Blogger Widgets

~Ingat kan Pada Diri~

Kita tidak boleh ubah sesuatu yang kita lihat,tetapi kita boleh ubah diri kita yang melihatnya. Jika kita tak dapat apa yang kita suka, maka langkah yang terbaik ialah sukalah apa yang kita dapat. Itulah syukur namanya!:-)

Friday, May 27, 2011

.:: maharaja lawak-amir hina nabil?? ::.

ish,tadi jejalan kat page maharaja lawak,,tetibe,jumpa pulak cerita nih...i don't think nabil dan amir bercakaran ! aku rasa,hanya sekadar gurauan di atas pentas ! nabil,go go chaiyok! you best bro! jangan ambil kesah sangat dengan mulut2 org len,,dorang hanya sengaja mahu menjatuhkan semangt mu,,huhu,,mlm ni buat yang terbaik ya bro! :))

maklumat lanjut :
Bersaing merebut gelaran Maharaja Lawak, semestinya memberi tekanan kepada semua peserta yang setiap peserta yang bertanding.

Hampir sembilan minggu bertanding, sudah tentu bayangan pemenang sudah ada di mata penonton-penonton, program realiti baru keluaran Astro Warna ini.

Namun setelah lebih sebulan program ini berlangsung, ramai yang memperkatakan tentang hubungan antara Nabil dan Amir yang khabarnya renggang dan saling memusuhi.
 
Buktinya, Amir beberapa kali memerli Nabil dalam persembahan lawaknya sebelum dia tersingkir di minggu ketujuh yang lalu dan diikuti dengan kutuk-kutukan Nabil terhadap Amir dalam beberapa persembahannya termasuklah pada minggu lalu.
Nabil kelihatan selesa dengan ketiadaan Amir, malah ada yang beranggapan ada hubungan buruk antara dua peserta Maharaja Lawak ini.

Menafikan tentang perkara ini, jelas Nabil dia sebenarnya hanya berjenaka dan tidak berniat langsung untuk menyakiti hati Amir.
"Kami hanya bergurau di atas pentas saja, bila diluar hubungan saya dan Amir macam biasa. Dia ada perli saya dalam beberapa persembahannya, jadi kami hanya berbalas-balas lawak, itu sahaja.
"Saya selalu ajak dia duduk bersama, dan berbincang tentang persembahan dan idea-idea untuk Maharaja Lawak ini, tapi dia tak mahu, mungkin dia takut saya curi idea dia.

"Sebenarnya saya kagum dengan Amir, dia berani menyahut cabaran Maharaja Lawak ini sedangkan pada awal-awal dahulu, saya sendiri tidak berani bertanding di sini.

"Minggu ketujuh yang lalu, saya rasa, saya yang akan tersingkir kerana persembahan saya yang sangat teruk, tapi tak sangka dia yang akan terkeluar dahulu, apa pun, saya berharap dia tidak putus asa dengan dunia hiburan ini,"jelas Nabil.

Takut untuk mempertaruhkan dirinya dalam Maharaja Lawak ini, jelas Nabil, sewaktu awal program ini diperkenalkan dia tidak yakin dengan dirinya sendiri.

"Melihat pada reputasi saya sebelum ini, saya terlalu banyak kontroversi, dengan isu saman, isu gambar dan segala macam isu tentang saya timbul sebelum Maharaja Lawak ini diperkenalkan, jadi saya risau peminat tidak lagi menyokong saya.

"Malah, menyertai Maharaja Lawak juga seumpama memperjudikan masa depan saya, segala job, segala tawaran dan segala persembahan akan bergantung kepada program ini. Ini bermakna, ada dua jawapan selepas menyertai Maharaja Lawak ini, sama ada dengan persembahan saya dalam program ini akan menaikkan nama saya semula, ataupun saya akan tenggelam kerana lawak-lawak yang kurang menarik.

"Walaubagaimanapun, saya tidak menyangka sama sekali, masih ada pemiat yang menerima kehadiran saya, dan program ini juga sedikit sebanyak membantu saya untuk kembali dengan peminat,"jelasnya pelakon yang popular dengan trade-mark, Lu Pikirlah Sendiri ini.

