Blogger Widgets

~Ingat kan Pada Diri~

Kita tidak boleh ubah sesuatu yang kita lihat,tetapi kita boleh ubah diri kita yang melihatnya. Jika kita tak dapat apa yang kita suka, maka langkah yang terbaik ialah sukalah apa yang kita dapat. Itulah syukur namanya!:-)

Tuesday, April 26, 2011

.:: gara-gara nak langsingkan badan ::.

KECEWA...mangsa penipuan ubat kecantikan menunjukkan kesan parut di perut.
dahsyat perut dia..dah macam katak puru.peh,jahat tul mulut aku ni..haha..
inilah akibat bila terlalu percaya pada produk-produk pelangsingan ni..

produk2 nak langsingkan badan ni memang dah membanjiri pasaran..macam2 brand..macam2 bentuk..ada yang kena makan la,ada yang kena sapu la,ada yang kena bla bla bla....yelah,dah semua orang nak kurus,tu yang sampai macam kat gambar atas tu...kurus ntah ke mana,bengkak yang dapat..

mujurlah orang yang kena ni bijak..sebelum dia jadi ejen penjual produk pelangsingan ni,dia cuba dulu..dah dapat tahu jadi macam ni,sekurang-kurangnya dia tak adalah kena makan saman dek pengguna2 lain..

korang yang minat nak join 'direct selling' ni kena hati2 la yer..banyak dah produk tiruan yang dicipta kat malaysia ni..yelah,manusia ni kan sanggup membunuh kerana duit...

lebih baik kita guna panduan yang RASULULLAH tinggalkan..amalan BERPUASA sunat lah cara yang terbaik untuk melangsingkan badan..risiko pun tak ada malah kesihatan lebih baik..:))

sumber dari HARIAN METRO



~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Monday, April 25, 2011

.:: sehari di akademi fantasia ::.

aku baru je first time layan AF untuk musim ke 9 (ni pun yang ulangan kat astro hari2 tu.bukan langsung k!).mula2 rasa macam tak best,aku tukar la chanel lain..lps iklan,aku tukar lek chanel AF..tertengok pula part yang OGY tengah komen..


perghh,pedas gilar komen dia..aku paling simpati kat AMIR la..sampai menangis dia kat situ..yang aku tahu,amir ni 18 tahun kan?(eh,sebaya ngan aku la beb) muda lagi..masih mentah..tak selayaknya dia diherdik macam tu..apa tujuan OGY wt camtu eh? norman(bekas pengetua AF)  pun komen ok jer..tak de sampai emo macam tu..


nama pun akademi(tempat belajar).aku yakin,semua yang nak masuk AF tu mesti nak mempelajari ilmu2 nyanyian dengan lebih bagus kan? tapi,bukan nak diherdik..sure la malu giler bila diherdik macam tu depan berjuta2 penonton..(aku simpati dengan semua pelajar AF9 yang bernasib malang dapat juri macam tuh)hahaha..


tapi orang kata,nak belajar tu,bukan mudah..kena lalui ujian yang berliku2..(enjit,jit semut, sape sakit naik atas)..sape yang sakit,dialah yang akan berada kat atas dulu :)) sabarla yer amir..tu pun last kau nak kena herdik ngan ogy ni...mungkin rezeki kau kat tempat lain macam yang HATTAN bagitahu tu..




oklah,malas nak cerita pasal AF.. lagi best aku cerita pasal maharaja lawak..funny jer,takder maki2 ni.. :))
tapi,aku suka dengan pak aznil! penuh dengan kasih sayang :))


.::hidup mesti cool macam ais::.

~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Sunday, April 24, 2011

.:: aku respect dengan ustaz amirul! ::.


eh jap,nak nyanyi lagu ni...

'boleh pandang-pandang,
jangan pegang-pegang,
duduk renggang-renggang,
bertambah sayang..'
korang semua dah tahu kan yang ashraf muslim ni dah bertunang.. dan tunangnya sangat secocok lah.. dan dapat tahu juga dia dah bukak PUSAT PERUBATAN ISLAM. (hebatkan??) jarang2 sekali dapat jumpa pelakon mempraktikkan apa yang dia lakon kan..semalamkan aku baru je post tentang TIZ ZAQYAH kat SINI . 

