. Dari
Sabah dia pulang menziarahi ibu bapanya di Kuala Kangsar dan berusaha membawa
ibu bapanya menziarahi ku di UIA. Pertemuan pertama ini yang benar benar
membuka lembaran ini. Dia yang tidak berapa ku kenali, berani gagah menyatakan
hasrat kepadaku dengan bertemankan ibu dan ayahnya. Cabaran saya pada dia supaya
approach wali saya dahulu sebelum approach saya,Alhamdulillah di sambut baik
olehnya.
Keluarganya datang berkunjung ke rumah seminggu sebelum kenduri along. Dia
memang sengaja ambil cuti bagi hilangkan stress kerjanya. Almaklumlah kerja
macam dia,stress tu memang dah jadi macam kawan baik lah katakan. Hehe.
Memandangkan dia pun dah lama tak pulang ke rumah jenguk ibu bapanya,memang
patutlah dia ambil cuti atas kewajipan itu. Dia bawa ma dan ayahnya ke rumah
ku. Aku pun kelam al kelabut la sikit menyediakan juadah yang terbaik untuk
tetamu.
Kali pertama kedua ibu bapanya menjejakkan kaki ke teratak
syurga kami sekeluarga. Alhamdulillah, aku cuba berikan servis yang terbaik
untuk tetamu. Rasulullah pun ada kata tetamu datang kita ‘wajib’ beri layanan
yang terbaik. Kedatangan tetamu membuka pintu rezeki kita sebenarnya.
Orang tua bersembang,orang muda jangan menyampuk. Tak sopan
namanya. Setelah selesai menghidang segala juadah di ruang tamu,saya pun
berlalu ke dapur. Biarkan mak dan abah berkenalan dengan mereka.
Dalam hati,saya bahagia dan punya sebuah ketenangan apabila
melihat kedua belah keluarga mengerat silaturrahim. Siapa sangka,dia yang saya
tak pernah terfikir hadir dalam hidup saya,tiba-tiba bertandang dengan yakin
menghadap kedua orang tua ku.
Bila difikir-fikirkan, rasa tak masuk akal pun ada. Tetapi
aturan Tuhan tu sememangnya indah. Setelah istikharah yang ku usahakan,sebegitu
mudah Allah permudahkan aturan jalan ini. Begitu tenang saya menerima takdir
yang bakal melengkapkan kehidupanku. Entah bagaimana ada kekuatan untuk saya
mengenali keluarganya dengan lebih rapat dan begitu juga dia. Saya yang pemalu
sangat sangat ini, boleh mudah berkenalan dengan keluarganya?? Seperti dah
bertahun kenal! Subahanallah hebatnya Allah yang mencipta hati ini.
Dianugerahkan ketenangan buatku untuk berhadapan ,berbual,berkongsi cerita dan berkongsi
masalah dengan mereka.
Kali pertama pula saya bermalam di rumah orang tua nya ditemani
adik bongsu ku (dia TAK ADA la,kalau dia ada,mustahil lah saya nak bermalam kat
rumah dia kan?). Memandangkan dia hanya anak tunggal dalam keluarganya,apabila
dia meneruskan perjuangan kerjayanya,sudah menjadi tanggungjawab saya untuk
menziarahi orang tuanya. Tambah-tambah
tengah cuti semester ni. Alhamdulillah,banyak yang saya pelajari dari ma dan
ayahnya.
Dua kali jugalah saya bermalam di rumah ma ayah nya. Dalam
bulan Disember dan Januari ni. Kesyukuran yang melimpah ruah ku panjatkan
kepada Allah yg maha kaya dengan Kasih sayangNYa. Layanan keluarganya sangat
baik terhadapku. Ibu nya yang sangat penyayang. Ayahnya yang sangat perihatin.
Sudah ku anggap seperti keluargaku sendiri.
Apabila ayahnya solat di masjid,saya akan solat berjemaah
dengan ibunya. Saya rasa sebuah ketenangan yang tak terhingga tiap kali
berjemaah dengan ibunya. Sama dengan ketenangan sewaktu berjemaah dengan
keluargaku di rumah. Benarlah kata Allah, kekuatan tu akan hadir bila hati
bertaut dalam Jemaah lebih lebih lagi dalam solat Jemaah. Tiap kali pulang dari
rumahnya,ibunya pasti akan beri macam macam lah sebagai buah tangan. Yang
paling saya rasa teruja,tiap kali ibunya berikan barangan tentu barang tu
seolah2 diukur dibadan ku. Jubah yang memang mengikut saiz saya,gelang yang
memang mengikut pergelangan tangan saya. Sedangkan tak pernah diukur atau ditanya
oleh ibunya tentang saiz ku. Dan juga
apa yang diberi memang mengikut citerasa saya. Alhamdulillah ini semua kerja
dan aturan Allah juga.
Kataku pada ibunya, “makcik selalu beri barang-barang pada
fara,tapi fara belum mampu lagi nak belikan apa apa untuk makcik. Rasa berat
hati pula nak terima”.
Ibunya membalas, “siapa kata fara tak beri apa apa pada
makcik?fara ada beri sesuatu pada makcik iaitu jaga (____) dan sayang dia
sampai bila bila”.
Balasku pula, “in Sha Allah,kita sama-sama berdoa moga
ikatan ini dalam redhaNya dan terus berkekalan sampai ke Syurga”
Allah,hatiku tak berhenti henti mengucapkan syukur padaMu. Biarlah aku tak berapa mengenali mu,cukup aku
mengenali akhlakmu. Biarlah aku mengenalimu melalui penilaian ibu bapamu. Itu lebih membahagiakan. J
Okey,sekarang ni saya dah pun berada di Pusat Asasi UIA bagi
menyambung semester terakhir saya di sini. 20 Januari 2013,tamatlah cuti
semester 3 bulan saya ni. Doakan semuanya baik baik ya. Dikuatkan
Iman menghadapi segala ujian dalam perjuangan menuntut ilmu ni.
Eh,korang mesti tertanya-tanya siapa “dia” yang saya
maksudkan dalam cerita tadikan? So,korang kena lah selalu baca entri akan
datang untuk tahu siapa “dia”!. Jeng jeng jeng.. Nanti saya sambung cerita
tentang kursus perkahwinan sebelum saya pulang ke UIA. Okey,tunggu!
Sebelum tu saya nak kongsikan sedikit senikata lagu ‘wanita
by dehearty’.
Kau digelar sebagai
penyeri dunia
Hadirmu melengkap
hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui
yang biasa
Malah Adama turut
sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis
bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan
limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca
yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan
iman yang teguh
Tercipta engkau dari
rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk
dialasi
Bukan dari kepala untuk
dijunjung
Tapi dekat dibahu
untuk dilindung
Dekat jua di hati
untuk dikasihi
Engkaulah wanita
hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya
bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari
kayu yang bengkok
Begitulah peribadi
yang dibentuk
Didiklah wanita
dengan keimanan
Bukannya harta
ataupun pujian
Kelak tidak derita
berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita
istimewa
Sedarilah insan
istimewa
Bahawa kelembutan
bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan
dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan
kecantikan
Salam sayang kerana Allah dari cik sentuhanurani.
No comments:
Post a Comment