~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Wednesday, May 25, 2011

.:: dari kekasih buat kekasih ::/

ku tujukan buat insan yang pernah memenangi hati ini..

"Dahulukan mengucap salam, ucapkan selamat dengan senyuman, tumpukan perhatian anda kepada mereka agar anda menjadi orang yang sangat mereka cintai dan dekat dengan mereka."
Kekasihku,
Hari ini aku mengadu pada sang KEKASIH, pencipta kau dan aku. Aku ingin menjadi kekasihmu yang patuh pada sang KEKASIH. Aku mohon pada sang KEKASIH agar ditautkan hatiku dan hatimu agar kita bisa jadi sepasang kekasih yang diredhai sang KEKASIH.
Kekasihku sayang,
Aku ingin menjadi sandaran hatimu. Menenangkan tatkala kau kecewa atau terluka tapi aku tidak mahu kau lupa pada sang KEKASIH kerana aku terlalu kasih pada sang KEKASIH. Aku mahu kau menjadi kekasihku yang hebat tanpa melupakan sang KEKASIH.
Wahai kekasihku,
Aku kekasihmu yang akan berdoa saban waktu agar sang KEKASIH memudahkan perjalanan hidupku dan hidupmu. Aku kekasihmu tapi aku tak mampu membahagiakanmu setiap waktu, lalu aku mohon pada sang KEKASIH agar kekasihku bahagia dan dilimpahi cinta sang KEKASIH.
Kekasihku,
Aku tidak mahu kau jadi kekasih yang lemah. Janganlah kita tunduk pada hawa nafsu. Aku mahu jadi kekasih yang bernilai di mata kekasihku agar diredhai sang KEKASIH. Aku menyayangimu duhai kekasihku!
Wahai Kekasih,
Aku kekasihmu yang terlalu daif. Apa yang ada padaku adalah hak milik sang KEKASIH. Aku ingin jadi kekasihmu yang tahu erti syukur dan aku juga mahu kekasihku selalu bersyukur.
Cinta kerana Allah adalah cinta yang aku cari, kerana cinta kerana-Nya adalah CINTA yang diredhai dan jika cinta tanpa redha ibu bapaku, maka tiadalah redha Ilahi dan aku rela untuk memutuskan hubungan cintaku andai mereka tidak redha dengan cintaku kerana aku perlukan cinta yang diredhai kerana kekasihku lah yang bakal bertakhta dihatiku dan menemaniku hingga ke hujung nyawaku.

sumber :iluvislam.com

~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Tuesday, May 24, 2011

.::kerana dirimu begitu berharga ::.

saya tertarik sangat dengan artikel dibawah.nasihat yg sgt2 penting untuk kaum wanita.hati saya terpanggil untuk meng'copy paste' kn artikel dari fesbuk INI.. tujuan dan matlamat saya,hanya untuk bersama2 memberikn kesedaran kepada kaum2 hawa dan kaum2 adam..TOLONG TERUSKAN BACAAN ANDA SEHINGGA HABIS!! hayati setiap bait ayat yg diluahkan..
*SERIUS SANGAT, SEBELUM ANDA BACA ARTIKEL NI, ISTIGHFAR DULU DAN BERTENANG, SEBAB MEMANG PEDAS DAN PASTI AKAN TERASA SANGAT-SANGAT...TUJUAN SAYA BUKAN NAK HINA KAUM WANITA, TAPI JUST NAK NASIHATKAN, JADI CARA NASIHAT TU PELBAGAI, PERLI ADA, LAWAK ADA, KERAS ADA...APAPUN JIKA ADA SEBARANG KETIDAKPUASHATIAN, SAYA HARAP SANGAT ANDA BOLEH BAGITAHU PADA SAYA...SAPA YANG TERASA SEKALI LAGI SAYA MINTA MAAF...