alhamdulillah,harini rasa kegusaran aku terubat bila lihat ashraf muslim ni dalam melodi tadi..eh,bukan aku tergoda dengan kehenseman dia kayh! tapi,seriously,aku tertarik dengan watak yang dibawa dalam dunia realiti ni.(bukan hanya sekadar lakonan je) macam yang kak atika kata, kalau dah nama nya pelakon tu..memang pelakon jugak. berlakon je~(ni aku setuju!)..

tapi yang jelas dan nyatanya,si ustaz amirul ni bukan sekadar berlakon TAPI turut mempraktikkan dlm kehidupan seharian..tulah pentingnya watak2 ustaz ni..sekarang ni,aku setuju sangat nak bagitahu yang dalam lakonan pun ada unsur 'tarbiyah'(didikan) .. lepas ni ramai la pelakon duk kejar2 watak ustaz yer...hehe.


aku dapat tahu pulak si ashraf ni nak langsungkan perkahwinan kat MEKAH pada 1 syawal tahun ni..betul ke?? sumber yg aku dapat dari sini .
kalau betul,tahniah la yer..semoga mereka berdua bahagia dan sentiasa dalam rahmat ALLAH ..amin :)

'watak yang dilakonkan mampu menyerap rohani pelakon itu sendiri!!'
(: renung-renungkan dan selamat mencari hidayah :)



~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Saturday, April 23, 2011

.:: artis melayu seksi perkara biasa TAPI bila terlalu seksi,sangat luar biasa ::.

(gambar Tiz Zaqyah yang dinobatkan sebagai Best Dressed di Parti Ulang Tahun ke-7 Majalah Glam)

TAHNIAH! kepada TIZ ZAQIAH kerana akak terpilih untuk award artis melayu paling seksi kat hati aku nih...hehe..aku bukan apa,makin lama makin seksa mata aku tengok heroin NUR KASIH ni..dah la baru2 ni keluar PULA filem NUR KASIH THE MOVIE..


aku tak pastila adakah filem ni berjaya menarik ramai pnonton atau tidak..secara jujur la aku kata,aku dah makin loya nak layan cerita nur kasih yang ulangan kat tv3 tu..kalau dulu,lepas habis je NUR KASIH aku selalu simpan harapan agar pihak tv3 menayangkan semula drama terhebat tu..tapi,bila aku mengikuti perkembangan si heroin nya,aku dah jadi tawar...huhu...

semangat nak tengok filem NUR KASIH THE MOVIE yang bakal ditayangkan pada 19 MEI 2011 ni pun entah kemana pergi melayangnya...
aku nak sangat akAK TIZ ZAQYAH ni mempunyai watak yang sama seperti dalam drama beliau ni...luar dan dalam cantek! ^_^

Gambar Tiz Zaqyah Seksi Majalah Glam
(luar filem)

  
(dalam filem)                               

mana lagi cantik??nilai dengan mata hati,bukan mata nafsu ^_^
semoga mendapat hidayah DARINYA..
ternyata,hidayah itu milik ALLAH dan ALLAH akan memberi HIDAYAHNYA hanya pada insan yang terpilih..berusahalah mengejar dan mencari rahmat ALLAH :)

.::HIDUP MESTI COOL MACAM AIS::.





~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Friday, April 22, 2011

BEN ASHAARI CARI BLOG LAH !


segmen BEN ASAARI lagii (eh,silap eja..correction plezz, BEN ASHAARI)..jom,jom..join segmen ni dengan menjawab soalan2 berikut :))

SOALAN 1:
Siapa yang mempengaruhi anda untuk membuat blog??
siapa yer??jap2 aku nak pikir...
loading 2 minit..........

loading 5 minit..........................

ok,secara jujurnya,aku sendiri yang pengaruh diri aku suruh buat blog..aku suka ikut kata hati..yelah,orang kata lebih baik ikut kata hati dari ikut kata nafsu kan??hehe. eh,takde lah..sebenarnya,ceritanya bermula macam ni...semasa aku form 3(2008) aku ade geng.biaselah kan budak2 sekolah yang tak berapa nak matang,mestila ade geng-geng bas sekolah! hehe.

pehtu teringat pulak benda alah ni..si blog ni la kan..'ade sorang kawan aku ni FYQA (korang terjah la blog dia juga yer) cadangkan supaya geng kami ni ade blog..cheewaahh,geng ade blog?? biaselah kamI sume KAN BAJET PANDAI IT (bajet jer,pandainye idak la) hehe..pehtu,yang tukang buat blog nye,kompem la aku kan..almaklumlah aku ni penolong ketua geng! hehe. geng kami ade persatuan tau!jangan main-main..hehe.

