Wahai syabab ( pemuda ),
Laksanakanlah tanggungjawabmu,
Terhadap wanita yang patut kamu lindungi,
Bukan untuk kamu cercai.
Sedarkah syabab..
Bahawa wanita itu jiwanya lembut,
Lembutnya umpama kapas,
Biarpun kelihatan seperti buluh yang kaku,
Biarpun kelihatan garangnya Sang Mentari,
Hakikatnya syabab..
Apabila engkau menegur seorang wanita yang melakukan kesilapan,
Dia pasti malu dan tak akan mengulangi lagi,
Sekiranya dia melawan katamu,
Ketahuilah bahawa hatinya terdetik,
Rasa bersalah tanpa engkau ketahui.
Namun kini..
Syabab tidak pernah melaksanakan tanggungjawabnya,
Apabila wanita membuka auratnya,
Pandanganmu terus menyapu tubuhnya,
Apabila wanita itu membuat kesilapan,
Engkau bukan sahaja tidak menegurnya,
Malah engkau ambil kesempatan atas dirinya.
Sedarkah engkau,
Bahawa sekeras mana seseorang wanita,
Mereka akan malu dan tunduk,
Apabila seorang lelaki mengajaknya kepada agama.
Duhai syabab..
Sesungguhnya kekuatan agama islam,
Terletak ditanganmu,
Engkau pemimpin besar dalam semua hal.
Oleh itu, jagalah agamamu agar terbentuk islam yang sebenar.
Duhai banat,
Engkau di jadikan Allah dengan keistimewaan yang tiada bandingnya,
Janganlah engkau bangga dengan keistimewaan itu,
Dengan menayangkan perhiasan yang Allah anugerahkan itu kepada yang bukan berhak.
Duhai gadisku,
Kasihanilah syabab agamamu.
Mereka terpaksa mengutip dosa dosa dijalanan apabila melihat "perhiasan" yang engkau hidangkan,
Kasihanlahilah mereka yang berusaha menjaga imannya,
Duhai muslimahku,
Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand,
Tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan,
Tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani,
Tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,
Dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.
Muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul,
Tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergauli.
Duhai Pemuda dan Gadis Agamaku,
Sama samalah kita perbaiki segala kekurangan diri.
Nasihat ini buat diri saya yang tidak sesempurna dan sehebat Sumayyah gadis yang rela mati demi perjuangkan Agamanya, tidak juga sehebat Siti Khadijah yang rela menginfakkan seluruh hartanya ke jalan Allah dan juga tidak sehebat Siti Aisyah yang sentiasa berbakti pada suaminya yang tercinta.
Cuma diri ini insan biasa yang punya banyak cacat celanya. Bersama sama kita berjuang perbaiki peribadi ke arah menjadi insan yang cantik di mata PenciptaNya. In sha allah!