"Aku cintakan padamu!, jangan tinggalkan ku!"..."I love u sooo much honey"... "aku tak boleh hidup tanpamu!"..."Aku sanggup mati untuk mendapatkanmu"..."Aku sanggup lakukan apa sahaja untukmu"..."Jangan lukakan hati I, I tak tahu kat mana tempat nak mengadu kalau takde u".. Itulah antara kata-kata indah yang selalu diungkapkan oleh sang putri (wanita) kepada teman lelaki mereka. Kata-kata ini seolah-olah menunjukkan bahawa teman lelaki merekalah yang menciptakan dan memberi nyawa kepada mereka. Kata-kata ini juga boleh menyebabkan dia menjadi syirik kepada Allah Azza Wajalla yang telah menciptakan manusia dan seluruh alam ini. Nauzubillah.

Mereka bertudung. Mereka berkalimah syahadah. Mereka mengaku Muslimah. Tetapi hakikatnya mereka adalah pendusta!. Adakah seseorang itu disebutkan Muslim yang baik hanya selepas dia berkalimah syahadah, dengan mengaku 'tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah' tetapi dalam masa yang sama diatidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya?.
Siang malam menghabiskan duit. Koman-koman sehari mereka akan menghabiskan hampir RM 100 hanya untuk 'topup' credit phone untuk menghubungi dan bermesej-mesej dengan teman lelaki mereka. Apa yang dimesejkannya?. 'U dah makan?"...."U ada kat mana?"...'I miss u sayang"..."U tak tidur lagi ke?..."U ada teman baru ke?"...itulah antara mesej-mesej yang boleh dikatakan menjadi satu kewajipan bagi mereka. Bayangkan jikalau mereka menggunakan duit itu di jalan Allah. Seperti, print artikel dakwah, pastu potostat banyak-banyak. Then edarkan kepada orang ramai. Subhanallah!. Berapa banyak orang mendapat manfaat daripadanya?. Berapa banyak pula pahala yang Allah hadiahkan kepada mereka?.

Gadis lari daripada rumah mengikut teman lelaki. Bukak je surat khabar. Ha itulah antara tajuk yang fofular. Tunjuklah gambar ibu bapa dengan muka sedihnya merayu "pulanglah anakku..mak masih sayang padamu..kenapa buat mak macam ni"?... Tak reti bersyukur!. Derhaka!. Itu sahaja perkataan yang sesuai untuk manusia sebegini. Bayangkan hanya baru mengenali seorang lelaki yang tak sampai seminggu boleh terus hanyut dan mengenepikan ibu bapamu yang telah membelamu berbelas tahun?. Bahkan berpuluh tahun?. Cubalah refresh balik bagaimana seksanya Ibumu mengandungkanmu selama 9 bulan, membawamu ke sana ke sini tanpa sedikit pun mengeluh. Ayahmu pula tak henti-henti keluar ke sana ke sini mencari rezeki untuk menyara kehidupanmu. Akhirnya apa yang mereka dapat?. Mereka hanya dibalas najis. Bahkan ada diantara mereka membalas jasa ibu bapa mereka dengan 'mengandung anak haram'...petuiih. Tak ada rasa malukah mereka-mereka ini?. Di mana lelaki kamu yang selalu bersamamu?. Dah lari dah?. Ala ciannye. ehehehe...

"Nah!. Ambillah tubuhku!. Ini untuk u sayang. U mintak apa saja I akan kasi. Tapi please dont leave me honey"..wah best!. Terus lah teman lelakinya melahab dan meratah tubuh teman wanitanya. Yummy sedap betul!. Esok abang nak lagi boleh?. "No problem dear. Asalkan U tak cari awek lain. I sanggup". Wah!. Tersenyum lebarlah si teman lelakinya!. Best ni. Ada can. Beraksilah pasangan tersebut dengan aksi yang penuh dengan kasih sayang yang berpaksikan kasih sayang syaitan. Ada yang beraksi dengan bertudung tanpa baju (fewwiit). Ada yang beraksi telanjang terus (cayyalah wei). Ada yang beraksi kat taman-taman (cuba try tengok kat tempat korang :P). Ada yang beraksi kat depan masjid! (agak-agak sikit wei!). Wah happy betul pasangan ni. Siap rakam-rakam guna phone sebab nak buat kenangan.