selepas kejadian tu,aku pun mula buat blog..aku sign up,then aku tak tau nak buat apa dah!haha.aku tak tau nak tulis apa sebabnya aku tak berapa faham fe'il si blog ni..pehtu aku tinggalkan jela blog ni keseorangan tanpa bertuan..hahaha...

tak silap aku,dalam dua tahun lepas tu,aku mula bukak balik bog ni..aku terkezut,eh bernyawa lagi blog ni.yelah,kalau myspace,fesbuk or tagged yang dah lama tak guna,comfirm dah kene campak lombong kan??tapi si blog aku ni masih berfungsi setelah 2 tahun berlalu..aku godam punya godam blog ni,aku dah tahu camana nak guna!disebabkan aku dah pindah sekolah selepas dua tahun tu,secara rasminya,blog ni melantik aku menjadi hambanya..

tu yang kalau korang tengok kat profile aku tu tulis On Blogger Since ogos 2008 !
kan,kan? tapi pada hakikatnya,aku mula menulis pada 2010(yup,tahun lepas)..hehehe. 

itulah kisahnye..alamak,terpanjang pulak..nak ke si abang ben ni baca panjang2 ni..hehe..tula,tanya soalan mcm ni lagi..kompem aku nak jawab panjang2.hehe
(macam lari tajuk je jawapan aku ni)haha.

SOALAN 2:
Siapakah sumber inspirasi anda??
bab tanya sumber inspirasi ni,banyak gilar sumber aku..
sumber pertama,mesti lah diri aku sendiri..hehe..tak de aku,tak bernyawa lah blog ni kan,kan...hehe
main-main lak aku ni..ok2 sumber pertama aku ni sebenarnya ALLAH..betul la kan??DIA yang bagi kita inspirasi nak buat semua benda termasuk lah idea menghasilkan blog ni,semua DIA YANG MAHA KUASA yang kurniakan..(ceramah kejap)

sumber kedua aku,my hazim aku tu.sebab dia,aku mula menulis blog..kerana apa yer??malas nak citer..hal rumahtangga tak baik cerita kat orang! haha

lepas tu,aku mula jalan2 makan angin dalam dunia blog ni.aku terjumpa lah blog si dia ni..jap,aku nak bagi link supaya korang leh terjah dia...dia terhebat!
aku tertarik plus jeles kat bog dia,sebab blog dia memang santai abis..aku suka baca entri2 dia..releks je..aku berangan2 mat jenin nak jadi blogger tegar macam dia! (bila lah angan aku nak menjadi) hehe .

ok,malas nak membebel panjang..FULLSTOP! :))

>>korang nak join segmen ni??jom kat sini SINI!<<
>>tapi AWAS!!hanya dijemput untuk Blog yang punya FOLLOWER di bawah 1000 sahaja<<


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

.:: aku jatuh cinta ngan jambu ::.

siyes,malam ni,aku jadi betul2 sewel bila tengok YUS(JAMBU) pakai skirt pink! soo,cute!! hahaha..
aku jatuh minat kat jambu la weh..malam ni dorang buat lawak kreatif,bijak,dinamik..sume ade!
best,best,best...terima kasih3x!!
meh aku nak tempek muka jambu kat sini..


nabil pun terbaik la malam ni walaupun nampak jambu lagi menyerlah (mungkin mereka berbaju pink kot).. tapi memang tak dinafikan yang otak nabil ni macam batu geliga...time dia perfom tadi,aku ingat dia dah jadi macam doremon (doremon kering)hehe..ade jer idea dia tiap minggu yang lain dari yang lain..caaayalah lu!

JOZAN?? baru hari ni impian aku tercapai nak tengok si jozan ni pakai macam tu (ala2 org kampung)..
baru terserlah kecomelan mereka...hahaha..ni pun kreatif lorh...

SEPAH?? hari ni dorang kureng sikit laa...aku tak tau la nape hati aku tak cukup ketawa lihat lawak dorang..mungkin ada lagi yang lawak kot..

PEMEGANG TAKHTA MAHARAJA DIHATIKU PADA MINGGU NI:
1)jambu
2)nabil
3)jozan
4)sepah

kenapa amir tak keluar eh??
minggu ni aku dengan ikhlas nak ucapkan tahniah pada amir...aku betul2 nampak peningkatan usaha dia nak buat org terhibur...boleh la lawak sikit...nampaknye dia masih bertahan oo...hebat,hebat si amir nih...
alex yang aku nampak peningkatan nya,dia pula tersingkir..(dah tak de rezeki nak wat cmner kan??)

pape pun,terima kasih la buat aku hepi malam nie dengar lawak2 bijak korang...
(tak jadik aku nak campak piring atas atap ni ke laut)..hehe

.::hidup msti cool macam ais::.