2-3 minggu selepas itu. Si awek call teman lelakinya. 'Abang!. I ngandung ni!. Mcm mana ni?. U kenelah jadi suami I. U kena tanggungjawab!. U kena ingat janji U dulu!."..Si teman lelaki "...................". Kenapa u tak jawab honey?. Tanya si awek. Apa yang dijawab si teman lelaki? ".....Tut....Tut....Tut..."..Handphone ditutupkan!. Bukan main terkejut si awek!. Call lagi si teman lelaki. Kali ni dia angkat. Tapi suara orang perempuan. Kata perempuan tersebut "..Please try later..". Jeng jeng jeng!!!...hampa nak buat apa time tu?. Nangis air mata darah?. Sudah tentu tidak berguna lagi. 4 Bulan selepas itu. Ambik kau. Perut sikit punya besar. Mak ayah ingat anak dah jadi gemuk sebab makan banyak (orang gemuk jangan terasa). Selama ni badan kecik je. Oh! rupa2nya dia mengandung!. "Keluar kau dari rumah ni!. Kau bukan anak aku!. Aku tak pernah ada anak kotor macam kau!."..

Maka keluarlah wanita tersebut dengan penuh hina dan kesedihan yang tidak terhingga. Ke mana nak pergi?. Oklah rumah kawan. "Eh asal awak gemuk semacam ni?. Kenapa awak nangis ni?. Ada problem"?. Tanya si kawan. Dia menjawab. "I baru kena halau dari rumah. Actually I hamil anak bf I. Tapi dia dah lari."...Betapa terkejutnya si kawan. "Eh pergilah kau dari sini!. Aku tak pernah ada kawan yang perangai buruk macam kau ni!." Kedegang bunyi pintu ditutup. Apa kes?. Ha nangislah kat situ. Ibu bapa dah halau. Sekarang ni kawan pun dah halau. Mereka masih lupa untuk bertemu dengan Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang..

 Sampai masa yang cukup. Anak yang dikandungnya pun keluar. Oh!. Ingatkan nak peluk cium anak tu dengan penuh kasih sayang!. Dia pergi tikam pulak anak tu!. eh-eh dia pi sumbat si bayi comel tu ke dalam lubang tandas!. Tak boleh juga. Dia buang dalam tong sampah. Dia biarkan anaknya dirobek-robek anjing!. Celakalah kau perempuan!. Sudahlah berzina, kemudian membunuh pula?!. Last-last. Hidup dah tertekan. Maka dia ambil keputusan naik atas bangunan paling tinggi. Kemudian menjadi ala-ala superman. Nak buat apa?. OH TIDAK!!. DIA BUNUH DIRI!. Maka melayanglah tubuh wanita itu menghempas ke tanah. Terburai isi perut, otak dan segala-galanya. Maka tamatlah riwayat hidup wanita itu yang akan mendapat azab Allah di akhirat. Ingat sudah selesai selepas membunuh diri?. No way!. U tunggu azab Allah!. AZAB YANG PEDIH DAN SEPEDIH-PEDIHNYA!.

Sedarlah wanita. Kenapa kamu sanggup menangis hanya disebabkan manusia?. Kenapa kamu sanggup membuatkan fikiranmu pening hanya kerana memikirkan teman lelaki mu?. Kenapa kamu sanggup mengenepikan Syurga hanya untuk Neraka?. Kenapa kamu sanggup tinggalkan pelajaran kamu hanya untuk teman lelaki?. Kenapa kamu sanggup menderhakai ibu bapamu hanya kerana ingin mengikut teman lelaki mu?. Nak menyanyangi manusia tidak salah. Bahkan ianya wajib..Nabi bersabda. "Tidak akan diterima keimanan seseorang daripada kalian, sebelum ia mencintai sesama Muslim sebagaimana Ia mencintai dirinya sendiri". Cintailah mereka dengan penuh kasih sayang. Tetapi cinta kepada Allah adalah melebihi segala2nya!.

Wanita!. Ambillah pengajaran atas apa yang berlaku terhadap rakan-rakanmu yang hilang punca hidup. Ambilah pengajaran. Dan berhati-hatilah. "Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan." (Fathir, 37) Kenapa bila terjadi sesuatu masalah kamu tidak berhadapan dan melutut di hadapan Allah?. Takut Allah tidak menerimamu?. Dosamu banyak? Lebih banyak daripada air di lautan?. Ingatlah bahawa Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang!. Sekalipun kamu melakukan syirik kepada Allah, kemudian bertaubat!. Nescaya Allah menerimanya!.

TAUBATLAH! KEMBALILAH KEPADA ALLAH!. Bukti cinta Allah yang teramat Agung!. Dalam sebuah Hadits Qudsi: "Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepadaKu dan berharap kepadaKu, necaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu mencapai awan di langit kemudian kamu meminta ampunan kepadaKu, Nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu terdahulu dna Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepadaKu dengan mebawa dosa-dosa sepenuh bumi kemudian kamu datang kepadaKu dengan tidak menyekutukanKu dengan suatu apapun, maka Aku memberi ampunan kepadamu sebanyak dosa-dosa tersebut." Disediakan: Abu Muawiyah.

~syukran~
ambil pengajaran..NASIHAT SENTUHANURANI buat saudari2 yang sangat saya kasihi,sediakanlah perisai yang kukuh buat pelindung dirimu..baluti akhlakmu dengan keimanan dan ketakwaan...ALLAH ALWAYS WITH YOU..one step you come to ALLAH,thousands step ALLAH come to you..
 

oh mengapa semua ini terjadi,
kehancuran wanita akhir zaman,
martabatnya kini dipandang hina,
maruah tiada terbela..
anak gadis menjadi bahan mainan,
hamba nafsu serakah insan durjana,
apakan daya dirimu wanita,
akhirny batinmu tersiksa..
pilunya rasa didalam jiwa,
hidup mu diselubungi duka,
jalan yang disangka membawa bahgia,
derita menanti disana..
sedarlah oh wanita..
dirimu amatlah berharga,
pertahanknlah maruah,
tinggalkan lembah hina...
kembalilah pada ALLAH,
carilah keredhaannya,
masih ada kesempatan masa,
sebelum kau menemuinya~~


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Monday, May 23, 2011

.:: setiap bencana tu,pasti ada hikmah ::.


AMPANG: “Impian selama 11 tahun untuk berjumpa ibu kandung termakbul apabila ibu datang ke hospital menziarahi saya dan rakan walaupun dalam suasana sedih selepas kehilangan ramai saudara dalam kejadian tanah runtuh,” kata Muhd Aizad Qushyariry Abd Karim, 13, mangsa kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim Al-Taqwa, Hulu Langat dekat sini.
Muhd Aizad yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil, Hulu Langat dan tinggal di rumah anak yatim itu sejak empat tahun lalu berkata, setiap masa dia tidak pernah lupa berdoa agar dipertemukan dengan ibu kandungnya, Nur Suzana Abdullah, 37, dan adik perempuan, Aerryssa Fadiana Abd Karim, 11, selepas berpisah ketika masih kecil.

Katanya, dia masih terkejut tetapi gembira apabila ibunya datang melawat selepas sekian lama tidak berjumpa dan hanya doa menjadi penghubung antara mereka.


“Hanya rasa syukur dapat diluahkan apabila ibu datang memeluk dan mencium saya untuk pertama kali selepas 11 tahun tidak bersua.

“Saya berjanji akan menjadi anak yang patuh dan mahu tinggal bersamanya selain tidak melupakan ibu angkat, (Nor Aida Yaacob, 31,) yang bersusah payah membesarkan saya dan memberi pelajaran secukupnya,” katanya ketika ditemui di Hospital Ampang di sini, semalam.


Muhd Aizad yang patah tangan kiri dan cedera di badan berkata, kejadian malang itu tidak boleh dilupakan seumur hidup apabila separuh badannya hingga tengkuk tertimbus dengan tanah selama dua jam sebelum diselamatkan anggota bomba dan penyelamat.