~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

.:: tenet dah SEWEL,aku jadi MALAS! ::.

aku geram,aku marah,aku bengang!!
jap2,nak ketawa..hahahaha..
adakah internet aku yang sewel atau tuan nya yang sewel??
oh,TIDAK,TIDAK..

aku dah jadi malas la nak update blog bila online jer internet,kejap2 putus,kejap2 sambung...
dah macam orang bercinta lak.kejap couple,kejap break..

malam ni MAHARAJA LAWAK KAN?? aku harap bebeno la line internet aku malam ni dia sihat-sihat ajer..kalau sayangku internet ni sihat,bertambah-tambah sayang aku padamu..(cheewahh) :)

bukan apa,tiap kali aku tengok maharaja live,aku mesti nak sampaikan komen tak rasmi aku kat pondok buruk aku nih...kalau tak post tentang maharaja lawak,mesti aku tak tido malam dibuatnya...aku harap, pelawak setia aku tu ( AMIR eh,bukan.. of course la NABIL DAN SEPAH ) dapat buatkan aku ketawa sampai pecah perut..hehehe..kalau semua peserta buat lawak tak menjadi,aku nak campak piring astro aku ni ke laut bagi makan jerung! hahaha (iyer ke ni??)

dan aku berharap sangat yang AMIR keluar malam ni...(jahatnya aku)
tapi,kalau encik amir tak mahu keluar,perbaiki la balik lawak tu (tapi dah 3 maharaja dah,aku still tak nampak lawak kau!)...aku bukan ape,aku kesian tengok kau...peminat-peminat amir kat luar sane tu,jangan marah aku yer..aku komen ikhlas ni.. :) korang pun,undi biarlah pakai otak sikit :)) 

sebagai kenang-kenangan,aku nak tampal sikit muka amir sebagai rujukan anda semua..hehehe

(secara tak langsung,amir makin popular!)
pandai amir ni mempopularkan dirinya..syabas2!!hehe

aku sokong kata-kata abang ben kat (SINI)

~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

.:: aku SUKA giler lagu nih ::.

jap,aku nak tulis lirik lagunya..

Taubat Seorang Hamba

Munsyid : Irsyadee Feat Hafiz Hamidun

(Part Hafiz)
Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...


(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....



(Part Irsyadee)
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.



(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...



(Part Hafiz)
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...



(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...



(Part Hafiz)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...


haa,ni la lirik lagu yang sedap ni..bukan sahaja sedap di dengar..
tapi buatkan hujan menitis di pipi ku :')
 ~HIDUP TAK AKAN BERMAKNA TANPA REDHA DARI ALLAH~

~hadiah untuk korang kat bawah ni~



~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Tuesday, April 19, 2011

.:: kau wanita kan?? ::.

LIRIK WANITA AKHIR ZAMAN

oh mengapa semua ini terjadi,
kehancuran wanita akhir zaman,
martabatnya kini dipandang hina,
maruah tiada terbela..


anak gadis menjadi bahan mainan,
hamba nafsu serakah insan durjana,
apakan daya dirimu wanita,
akhirnya batin mu tersiksa..


pilunya rasa didalam jiwa,
hidupmu diselubungi duka,
jalan yang disangka membawa bahagia,
derita menanti disana..


sedarlah ohh wanita,
dindingmu amatlah berharga,
pertahankan maruah,
tinggalkan lembah hina...


kembalilah pada ALLAH,
carilah keredhaannya,
mesti ada kesempatan masa,
sebelum kau menemuiNYA...



~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

.:: anjing gigit payudara?? ::.

fuhh,dahsyat giler anjing ni..pandai pulak dia cari part sensitif untuk di gigit..agak2 kenapa yer dia target kat situ????hahaha.. (lu pikir la sendiri) haha

berita lanjut di bawah ni...
_________________________________________________________

BUKIT MERTAJAM: Seorang suri rumah yang cedera payudara kirinya digigit seekor anjing jenis German Shepherd pada Jumaat lalu, kini dalam pertimbangan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik anjing berkenaan.
Mangsa, Lee Boon Chen, 44, berkata, walaupun pemilik anjing itu sudah memohon maaf selepas insiden itu, dia tidak akan berdiam diri dan mahu melakukan sesuatu untuk memberi pengajaran kepada pemilik anjing lain yang tidak mengutamakan keselamatan orang awam.