“Pada masa itu, saya hanya mampu berdoa sambil menyebut nama ibu dan berharap dapat berjumpa dengan mereka dan memeluk kedua-duanya.

“Saya bersyukur kejadian ini mempunyai hikmah kerana dapat merasai kasih sayang dua ibu selain ayah kandung, (Abd Karim Yaacob, 40,) yang banyak berdoa dan berjasa kepada saya,” katanya yang kini semakin pulih dan ceria walaupun masih trauma.


Menurutnya, dia akan tinggal bersama ibu kandungnya selepas ini dan bergilir-gilir ke rumah ibu angkatnya yang juga ibu saudaranya.

Bagi Nur Suzana pula, dia hanya mengetahui kejadian menimpa anaknya itu melalui siaran berita di televisyen, kelmarin.


Katanya, dia yang terlihat nama anaknya yang dicari sejak 11 tahun lalu hanya mampu menangis kerana doanya selama ini dimakbulkan.


“Sekian lama saya mencarinya hanya kini baru berjumpa dan bersyukur kerana Muhd Aizad selamat dalam kejadian itu,” katanya.


“Tidak tergambar dengan kata-kata apabila dapat berjumpa anak kesayangan dan memeluk kembali tubuh kecil selepas sekian lama terpisah,” katanya.


Menurutnya, selepas berpisah dengan suami, dia membawa diri ke Hulu Klang dan tinggal di sana dengan meninggalkan Muhd Aizad dan anak sulungnya, Mohd Alif Zafran Abd Rahim, 15, bersama suami.



SEBAK...Nur Suzana (kiri) dan Nor Aida melihat tangan Mohd Aizad  di Hospital Ampang.
SEBAK...Nur Suzana (kiri) dan Nor Aida melihat tangan Mohd Aizad di Hospital Ampang.

(setiap yang berlaku tu,pasti ada hikmah disebaliknya)


sumber : HARIAN METRO

~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

.:: kerana cinta badan binasa ::.

bukak HARIAN METRO kejap tadi..dapat pulak berita pasal sorang minah ni,kawen lari kat thailand..
tu citer biasa la kan??dah tak heran sangat pun dengan berita2 macam ni..


tapi,yang aku tak suka dengar tu,pasal si minah tu,kawen lari dengan pak ustaz skolah tahfiz ooo..
sanggup pulak si minah tu jadi bini ketiga..hebat,hebat betul pak cik tu...alahai,lagi tambah kesian,keluarga si minah ni,punya la risau kan anaknyer...kenapa yer,pak ustaz tu bawak si minah tu kawen lari??kalau nak kawen,kawen la dengan cara yang betul..hishhh!


suka merosakkan imej ustaz..'kerana nila setitik,rosak susu sebelanga'


>>>SEBAHAGIAN MAKLUMAT DARI BERITA TERSEBUT<<<



BATU PAHAT: Baru dua bulan berkenalan, seorang gadis, Siti Zubaidah Saari, 25, dikatakan menjadi isteri ketiga seorang guru tahfiz digelar Usama, sehingga dia sanggup memutuskan hubungan dengan ibu bapanya di Taman Intan, Kluang, sejak mereka berkenalan.
Zubaidah dipercayai berkahwin dengan lelaki itu di Thailand awal April lalu.

Bapanya, Saari Sulaiman, 56, berkata, dia dan isteri, Norpah Amri, 50, sudah puas berusaha mengesannya sejak dua bulan lalu tetapi hampa.
“Zubaidah tinggal di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan mula bekerja di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Jalan Sulaiman selepas menamatkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah, dua tahun lalu. “Kami hanya mengetahui Zubaidah berkenalan dengan Usama atau nama sebenarnya Almizi, dua bulan lalu. “Saya turut mendapat maklumat ustaz berkenaan didakwa membawa Zubaidah ke Cameron Highlands selama beberapa hari sebelum ke Thailand untuk bernikah,” katanya yang datang ke pejabat Harian Metro di sini, semalam.

Menurut Saari, apa yang tidak disenanginya serta isteri, ustaz terbabit yang mengajar di sebuah pusat tahfiz di Johor Bahru dikatakan beristeri dua selain mempunyai lima anak.