Katanya, dia mahu pemilik anjing lebih bertanggungjawab termasuk menjaga dan mengawal haiwan peliharaan masing-masing bagi mengelak orang lain menjadi mangsa.


“Selepas kejadian ini, saya trauma, malah kerap bermimpi diserang anjing dan jika saya melihat atau terserempak dengan anjing jenis itu, saya takut dan badan menggigil,” katanya ketika ditemui menerima rawatan susulan di sebuah hospital swasta di sini semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi Jumaat lalu, Lee nyaris kehilangan payudara kirinya selepas cedera diserang anjing berkenaan ketika dia membawa anjing peliharaannya jenis Shih Tzu bersiar-siar di kawasan perumahan di Taman Tambun Indah, Simpang Ampat dekat sini.


sumber : harian metro
_____________________________

selepas baca berita ni,lidah ku lancar menyebut kata-kata keramat, 'ANJING OHH ANJING'.. hehe


~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

.:: bakal teman hidup ku ::.


Untuk bakal teman hidupku, bacalah...
Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.

Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.

Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.

Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
bimbing dan didik lah aku..




~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

Monday, April 18, 2011

.:: meh aku kasi cerita sikit pengalaman temuduga KPLSPM ::.

fuuhhhhhhhhhhhhhhh!!
alhamdulillah :)
legaa,bila dah selesai ujian yang getir ni..( mesti yang belum pergi interview tengah cuak giler kan? )


saje nak kasi korang takut2..hehe..sebenarnya,tak adalah takut mana pun..cuma kalau dapat panel interview yang KAKI PROVOK!!! hati-hati la yer...hehehe..anda akan dihentam secukup-cukupnya..kahkahkah..


aku bertolak dari rumah pukul 7.30 pagi.singgah sekolah kejap untuk sahkan salinan2 sijil tu..sebenarnya waktu interview aku pukul 11..parent saja datang awal,nak cari jalan lagi (almaklumlah,ipoh tu kan besar) hehe
sampai IPG KAMPUS IPOH, dalam pukul 9pagi..


masuk je,aku relaks2 lagi dalam kereta..siap menguap2 lagi (ingat nak sambung tidur jap) hehe..kesian anak murid aku kalau dapat cikgu kuat tidur ni...hahaha...dengan hati yang 50-50,aku gagahkan juga ke tempat temuduga tu...aku datang je,aik,awal lagi...apa pasal ramai sangat dah datang(semangat betul)...


ohh,rupanya,yang ramai2 tu sesi interview pertama..interview ni ada dua sesi..satu sesi pukul 8pagi dan satu sesi pukul 11pagi...aku pun tunggu,tunggu,tunggu (dengan penuh kesabaran yang suci)...tengok jam ynag cantik kat tangan aku ni,dah pukul 11..sesi pertama tak habis2 lagi..apa la yang ditanya panel temuduga tu sampai lama macam ni..


aku pun pergi kat pintu bilik tu,curi2 ushar dari luar (macam orang jakun) haha...pehtu aku tinggalkan tanda tangan kat kertas kedatangan tu.aku,tunggu,tunggu,tunggu (dah separuh sabar dah nih!)...pehtu,agak terkejut jugalah apabilah terserempak dengan sahabat lama (FATIN AMIRAH) korang kenal ker???
budak2 MADID(MADRASAH IDRISIAH) jela yang kenal...


aku tanya,dia amik course apa? rupa-rupanya,dia dapat course SAINS SEKOLAH RENDAH (sama macam aku)..wahh,kebetulan tu..dah sekian lama tak ketemu dia,tiba2 jumpa pulak kat situ..tempat temuduga sama,bilik temuduga sama,course untuk ditemuduga sama CUMA waktu jer lain.. 


paham-paham jela,bila dah jumpa kawan,aku jadi ramah tak tentu pasal la kn...hilang semua 'sawan' gementar aku nih..hehe..dapat berkenalan ngan SARAHEA(india teluk intan),BALQIS(melayu sabah duduk kat taiping), dan FAN(cina batu gajah) ...wahh,SATU MALAYSIA!! hehe...