Pada masa sama, selepas berkenalan dengan lelaki itu, Saari mendakwa anak keempat daripada sembilan beradik itu tidak lagi menghubungi mereka.
“Kami menghubungi Zubaidah berkali-kali tetapi hampa, dia bukan saja tidak menjawab panggilan, malah telefon bimbit dimatikan.


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

.:: NUR KASIH mula mengetuk pintu hati aku ::.


korang dah tengok ke filem NUR KASIH?? mesti ada yang dah tengok kan??jelesnyer aku...
aku tak dapat tengok lagi..nak kena tunggu kuar kat youtube dulu baru boleh tengok..huhuhu(nak pergi ke wayang,tak dek sape nak bawak)hahaa

ha,korang ingat lagi tak entri aku dulu yang pasal TIZ ZAQYAH tu..ala,lupa ker??ok2,tunggu jap,aku nak copy link entri tu...tunggu jap tau..

>>>>>>loading<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
eh,malas pulak aku nak search!ok,korang nak tau,korang selongkar la blog aku eh..haha

ha,kan kat entri lepas,aku komen sikit sal dress up cik tiz tu..tapi,tadi aku terbaca pulak kat blog FILEM NUR KASIH.. admin blog ni cerita pasal nur kasihla plak...macam best jer citer nye..nak tengok,nak tengok,nak tengok!!

siapa2 yang baik hati,cepat2la upload filem tu kat youtube tau..nanti dah upload,meh kasi inform kat aku!


(eh,adik mia ade skali ke dalam filem ni??ape watak dye??)

filem nurkasih nurkasih the movie
(i luv u mia!u soo cute!!)

~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

.:: blogger ni ade ke peminat?? ::.


tadi aku intai blog-blog femes kat alam maya ni..korang pun tahu kan siapa yang pemes ni?? BEN ASHAARI , ATOK PETUA , dan lain2... korang kenal tak nama2 ni??kalau yang kaki blog ni,sure la korang kenal..tapi kalau yang kaki fesbuk tu,aku tak pasti korang kenal ke tak..

ha,tadi time aku terjah2 mereka,aku terpikir la jugak,cam mane dorang leh dapat follower beribu2 eh..macam mana dorang promote blog sampai boleh berduyun2 datang jengah blog dorang..agak2 macam mane eh??aku pun teringin gak ade pembaca setia..

mula2 aku bukak blog ben ashaari,aku baca entri dia,aku rasa bese je..tapi esoknya,aku ringan tangan nak ziarah lagi blog simple tu..agak2 kenapa yer??sampai hari ni aku korek lubang,tak jumpa2 jawapan..
gila best oo,dengan berblog jer,dah ramai peminat..artis pun boleh kalah..haha..lain kali boleh la wujudkan satu award ARTIS BLOGGER PALING POPULAR!!

yelah,buat blog dah la free jer..tapi manfaat banyak oo...

tapi,banyak jugak la aku baca petua2 nak bagi ramai follower..memang betul la,nak berjaya tu bukan senang..sama la jugak nak ramai follower tu bukan senang..kena RAJIN! rajin apa??
rajin BLOGWALKING la..promot blog sana sini..tapi,nak tarik org jenguk blog memang mudah,cuma nak cari pembaca setia tu sangat2 susah...macam mana yerr??



~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

.:: daku kembali! ::.


tak sampai seminggu je lagi kaki ni nak ku jejak ke menara gading!
rase seronok,takut,gementar,tak sabar2 semua la aku rasa..bila dah macam-macam rasa ni,sampai kan satu saat aku dah tak rasa apa2 dah..haha..