aku tunggu,tunggu,tunggu lagi...tengok jam lawa aku ni,dah pukul 12.30 tghari..interview sesi pertama,tak habis2 lagi...aku dah nak terbakar tunggu kat luar tu..kerusi dah la terhad..kadang-kadang aku duduk,kadang-kadang aku kena berdiri,bagi peluang kat kawan2 rehatkan lutut yang nak tercabut tu...


ok,tepat pukul 1,kami semua di panggil untuk sesi kedua..sesi kedua ni sepatutnya 8orang. tapi 4 kerat je yang datang..aku tak tau la yang lain tu pergi mana..tersesat jalan kah??tak jumpa2 IPG ni kah??atau hanya kah kah kah kah...(merepek jap) .errm,nampaknya minat rakyat malaysia ni nak jadi guru masih luntur...baik bagi je peluang yang disia-siakan tu kat kawan2 aku yang dah mohon,tapi tak dapat temuduga tu kn,kn,kn??


ok,lepas dipanggil,kami semua perlu masuk bilik dingin tu.dia susun meja kasi jarak-jarak macam nak ambil spm dulukan...pehtu dia edarkan kertas soalan INSAK dan kertas OMR.(ingat! kena bawak pensil 2B dan pemadam ok!) soalan 135 kena jawab dalam 30 minit..korang tanda je.satu soalan diperuntukkan dalam masa 10 saat la...ni senang.


tapi,sebelum dia bagi jawab soalan,dia suruh kita susun sijil2 mengikut keutamaan.korang perlu bawak salinan sijil yang telah DISAHKAN dan sijil asal.yang asal tu,letakkan dalam fail yang boleh dibuka mcam tengok album gambar tu.dan yang salinan tu,korang letak dalam sampul surat je sebab dia nak simpan jadi pekasam..hehe...


dah settel semua tu,dia suruh kita buat grouping dalam bentuk 'U' (menghadap dia la). jap,terlupa nak kasi tahu.panel temuduga ada dua orang tau! dia kasi 1 kertas tiap seorang dan dalam kertas tu ada dua soalan. lepas baca satu soalan,mula lah aksi booommm kebabooommm....aku gunakan sehabis pengalaman aku time masuk forum dan debat sekolah dulu..hehe(iyeker??)


aku dapat tajuk (KO KURIKULUM) soalan dia panjang.dah lupa la plak apa soalan penuh..tapi,serius,tak susah mana pun..soalan untuk grouping,memang mudah..aku kategorikan segmen ni mcm, simple like ABC..hehe..tapi,korang kena banyak idea,dan banyak bercakap serta berani volunteer.'macam' ada markah bonus kat situ..hehe.sesi yang awal pagi tu dapat tajuk MASALAH DISIPLIN.ikut nasib korang la yer...


selesai aksi kebabooommm,dia suruh kita keluar dan tunggu masa untuk dipanggil seorang demi seorang...saat ni la yang aku paling tak suka...sebab apa??sebabnya,dia akan provok kita habis2an...arghhh..
ada ke dia mintak aku berlakon jadi cikgu,dia jadi murid..nak kena ngajar subjek 'fertilisation'! WHAT??
habis,tajuk paling susah dalam dunia...hahaha..aku pun bagi la idea2 bernas aku ni sambil berlakon jadi cikgu yang tak berapa nak jadi..hahaha...


pehtu dia tnya tentang isu semasa n soalan2 bidang yang kita ambil la..macam aku,aku kena banyak soalan sains..aku jawab apa yang aku ingat jelaa..(almaklumlah,dah lama tinggal sekolah)


ada kawan aku yang lain,dia suruh buat tarian india kat depan dia,bagitahu cara nak masak tempoyak la ..aku pun naik pening2 lalat dengan kerenah panel temuduga nih...korang get ready je lah yerr...hehe..


lepas habis semua sesi tu,aku pun ucap terima kasih tuan sambil senyum kambing :)))


akhirnya,aku bertawakal saje lah..ade rezeki,ada la..jap,aku terlupa..panel temuduga akan tanya kat kita,kamu nak sabah ke sarawak??elok korang jawab,mana2 rezeki pun tak apa..sebab,nanti lulus temuduga,dia boleh hantar kita kemana saja IPG yang layak.


.::hidup mesti cool macam ais::.







~terima kasih sudi baca entri cik sentuhanurani.jangan malu malu untuk tinggalkan komen anda (*_*)(")~

~Ada yang Lebih Menarik Di Sini~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Di persilakan share ilmu di atas.Hak milik Allah semuanya. Moga Allah redha :)