kenapa aku happy??
>>sure la happy dah dapat masuk UIA..gila la siapa tak happy..dengan usaha dan keazaman yang tinggi,akhirnya aku berjaya meletakkan nama di uia(ya,universiti yang aku idam2kan selama ini sebagai student laws)

kenapa aku takut??
>>kalau tanya semua student yang bakal ke UIA ni,of course dorang akan jawab takut dengan EPT dan APT!!ape ke jadah nye tu??haha..tu la test yang akan menentukan kita berapa tahun di pusat asasi sebelum melangkah ke mean campus..aku tahu bende ni pun dari senior2 uia la..kenapa yer aku takut ngan benda ni??hahaha..mungkin dah lama tak pegang pen atau dah lama tak mengadap buku2 english or arabic??haha..yelah,sape2 yang lepas spm ni memang kompem bebeno la dah lame tak ngadap bende2 tu..yelah,niat dihati nak enjoy sekejap la kan...bila tahu je pasal test tu,fuhhh...dah abis aku porak peranda kan stor kat belakang tu..haha..pasal per??

pasal nak cari balik buku2 khazanah silam tu la(teruk tol aku kan??abis madu sepah dibuang) hahaha..
at least,aku tak dek la buang buku2 tu..aku jaga dengan rapi kat dlm store tu..hehe..lagi2 aku ni dah la tak berapa nak power dalam english ngan arab ni..almaklumlah,bahasa asing la katekan(terdetik dalam hati,kenapala mak abah aku dulu tak ngajo aku dua bahasa ni mase aku dalam perot lagi)..haha..

aku takut r,kalau tak pass exam ni terpaksa la aku duduk lama2 kat pusat asasi tu..haha..


eh,jap..aku baru teringat yang aku ni dah lame tak menghupdate blog busuk aku ni kn??haha..pasalnya,sebelum ni,internet komputer rumah aku tu slalu wat hal..aku jadi fedup nla nak on9..ni da dapat lappy,hari2 aku leh jalankan kegiatan halal aku ni...korang pun akan selalu termuntah2 baca entri aku..haha..

ok,selamat kembali CIK SENTUHANURANI a.k.a FARAHIN JOHARI! :))

~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Friday, May 13, 2011

.:: bertuah dapat suami macam ni ::.

by Kalau Cinta Sudah Di Hati, Tiap Dugaan Bagaikan Mimpi. 

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata  saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mah saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar. 
Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya..

sumber : SINI :))


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Friday, May 6, 2011

.::aku lega sudah ::.

wahh,lega rasanya.. segala kekusutan terlerai sudah selepas melihat.........


(klik untuk nampak lebih besar)

alhamdulillah :) hasrat tercapai..thank you ALLAH..
tahniah gak kepada kawan2 madid yang dapat melanjutkn pengajian ke IPTA :)
fathirah pun,gudluck yer kat UNISZA...jangan lupa kita yer..kau di timur,aku di selatan..jauh tu...hehe..

tahniah semua..kepada kengkawan yang tak dapat tu,jangan mengalah..rezeki kita ade kat mana2 aje..masih boleh buat rayuan lagi..berusaha la yer..:))

insyaALLAH ada rezeki untuk kamu semua..




~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Thursday, May 5, 2011

.:: semakan keputusan upu 2011/2012 ::.

dup dap dup dap...
berdebar jer rasanya nak menantikan keputusan 'permulaan masa depan' ni..
esok 6 MEI 2011,keputusan untuk semakan upu akan di umumkan..
hope dapatlah apa yang di ingini..amin..

GUD LUCK!




~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

APA MAKSUD OPEN RELATIONSHIP DI FACEBOOK?

Menurut pemerhatian saya, ramai antara kita yang meletakkan Open Relationship sebagai status tapi berapa ramai yang tahu maksud sebenar status itu?

Dipetik daripada wikipedia sila klik Open Relationship


An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.


>>Yang bermaksud<<

Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi.

Maka dalam erti kata lain, orang yang meletakkan Open Relationship sebagai status mereka tidak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun, maka amat menyedihkan apabila umat Islam sendiri menggunakan status ini.

Sila sebarkan agar orang bukan Islam yang faham maksud sebalik Open Relationship tidak memandang remeh pada umat Islam."

Harap Maklum

*sumber dari cik akmal afifah*

~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

~Ada yang Lebih Menarik Di Sini~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Di persilakan share ilmu di atas.Hak milik Allah semuanya. Moga Allah redha :)